Terima kasih kerana siarkan coretan aku.Semoga kalian sentiasa diberkati dan berada dalam lindungan rahmat Allah.
Usia aku 20an, masih belajar di IPTA.Sepanjang usia aku hidup walau tak mewah,tapi aku syukur seadanya.Malah Allah bagi aku lebih lagi dengan adanya 2 emak , 2 ayah. Indeed great thing comes with great responsibility.
Ibu kandung aku tonggak utama keluarga.Bekerja mencari rezeki dan aku faham kenapa beliau sentiasa sibuk.Ayah kandung aku tak pandai aku nak jelaskan,tak semuanya buruk cuma ibu lebih dominan dalam urusan mencari rezeki.Ayah yang jaga aku dan rentetan itulah aku boleh diserahkan kepada keluarga angkat aku.Leceh mungkin ada anak kecil untuk dibawa merata. Aku duduk dengan omma (ibu angkat ) sejak usia aku beberapa bulan.Masih merah kata orang.
Alhamdulillah,keluarga angkat aku walau tak kaya,tapi Allah berikan sifat penyayang pada mereka serta kaya jiwa.Urusan persekolahan,sakit,makan minum 70% mereka sediakan tanpa berkira walhal aku ni orang luar yang langsung tiada pertalian.Dari majlis graduasi tadika sampailah hari terima keputusan SPM (dan mungkin hari terima ijazah juga) mak dan ayah tak pernah datang.Sebagai keluarga yang budayanya konservatif (dar segi budaya tidak meraikan anak anak),aku faham dan boleh terima.Tak apalah,ibu sibuk cari duit.Langsung aku tak kisah tiada ucapan tahniah,tiada pelukan.Tapi,bolehkan sekurang kurangnya bertanya..?
Aku lihat semua ni sebagai hikmah untuk mematangkan aku.Aku jadi lebih berdikari,yakin diri dan tak bergantung harap.
Tahun berganti tahun,gelora rasa aku,tempat aku bermanja semua dicurahkan pada keluarga angkat aku terutamanya Omma.Apa yang aku cerita,yang buruk dan salah dia berikan nasihat berhikmah.Banyak jasa mereka sekeluarga pada aku.
Aku tak berani nak cerita apa apa personal dengan ibu sebab penerimaan dia selalunya negatif.Mungkin ibu jadi macam tu sebab penat kerja.Tak apa,aku faham.Tak sepatutnya aku membebankan fikiran ibu.Cah minta maaf ibu,moga Allah berikan balasan syurga untuk ibu sebab banyak bekorban.Azam Cah bila dapat kerja nanti boleh lah Cah bagi duit lebih dari sekarang.Sekarang Cah tak mampu lagi.Sebab Cah,wang simpanan ibu menyusut.Cah minta maaf sebab membebankan mak.Harap harap,rezeki Cah murah lagi untuk ditawarkan biasiswa untuk sambung ijazah pula.
Kasih sayang aku tumpah pada keluarga angkat aku.Tapi aku tak lupa asal usul aku.Masa aku,semua aku cuba bahagi dua.Separuh rumah ibu separuh lagi di rumah omma.Keduanya dah tua.Banyak benda aku kena hati2 takut mereka terguris.
Sampailah Allah bagi ujian untuk aku.Ibu rasa aku selalu melebihkan omma.Ibu tak cakap pada aku,tapi dari gaya beliau.Ada masa aku dapat tahu ibu bercerita pada orang di restoran kami tentang aku.
Lebih pedih,ibu bercerita pada mak cik yang suka menjaja cerita dengan menambah percikan batu api secukup rasa. Malu hanya Allah yang tahu.Aku bukan manusia yang lupakan kulit.Sedaya upaya aku cuba berlaku adil.Bila cuti,aku kerah tenaga seharian di kedai tanpa harap apa apa.Biar ringan sikit beban ibu.
Sedih bila ibu jadi dingin.Ayah menyumpah seranah.Kepada mak cik yang menyucuk jarum,di saat malam mak cik tidur lena,saya manusia yang tersedu sedu menangis mengumpul kekuatan.Sudahlah ajal perpisahan itu rahsia allah,dah tak banyak masa aku bersama ibu dan omma.Entah aku yang pergi dulu pun tak pasti.Kenapa perlu di api apikan?
Ibu,aku tetap anak yang lahir dari rahim mu.
Omma,tempat aku bermanja,seeking solace in her hug.
SELAMAT HARI IBU KEDUA DUANYA.
Walau tak terucap,nama kalian tetap dalam doa insan yang jahil ini.
– Cah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit