Isteri Yang Nak Bekerja

Assalammualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni.

Untuk isteri yang tak bekerja atau tengah mencari kerja tapi rezeki masih belum ada, pernah tak korang rasa down? Korang rasa korang menyusahkan suami korang. Sebab tak dapat membantu suami dari segi kewangan. Tambahan pula dengan ekonomi yang naik turun sekarang nie. Korang pulak banyak benda/hutang nak kena bayar. Suami mungkin tak cakap apa-apa. Tapi korang sendiri rasa kecewa, sedih, dan rasa diri korang menyusahkan suami.

Aku N. Aku dah berkahwin hampir 10 bulan. Tapi belum ada rezeki untuk ada anak. Entahlah. Kadang-kadang aku fikir Tuhan tahu aku dan suami susah. Jadinya Tuhan tangguhkan dulu hal anak tue. Malah keluarga aku dan mertua pun berfikiran yang sama. Diorang sangat memahami. Alhamdulillah aku bersyukur.

Sebelum berkahwin aku bekerja di dalam sektor kerajaan di Penang. Suami aku pun sama cuma dia unit beruniform di Selangor. Perancangan awalnya selepas berkahwin kami akan PJJ (perkahwinan jarak jauh) dulu sementara menunggu kelulusan permohonan dia untuk bertukar ke Penang memandangkan kami berasal dari negeri ini. Tapi disebabkan kami fikir permohonan itu mungkin tidak diluluskan, jadi aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Nilai (Aku tak boleh minta pertukaran kerana bekerja di bawah majlis perbandaran).

Alhamdulillah suami aku sudah menyediakan rumah untuk kami tinggal walaupun hanya rumah sewa. Tapi aku bersyukur. Tak ada sofa pun takpa. Janji aku dan dia bersama. Notis berhenti kerja aku dah hantar. Tiba-tiba aku dan dia dapat satu perkhabaran yang bagi aku tak tahu nak gembira atau sedih. Permohonan dia untuk bertukar LULUS! Aku mulanya gembira tapi kemudian aku terfikir, aku dah hantar surat berhenti kerja. Susah nak dapat masuk bekerja di bawah sektor kerajaan. Aku mohon dari tahun 2012. Tahun 2016 baru aku dapat masuk. Suami aku pun keliru. Dia pun rasa kecewa jugak sebab kalau keputusan nie keluar awal mungkin dia takkan bagi aku berhenti. Jadi akhirnya aku memilih untuk ikut suami aku tinggal di Nilai. Permohonan suami aku tue suami aku buat surat untuk batalkan. Dan hujung tahun lepas bermulalah kehidupan kami suami isteri di Nilai. Aku pun mula mencari kerja di sekitar sini. Tapi kebanyakkan kerja yang aku tengok di dalam laman sesawang mencari kerja, semuanya jauh dari rumah sewa kami. Takkan aku nak berulang alik dari Nilai ke Puchong/Shah Alam/Klang/KL. Jauh sangat tue. Kena ambil kira kos perjalanan, minyak, masa, jalan jem lagi dah satu hal. Suami aku pulak jenis makan di rumah. Dia sanggup tak makan tengahari Kat ofis dia semata-mata nak makan masakkan aku. Jadinya setiap hari dia pulang kerja, makanan dan minuman semua sudah terhidang. Sarapan dan makan malam setiap hari aku masakkan. Aku pun seronok suami berselera makan masakan aku disebabkan aku takdak la pandai sangat masak. Hehehe.

Jadi aku pun takut dan risau kalau aku bekerja jauh dari rumah nanti rumahtangga aku terabai. Sebab aku kalau aku penat kerja atau letih drive aku memang malas nak buat apa-apa. Aku fikir nak rehat jer. Tapi bila kau dah berkahwin ni, percayalah automatik kau akan atau kau kena jadi rajin.

Ceritanya, Aku pernah dapat tawaran bekerja di Putrajaya. Tapi bayangkan la aku nak kena bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Sebab aku guna jalan jenderam bangi ke apa entah. Jalan yang penuh berliku onak ranjau. Dah macam jalan nak ke Grik atau Cameron. Pening wey pagi-pagi menghadap jalan tue. Aku pernah guna jalan Kat Kota Warisan dan akhirnya aku sampai lambat dekat tempat kerja. Setiap hari pergi dan balik aku menghadap jem. Kalau balik aku keluar office pukul 5.30 dan akan sampai di rumah pukul 6.30 – 7.00 malam. Aku bertahan sekejap jer kat situ sebab aku dah tak tahan nak hadap jalan tue dan buatkan aku pening kepala setiap hari. Suami aku okay jer aku berhenti kerja situ. Sebab dia jenis nak tengok aku hepi sentiasa. Taknak stress. Tapi masalahnya aku ada banyak benda nak kena bayar. Dengan duit kereta,personal loan, PTPTN,bil Astro rumah mama aku lagi(sebab aku sendiri yang nak pasang benda alah nie dulu), bil phone, bagi duit kat mama lagi. Okay kira 1k jugak la. Jadi aku taknak susahkan suami aku, aku kena kerja.

Tapi baru-baru nie(awal bulan) aku dapat tawaran lagi. Tapi sayangnya setiap sabtu/ahad kena kerja. Bukan half day tau. Lepas tue Public Holiday pun kena kerja. Gaji memang masyuk. Tapi masa aku dan suami takdak. Sebab aku masuk kerja pukul 8.30 dan kalau ikutkan dalam offer letter sampai pukul 6.30 jer tapi akhirnya aku dapat tau pukul 7 atau 8 malam pun belum tentu kau boleh balik. Staff dekat situ bagitahu Kadang-kadang pukul 9 lebih baru balik rumah sebab kitorang bekerja sebagai Airfreight Export Customer Service. Jadi make sense la kalau balik lewat.

Aku dulu kat Penang,2 tahun bekerja sebagai Seafreight Import Customer Service. Dan memang setiap public holiday kena kerja. Tapi sabtu ahad cuti. Itu masa aku bujang. Sekarang aku dah berkahwin, dah ada tanggungjawab terhadap keluarga.Suami aku pun tak suka kalau time cuti pun kena kerja. Sebab dia kalau boleh nak luangkan masa dengan aku masa hari cuti minggu atau umum.

Akhirnya aku dan kawan aku yang juga baru berkahwin(baru sebulan kahwin dan tinggal dengan mertua di Banting) pun ambil keputusan untuk berhenti. Kawan aku setiap kali balik lambat memang mak mertua dia akan tanya kenapa balik lambat.

Gaji memang la tinggi kerja ni. Tapi kalau keluarga terabai, kau stress lagi dengan kerja, akhirnya kau takkan hepi pun. Duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang duit banyak mempengaruhi hidup seseorang. Mungkin aku tak pandai nak bahagi masa ke apa. Aku pun terfikir macam mana la staff department tue yang hampir semua perempuan dan dah berkahwin serta mempunyai anak boleh bahagikan masa diorang. Kuatnya diorang.

Kini aku menganggur lagi. Dah mohon banyak kerja dari macam-macam laman sesawang mencari kerja. Tapi rezeki belum ada. Dah nak hujung bulan, dah nak puasa, nak raya lagi. Aku setiap hari rasa down. Aku rasa nak nangis pun ada. Kenapalah aku tak kuat. Selalu jugak mengadu kat Allah. Aku taknak susahkan suami aku. Sebab dia pun nak bayar rumah lagi, bil, barang dapur, nafkah untuk Ibu dan aku lagi. Tapi suami aku nie jarang mengeluh. Atau mungkin sebenarnya dia pun tengah fikir pasal aku dan hutang aku tapi taknak cakap. Mungkin dia taknak aku sedih atau stress. Sebab bila aku stress automatik akan mempengaruhi hormon aku. Suami aku ni jenis lelaki penyabar tahap dewa. Berlawanan dengan aku.

Aku nak kerja. Aku dah sedaya upaya mencari kerja. Dah hantar berpuluh resume tapi belum ada panggilan untuk temuduga. Mungkin ada pembaca yang mengalami benda yang hampir sama dengan aku. Nak bekerja, taknak susahkan suami tapi belum ada rezeki lagi. Harap pembaca confession ini boleh doakan aku dan kawan-kawan yang lain yang turut mengalami nasib macam aku nie untuk dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan. Aamiin. Atau boleh cadangkan apa-apa kerja yang boleh di buat dekat rumah ke.

Terima kasih.

– Ros N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit