Semakin Jauh

Assalamualaikum. Aku harap sangat admin publish confession aku sebab aku betul betul buntu dan perlukan nasihat dari orang ramai untuk motivate diri aku yang aku rasa dah semakin jauh berubah ke arah yg tak berapa baik. Yer aku sedar semua tuh tp aku taktau nak kawal diri aku macam mana.

Lately nih aku stress sebab banyak assignment yang nak kena submit, presentation, final pun lagi two weeks je dari sekarang. So kau faham tak busy tuh macam mana. Aku tahu apa yang aku lalui nih adalah normal things untuk students. Biasa lah bila kerja banyak, kita akan stress. Aku bukan setakat stress je, tapi aku homesick. Bab homesick nih kau takkan paham kalau kau tak lalui sendiri. Aku dah lama tak balik rumah. Rindu parents aku, Allah je tahu macam mana. Bukan taknak balik, tp mama yg tak kasi aku balik sebab aku dah kerap sangat balik and tiket mahal. Yelah, utara selatan. Jauh.

Time aku tulis confession nih aku baru balik daripada lepak lepak dan tak tidur pun semalaman. Aku lepak pukul empat lima pagi nak hilangkan tension aku sebab kalau aku duduk kat bilik, aku tak boleh tidur dan segala masalah aku akan fikir. Aku mengaku aku penat bila tak tidur macam nih tapi aku puas sebab dapat lepaskan tekanan aku. Aku puas bila lepak dapat lupakan segala masalah.

Dulu aku tak faham kenapa manusia boleh berubah daripada baik kepada jahat. Aku jugak selalu terfikir kenapa orang pilih jalan yg salah untuk lepaskan stress. Sekarang aku paham kenapa. Aku lalui semua tuh. Dulu, bagi aku orang yg keluar malam tuh orang yang sangat sosial. Especially perempuan. Tapi bila aku dah lalui benda nih, aku paham kenapa. Kau tolong jangan judge kalau kau tak pernah alami. Aku berubah, member member aku tak pernah tegur dan tak pernah tanya kenapa walaupun aku tahu diorang tak suka. Diorang semakin jauh dari aku. Aku tau aku jahat tp tolonglah doakan yang terbaik untuk aku bukannya tinggalkan dan biar aku semakin jauh dari kebaikan.

Kadang kadang aku rasa bersalah dekat diri aku sebab aku dah berubah. Aku dah tak macam dulu. Dulu orang kenal aku dengan perwatakan baik, pendiam, lembut semua lah. Tapi sekarang, aku mengaku aku dah berubah. Hubungan dengan Allah pun dah semakin jauh. Aku banyak tinggal solat. Aku solat, aku baca Quran untuk tenangkan hati tp aku buat semua tuh time aku rasa tenang, dan jugak time aku dapat apa yg aku nak. Aku rasa bersalah dengan Allah.

Guys, aku rindukan diri aku yg dulu tapi aku taktau macam mana nak jadi baik macam dulu sebab aku terlalu banyak masalah. Aku tau ada yg akan kecam aku sebab perubahan tuh atas usaha kita sendiri. Tp aku takde moral support dari orang sekeliling aku sampaikan aku rasa dengan bersosial tuhlah cara terbaik aku lepaskan segalanya. If you guys penah alami apa yg aku alami tolonglah share dengan aku macam mana cara terbaik aku nak atasi stress nih. Thanks in advance guys. One more thing, if kau tak boleh nak nasihat, tolong jangan kecam sbb semua tuh akan buat aku lagi down. Aku dah cukup tertekan dah. Tolong jangan tambah. Please guys.

– Farre

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit