Assalamualaikum. Saya lia, saya dah bekerja hampir 7 tahun. Ini sekadar luahan saya. Mana yang baik, ambillah.
Kita daripada kecil diajar nilai-nilai murni,seperti adil, amanah, jujur dll. Percayalah apabila kita bekerja semua nilai-nilai ni harus dipersetankan supaya kita dapat naik pangkat cepat. Caranya adalah dengan mengambil hati bos. Jadi, along the way, kita boleh tikam belakang kawan, pecah amanah dan lain-lain.
Tapi pernahkah kita berfikir sejenak? Adakah betul kekdah seperti ini?
Bagi orang yang melihat milestone hanya di dunia. Mereka tidak salah, kerana habuan mereka hanya di dunia. Tapi bagi kita orang Islam, milestone kita di akhirat, cara pandang kita dan cara kerja kita sepatutnya tidak sama.
Apa yang malangnya, rata-rata orang yang so seem Islamic, (boleh cabut baju Islamnya), sudah hilang nilai Islam apabila bekerja. Rasuah, ubah dokumen, dan banyak lagi perilaku tidak jujur bagaikan wabak dan virus yang sukar dibuang dalam dunia bekerja. Orang yang amanah biasanya akan dibuang, ditukarkan dll.
Ini belum dilihat daripada perspektif mata msyarakat, mungkin termasuk keluarga terdekat seperti isteri/suami, ibu/ayah, anak. Kita biasa disogokkan yang berjaya adalah orang yang kaya. Sedangkan orang yang loser adalah orang miskin. Nak kaya, tak perlukan nilai murni, siapa-siapa pun boleh jadi kaya asalkan rajin. Ubah produk orang lain, rasuah.. semua dinding boleh langgar, asalkan kaya. Mak ayah kita dulu-dulu elok suruh kita jadi doktor, engineer, cikgu, biasanya kerja yang stabil dan kaya pada zaman dulu. (Walaupun sebenarnya zaman sekarang golongan ini sama je bernafas di hujung hidung hujung-hujung bulan). Tuntutan jadi kaya boleh jadi cita-cita paling agung.
Apakah definisi orang yang berjaya bagi orang Islam? Kita kaya, tapi nak menolong adik beradik sangat susah dan mengungkit. Kita kaya, tapi mempersenda dan memperolok-olok orang naik kapcai buruk. Kita kaya, tapi kitalah perasuah no.1. Kita kaya, tapi bila orang datang minta tolong, kita hina dia. So, orang yang kaya adalah orang yang berjaya?
Saya bukan ustazah, ilmu saya masih kurang. Bagi saya, orang yang berjaya, adalah orang yang sentiasa ingat Allah bila dia diuji. Orang yang sentiasa tenang, bersyukur, tak cepat melenting. Orang yang sentiasa merendah diri. Bila dia redha dengan hidup dia, Allah pasti redha dengan dia.
Susah nak ubah cara pandang begini, lagilah bila ajaran agama sekadar jadi subjek untuk diskor A. Dalam bekerja, kita akan bergelumang dengan sangat ramai orang yang begini. Pelajaran-pelajaran di sekolah dan di universiti boleh simpan dalam buku dan masuk arkib negara.. materialistik wins.
Untuk adik-adik yang baru habis belajar, sedang mencari kerja dan baru bekerja. Pesan saya, peganglah nilai Islam yang sebenar, sebab yang menilai kerja kita bukan bos kita… tapi Allah swt.
Kita mungkin kaya, mungkin dipandang, tapi habuannya mungkin sebentar di dunia, mungkin juga lama, tapi setiap daripada kita takkan terlepas daripada azabNya. Oleh itu, jangan kejar cita-cita kaya kalau ia tidak memanfaatkan akhirat kita. Tetapi kejarlah cita-cita redha Allah swt.
Adik-adik akan diuji setiap saat, dalam bercakap, dalam buat keputusan, dalam bertindak dalam dunia bekerja. Jangan lupa sentiasalah mohon petunjuk Allah swt supaya tidak terbabas. Orang jujur makin pupus… Semoga adik-adik adalah antara mutiara yang sentiasa dilindungi Allah swt.
Benarlah hadis Nabi saw,
“Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi no. 2260)
– Lia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit