Assalamualaikum.
Nama saya Rina, sudah berkahwin dan punyai seorang anak. Masih punyai ayah ibu, serta ibu dan ayah mertua. Maaf kalau saya jadikan platform ini sebagai tempat meluahkan perasaan. Saya cuma berharap apa yang saya kisahkan ini dapat diambil iktibar oleh semua.
Lately saya tengok banyak yang kongsikan berkenaan ipar perempuan. Mungkin saya juga tidak terkecuali mengalami pengalaman yang tidak indah dengan ipar perempuan. Saya ada seorang ipar perempuan yang agak pemalas. Biarlah saya namakan dia sebagai Jijah. Jijah sudah tamat belajar tahun lepas dan sekarang sedang menganggur di rumah. Menunggu penempatan guru. Begitulah bidang Jijah. Kiranya di rumah (kampung) cuma tinggal ayah, ibu dan Jijah.
Tiap kali saya menelefon ibu mertua bertanyakan khabar, mesti ada aje yang diadu mertua berkenaan Jijah. Tak tahu nak masak apa untuk Jijah la, tak leh tengok tv pasal Jijah duk conquer tv la. Tak leh balik lambat rumah lewat petang sebab nanti nak kene tutupkan tingkap pasal Jijah buat tak endah je pasal tingkap rumah tak tutup. Allahu…. Jijah..Jijah.. saya yang dengar ni pun dah rasa berasap telinga. Geram.
Tiap kali balik kampung, saya perasan juga. Jijah selalu akan tidur lepas subuh. Dan si ibu tua ni la yang menyediakan segala makan minum (kalau saya balik kampung, saya bantu… haha kena bagitau ni:-P) . Jijah bangun pukul 10/11 pagi, turun dapur, selak tudung saji, duduk dan makan je. Kalau ada apa apa yang ibu mertua suruh Jijah buat, jangan haraplah dia nak buat terus…tunggu sejam lagi baru dibuatnya. Haihhh, sabor aje la saya. Sebab lain benar apa yang kami adik beradik perempuan buat untuk ibu kami.
Biasanya kalau kami ni balik kampung, kami akan suruh mak rehat. Kami aje yang masakkan. Basuh lipat sidai baju. Semua lah tugas-tugas mak tu kami bereskan, kasi peluang kat mak untuk berehat rehat. Iye la sementara berada di kampung ni la. Kita dah besar kot, sampai bila nak harapkan kat ibu tua tu kan? Hatta balik bercuti sekali pun. Mak kami sampai cakap… “alhamdulillah, mak suka sangat kak ngah balik sebab mak boleh rehat”, ” mak suka sangat along ada kat rumah pasai mak tak pening nak masak apa”.
Begitu lah.
Dua hari lepas, ibu mertua datang rumah kami. Lawat anak kami yang sakit. Ibu mertua datang seorang je pasal ayah mertua ada hal. Jijah pula kalau ikutkan memang mahu ikut datang rumah kami, tapi ayah mertua saya tak kasi Jijah ikut pasal dia suruh Jijah masak untuknya, hahaha (ayah mertua jenis tak makan kat luar). Tadi Jijah telefon ibu mertua, suruh cepat balik. Pasal dia malas dah nak masak untuk ayahnya.
Allah… urut dada saya dengar.
Kenapa la ada orang sanggup perhamba ibu sendiri sebegitu rupa. Tak ada rasa ke hati dia buat lagu tu kat ibu dia? Entah la, nak kata tak pandai fikir, masuk universiti kot. Nak kata kecil lagi, dah 27 tahun dah!
Saya pernah dengar seorang ustaz bagitau, ramai antara kita ni lupa syurga yang ada depan mata kita yakni ibu ayah kita. Ramai yang memperhambakan mereka. Ramai yang tak hiraukan mereka. Syurga yang paling mudah kita kecap, tapi kita sendiri yang payahkan.
Allahualam. Moga dapat diambil pengajaran.
– Afni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit