Assalamualaikum all. Sy harap confession sy ni dapat disiarkan agar kita akan lebih yakin dengan janji Allah tu(sememangnya wajib la kan).
Well, saya ni bukanlah seorang anak yang baik because ada jugak bercakap kasar n melawan ibu ayah. Cuma saya ni bab rezeki selalu Allah bagi on the spot kalau bersyukur baikla dapat, kalau kufur bala la mendapat.
Sebab ada one time tu saya baru kerja and sebelum tu saya praktikal. Masa saya praktikal tu saya dapat elaun dalam rm1500 saya selalu fikir kalau bagi ibu ayah mesti tak cukup. So saya bagi ibu je duit for the first two months. Sebab ibu tak kerja so saya fikir takpe ayah kerja jadi dia ada duit la kan.
Tapi saya silap, tak lama lepas tu sy kemalangan dan kerugian hampir rm700(masa ni masih praktikal lagi). Bila sesuatu yang buruk berlaku saya akan terus tahu apa saya buat salah. So sejak tu saya tak berkira bagi juga ayah duit.
Tapi bila da dapat kerja tetap saya rasa ibu lebih layak saya bagi lebih. Ada one time tu ibu minta rm500 sbb nak tambah duit beli mesin basuh yang da rosak. So takdelah duit untuk ayah bulan tu. And lagi sekali sy kemalangan. Alhamdulillah tiada apa cuma kena saman la kerugian beberapa rm disitu.
So I learned my lesson, selepas tu sy memag tak berkira, saya bagi je duit kat ibu ayah(one of the thing yang sy relectunt nak bagi ayah duit sebab ayah selalu boros beli benda yang tak patut). Ada sekali tu beli motor bike yang besar harga rm10k pakai kad kerdit.
Saya memula dapat tahu terkejut la sebab ibu selalu mengadu cakap ayah tak cukup duit nak bagi belanja. Alih2 beli motor besar. Ibu saya memang bengangla kato ea”bukan den boleh naik sekali pun motor tu”(sebab ibu saya ni trauma naik motor dengan ayah sebab banyak kali kemalangan last naik motor, ibu sampai patah kaki akibat kemalangan).
Tapi saya sebagai anak tak dapat la bersuara ketidakpuasan hati tu just berdoa agar ayah diberi kesedaran untuk mengutamakan yang utama. Saya anggap yang ayah ada keinginan dia nak memiliki sesuatu yang dia suka maka saya berlapang dada and duit every month tu tak tinggal.
Cuma ada sekali ni ayah minta lebih sebab nak bayar bank. Masa tu memang saya ada duit tapi cukup makan la untuk bulan tu. Saya fikir berkali-kali juga nak bagi. At last sy fikir takpe dengan mak ayah jangan berkira inshaaAllah Allah akan cukupkan rezeki n mudahkan urusan.
Yang bestnya hidup saya terasa lapang dan senang walaupun tak banyak duit, belum ada rezeki bertemu jodoh.eh. Hidup terasa lapang dan dipermudahkan urusan sangat-sangat.
Contohnya, ada sekali tu saya nak buat urusan telefon. Nak tukar simkad. Memang da lama nak uruskan tapi ada je halangan. Tiba-tiba masa saya nak keluarkan duit untuk ayah saya terus nampak tempat untuk tukar sim yang saya rasa sungguh tak logik sebab saya selalu ulang alik kawasan tu tapi takdelah pernah ternampak kedainya.
Sekali tu memang terasa yang Allah tu Maha Baik. Dia tahu akan keadaan hambaNya yang memerlukan pertolongan. And last situasi masa saya praktikal saya naik motor dengan ayah. Ayah minta saya bayarkan duit minyak motor rm5 jadi saya bayarlah walaupun masa tu saya cuma ada cukup-cukup rm5.
Lepas tu ayah nak bayar balik. Saya cakap takpe ayah kakak bayarkan. Pastu check dompet, hairan bin ajaib duit rm5 masih ada dalam dompet. Berkerut juga dahi ni memikirkan, macam mana duit ni boleh ada lagi dalam dompet? Pastu teringat la balik niat tadi memang nak bayarkan. So Allah bagi cash. Subahanallah. Oleh itu kita anak-anak ni kalau terasa hidup susah tu rajin-rajinlah bertanya khabar mak ayah and hulurlah mana yang patut.
Maaf confession panjang, semoga beroleh manfaat bersama. Doakan saya ye dapat bahagiakan mak ayah.
– Cik Nerd
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit