Teruknya Aku

Hey guys. Aku nak ceritakan lah pasal aku. Harap admin approve. Aku paling tua lah dalam adik beradik, keras kepala, hot temper.

Aku lah yang paling rebel among my siblings. Biasalah hanger, belt kena. Tapi aku seriously tak boleh nak accept in fact my parents used that kind of way untuk ‘didik’ aku. Aku anggap itu abusive.

Sampaikan satu tahap itu aku almost nak call talian Nur nak cakap parents aku abused aku. Ada terfikir jugak kalau parents aku masuk lokap macam mana? Hmm.

Banyak kali lah jugak aku terfikir nak larikan diri dari rumah. Lepas itu aku terfikir macam mana kalau aku ada kena rogol ke tak pun jadi sex slave kat Thai ke. Naya. Sumpah aku fikir detailed weh cara nak escaped, nak naik bas apa, nak kerja kat mana. Masa itu aku masih sekolah lagi. Lepas itu niat aku terbantutlah since aku rasa tak ada benefit lari dari rumah ini.

Reasons aku tak boleh terima treated that kind of way is because kenapa perlu rotan kalau boleh advise? Kenapa tak boleh buat pendekatan yg lebih lembut? Sebab aku kena rotan ini bukan sebab aku bawak boyfriend ke apa ke / lepak kat mana2 ke ( tak pernah ada bf & tak pernah lepak dengan kawan). Tapi sebab benda remeh weh. Aku refuse nak balik kg; rotan, balik lambat sikit main dengan kawan kena rotan. Bukan yang manja2 ye ni sampai lebam nampak urat.

Lepas itu aku adik aku ada masalah ke nangis ke, mak aku pujuk. Tapi aku? Mak kata, biarlah dia. Parents aku ini dia macam tak open up sangatlah especially mak aku. Sumpah aku jealous dgn orang yang rapat dgn parents.

Aku teringin nak mak yang boleh share cerita & problems semua itu. Aku & mak aku ini mcm tak ada chemistry, awkward. Aku simpan sorang2 problem2 rasa macam nak meletup. Hal perempuan pun tak ada share. Aku belajar either from education/ internet.

Pernah sekali itu kena lempang dengan abah aku sebab adik aku rude. Ada ke patut dia persoal kan aku kenapa aku tak solat padahal aku uzur. Dia sek. agama. Aku apa lagi berang lah kan. Gaduh lah kitaorang kat situ. Sumpah aku tak boleh lupa the moment. Sakit itu ada lagi.

Aku ingat lagi masa kecik umur 8 tahun macam itulah aku kena tuduh dengan mak aku dia cakap aku curi duit dia. Aku macam, biar betul mak ini. Dia letak duit dia pun aku tak tahu kat mana. Masa itu seriously bila aku kata tak, dia tak percaya lepas itu marah-marah. Benda macam ini aku tak tahu mana mak sorok. Dia, abah aku dengan anak kesayangan dia je tahu.

Masa umur aku almost 17, mak & abah aku pergi travel so tinggal lah aku & adik-adik kat rumah. Adik tanyalah tahu tak abah ada bagi duit & suruh simpan, aku cakap tak . Aku rasa macam tak percaya masa itu 2 orang adik aku masih mentah itu tahu abah bagi duit & dorang suruh simpan. Abah tak cakap apa2 pun kat aku. Aku ingat lagi before abah pergi muka dia masam je dengan aku.

Apa salah aku? Kenapa parents aku tak percaya aku. People often said naluri mak ini kuat. Tapi bagi aku tak. Aku rasa macam anak tiri & angkat pun ada. Mak tak pernah faham perasaan aku. She’s always think bad about me.

Aku pernah rotan diri aku sendiri dengan hanger. Hurting myself. Suicide itu jangan cakap lah banyak kali lah jugak terfikir. Tapi aku terfikir jugaklah useless aku hidup kat dunia sbb killing yourself is haram.

Adalah jugak terfikir nak cut myself using knife tapi tak sakit ke. Aku rasa macam sumpah seram & aku be like terjun bangunan is more better. Tapi aku takut tempat tinggi. Hmm. Tak boleh blahnya aku terfikirlah jugak macam mana kalau aku terjun bangunan aku tak mati. Aku just cedera end up cacat. So terbantut.

Sampai satu masa aku berdendam dengan parents. Benda ini jadi sebab aku terfikir semua benda diorang dah buat kat aku. Aku pernah wish diorang masuk neraka sama2 dengan aku. Aku macam lantaklah kau treat aku mcm itu nanti aku treat kau mcm itu pulak. Biar kita sama2 merana. Yes, at that time aku benci diorang.

Aku ada lah kan coret pasal tak puas hati semua ini kat satu buku ini. Lepas itu kantoi dengan mak aku. Masa itu aku macam pahal perempuan ini nak emo dia yg buat salah lepas itu nangis2 pulak. Act like victim pulak. Lepas itu kita orang macam tak okay lah. Abah aku ada lah tegur kan kenapa buat mcm itu kat mak tapi dia tak marah.

Aku bandingkanlah layanan parents aku & adik2 aku. Beza. Aku sumpah tak faham kenapa dorang boleh keluar dengan kawan2 tapi aku tak. Nak study kat rumah kawan pun mak aku teman weh alahai. Padahal parents dia ada.

Ada sekali itu nak buat makan2 kat a&w sempena last day bff aku before move to other school, tak boleh. Tapi adik2 aku? Nak pergi situ, approved. Sana, no hal. Nak kata aku kecik lagi tak jugak. Adik aku 12 tahun dah boleh suka ria pergi waterpark rombongan sekolah. Aku nak pergi at same age like her & same place, no. Apa salah aku? Nak kata aku tak study, result exams aku perform dari adik aku.

Aku always think parents aku ni treat aku in nonsense way. Aku pernah sumpah yang aku tak nak study elok2, biar result spm aku teruk. “Itu yang dorang nak kan”. Long to short result exam keluar. Aku tak nak parents aku temankan but they insist.

I still remember that day, when they announce who got good result I hope it was me. But miracle not always happened when there’s no work. Aku tengok muka parents aku, sumpah muka dorang sedih. Aku tak tahu kenapa hati batu aku itu rasa remuk bila tengok reaksi diorang.

Mana taknya usually result aku perform. Akhirnya kata2 aku makan diri sendiri. Masa itu rasa dunia aku dah jatuh. Aku apply upu tak dapat, apply ini tak dapat. Sumpah sedih. Mostly kawan aku dapat result bagus tapi aku?

Allhamdulilah abah support aku masa itu. Aku still ingat lagi abah cakap “Dina belajar je, abah yang cari duit”. Abah suruh aku masuk jugak private uni nak further studies. Sebab level aku ambil itu tak boleh apply any loan. Memang kena support sendiri lah.

Dulu aku tak minat course yang aku ambik kat U itu dulu. Course yang aku ambik itu sama masa aliran spm aku yang teruk itu. Allhamdulilah result aku okay. Tapi tak semua yang kita nak kita dapat. Aku dapat result okay tapi spm result aku still effect untuk further studies.

Upu still tak dapat jugak. Mostly course aku itu fees dia mahal kat other private uni. Tapi abah suruh jugak aku further study kat satu private uni ni with different course yang aku tak ada basic langsung. Tapi allhamdulilah aku dapat adapt dengan course itu & under sponsorship.

Perasaan dendam itu dah tak ada. Tapi aku tak tahu kenapa aku selalu rasa annoyed dengan parents especially mak. I always treated them with cold attitude. Sometimes silent treatment. Kadang itu rasa macam berdosa. Despite my cold act, deep down I still love them.

Last 2 year, abah ada mintak maaf kat aku. Aku rasa macam ya Allah. Sebernanya aku masa bersumpah itu, aku cakap takkan maafkan diorang selagi diorang tak minta maaf. Aku dah maafkan. Tapi itulah benda itu still tak boleh dilupakan. Judge me but you don’t know what I’ve been through. Words really can’t describes.

Cuma itulah aku harap rasa annoyed itu berkurang. Masing2 buat silap. Kena tengok jugak mana silap kita. Kadang-kadang parents tak semestinya betul.Tak semua didikan sesuai dengan anak.

– Dina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit