Ibubapa Tiada Ganti

Assalammulaikum. Thank u admin if confession ni disiarkan. Im nur and berumur 21 tahun. Sebab ramai post pasal hari ibu so aku nak cerita sikit pengalaman aku, sedikit sebanyak boleh la sama2 kita share pendapat.

Bermula dgn aku umur 17 tahun. Masa tu trial spm dah nak mula. And aku still ingat that time aku ada tournament cs aku main netball time sekolah. 5min before aku start game aku dpt call dari akak aku dia inform yg ayah aku sakit. Ayah aku terpaksa buat operation dgn segera and doktor cakap 50/50 cs berkenaan usus and stuff aku tak ingat sgt. But ayah aku kritikal that time. Ya Allah hati ni menangis tuhan je yg tahu masa tu, aku gagahkan diri habiskan game then terus ke hospital.

After aku sampai hospital masa tu ayah aku tgh tunggu lg nak operate cs ada masalah apa tah that time. So waktu aku sampai tu aku nampak risaunya riak muka dia time tu, aku tak pernah tgk dia sakit mcm tu tak bermaya. Perut dia bengkak, dia batuk teruk sbb ayah aku ada asma so nafas dia pun agak teruk. Aku tahu renungan dia tu dia risau pasal anak2 dia sbb dia tahu kalau dia takde kteorg akan susah. And tanpa aku sedar aku menangis tgk keadaan ayah aku time tu. Akak aku yg tolong pujuk aku waktu tu

Aku cptkan sikit cerita lepas operation ayah aku tak sedarkan diri. Ada masalah lain like paru paru berair, masalah penafasan and usus. Ayah aku dah tua dia tak kuat sgt nak lawan sakit dia time tu. Hampir sebulan ayah kat icu tiap2 hari mak and aku akan stay sana sbb yg lain kerja tak boleh stay lama sgt. Gigih aku baca buku kat hospital time tu, tp aku tak kisah sbb ayah aku lg penting. After that, lepas hampir sebulan doktor ckp sehari lg dia akan bukan tiub penafasan. Bergantung dgn ayah aku boleh atau tidak nafas sendiri. Sedihnya aku tgk keadaan mak aku time tu. Siang malam dia tunggu ayah aku bgn

Alhamdullilah berkat doa semua org ayah aku bangun keesokkan harinya. Terkejut aku dtg hospital ayah aku tgh duduk makan mcm biasa cuma ingatan dia lupa sikit maybe sbb tido lama sgt. Lepas daritu, dia tak kuat nak jalan kami adik beradik and mak jaga ayah. Nak bg dia sembuh. Alhamdullilah ayah smbuh lepastu dan perangai ayah makin baik sbb before this dia pendiam now dia lebih kepada bergurau. Haha comel je ayah aku ni bila fikir balik.

Sambung balik, act aku agak sedih bila fikir sikap abg2 aku. Diorang tak tunjuk sgt diorang risau psl ayah, sembang mcm apa tp effort langsung takde. Tgk pun jarang apatah lg nak bacakan yasin time tu. Even ayah mmg pendiam but time mcm tu kita sbg anak kena main peranan. Pandai2 la dah besar kan. Ayah aku kerja cam nak mati besarkan 7 anak tp time dia sakit effort diorang lgsg takde. Sedih bila fikir balik. Susah sgt ke nak luang masa sikit time ayah kau sakit? Aku terkilan dengan sikap abg2 aku.

Next story pasal mak aku. Time ni aku 18. Aku menganggur sbb tunggu nak sambung belajar so suddenly mak aku jatuh sakit. Mak ada diabetes agak teruk. Dia sakit since jaga makcik aku yg strok. Kaki dia bengkak and bernanah teruk time tu. Aku and akak aku yg jaga hampir sebulan kat rumah cucikan nanah tu tiap pagi, masak kemas rumah ya Allah penat dia jangan ckp. Mak takleh jalan time tu. Nasib ayah ada tlg sekali. Abg2 aku? Cam biasa balik keje jengah then tanya mak ok ke tanpa nak tlg apa2:)

Aku tak kisah even aku stress gila penat time tu kena bgn pg2 cuci nanah tu semua sbb aku tahu penatnya mak aku jaga aku dulu time kecik sbb aku ada asma yg agak terus so hospital was my second home. Ok sambung balik, mak sakit time tu mak jadi degil taknak pergi hospital. Kteorg pun cam dah stress tak fikir plk nak bgtau sedara mara just focus kat mak je. Untill one day tu mak mmg tak tahan mak yg mntk panggilkan ambulan, ok cptkan sikit mak kena potong kaki. Sbb dah lambat bawak gi hospital. Ok aku nangis cam org gila kot that time sbb mak aku jenis yg lincah buat kerja tak reti duduk diam, boleh bayangkan tak org mcm tu takde kaki sebelah? Tp aku redha. Maybe ada hikmah mak pun lama2 boleh terima.

After setahun mak dpt kaki palsu and boleh jalan mcm biasa. Kuatnya semangat mak. Aku bersyukur time mak dah ok kadang2 mak ckp mak syg anak2 dia, bukan nak pilih kasih tp mak tahu siapa yg penat time dia sakit. Siapa yg bersihkan bila dia buang air besar, siapa tidur kat kerusi time dia kat wad. Aku bersyukur aku diberi peluang mcm ni sbb aku dpt buka mata hati aku bertapa kuatnya semangat mak ayah utk terus hidup demi anak2 dia.

Janganlah sesekali kita abaikan parents kita time parents kita sakit. Berilah diorang sikit penghargaan biar diorang rasa dihargai. Aku tak lah baik mana tp at least aku jalan kan tanggungjawab aku time diorang susah. Nak cerita psl abg2 aku mmg panjang maybe next time aku akan share lg.

Baru2 ni ayah sakit lg ada tumor dileher. Doktor ckp ayah ada tanda2 kanser limfoma if im not mistaken. Dugaan apa lg yg akan dtg selepas ni aku redha ya Allah. Tolong doakan ayah aku sentiasa sihat dan panjang umur. Terlalu banyak jasa parents aku yg belum aku bayar since aku belum berkerja sbb masih belajar.

Ingatlah jahat mana pun kita dlm kehidupan seharian, jgn sesekali abaikan parents kita. Besar ganjaran dia nanti. Sedikit sebanyak aku dah rasa ganjaran tu. Alhamdullilah diberi peluang. Kalau kita sentiasa baik and jaga parents kita inshaAllah Allah akan lindung kita dari sebarang anasir2 yg negatif berkat dari doa ibubapa kita.

Okay la tu je nak share! Act more to story la kan tp boleh la ambil iktibar sama2. Ada masa nnt aku post lg sbb banyak sgt story yg boleh jdikan iktibar utk kita semua. Thank u guys! Semoga diberkati semuanya assalammualaikum:)

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit