Assalamualaikum. Semoga readers semua dalam lindunganNya. Maaflah menulis lagi. Mungkin ini last aku menulis di sini. Sebab banyak plothole dalam confession sebelum ni yang menimbulkan tanda tanya dan ketidakpuasan hati ramai pihak, aku memilih untuk memberi penjelasan.
Sedih juga perkongsian aku mengundang negativiti masyarakat. Taktahu pulak dalam semua kisah bahagia kita kena selit jugak momen negatif kita baru orang puas hati membaca.
Aku takpernah bercerita dengan sesiapa pun apa aku rasa, apa aku nampak pada suami aku melainkan dengan ibu aku. Tu juga untuk menyedarkan aku kenapa aku ditakdirkan bersama dia. Aku bukan nak memuja dia atau show off usia perkahwinan yang baru setahun jagung. Malahan aku tahu benar realitinya tak selalu indah. My family is broken for years already. Aku dah lihat macam-macam jenis drama kehidupan depan mata aku sepanjang aku membesar. Aku mungkin masih muda tapi bukan pengalaman aku. Dan confession sebelumnya pun cuma nak share saja nilai baik yang boleh dijadikan contoh. Sebab even aku pun tak dapat buat macam suami aku. Slow-slow aku belajar untuk tidak berkira.
Berbalik kepada persoalan-persoalan yang timbul, untuk tidak lagi menggalakkan kemusykilan tentang mana datang duit suami aku, di sini aku terangkan.
1. Ya dia dapat JPA dan PTPTN sekali tapi bukan dia seorang je, ramai lagi. Dia pun taktahu macamana boleh dapat dua-dua so bila ramai dapat, dia ingat tu adalah normal. Bila dia semester last, PTPTN call dia suruh pilih nak teruskan ke tak pinjaman. Anyway suami aku berusaha untuk bayar balik ya. Dia selalu pesan kat aku untuk bayar jugak walaupun sikit.
2. Family dia bukan orang senang. Tapi diorang ni rajin. Walaupun bapanya pesara kerajaan, mereka berusaha untuk cari sendiri duit dengan berniaga macam-macam. Dari zaman sekolah rendah suami aku membantu ibunya berniaga goreng pisang, ambil upah membuat katering, dan macam-macam lagi. Duit simpanan mereka beli rumah dan sampai sekarang masih bayar tiap-tiap bulan. Rumah kami duduk pula hanyalah rumah kos rendah bawah DBKL atas nama bapa dia. Pernah dengar tak PPR? Boleh Google ya. Banyak dalam KL.
3. Suami aku rajin dan jujur dengan kerjanya. Dia baru 3 tahun nak bertapak sebagai jurutera. Aku takperlu cerita kalau dia pernah seminggu balik lewat malam sebab nak setelkan kerja-kerja kat site untuk inspection. Takperlu rasanya cerita dia balik rumah pun orang masih whatsapp dan telefon dia bertanya tentang kerja di site. Nak tido malam pun ada lagi yang call. Suami aku takpernah cukup rehatnya. Hujung minggu kalau bertuah je dia dapat cuti. Kalau tak, berhuhu la aku di rumah. Mungkin kerana tu bos dia nampak dia macam mana. Increment gaji pun dia paling tinggi dapat berbanding yang lain. Elaun site pun bos takde masalah nak bagi suami.
4. Suami aku takde buat part-time pun. Tapi ada ketika dia ambil upah untuk buat sendiri kerja-kerja rencam kat site, kongsi rezeki dengan bangla-bangla bawah seliaan dia. Semua atas greenlight bos dia. Dia takpernah memandai-mandai nak makan sorang ke apa.
5. Korang baca aku tulis beli cash tu jangan la bayang dalam sehari beli semua. Gila apa kan? Suami aku paling pantang berhutang. Sebab tu dia nak langsaikan PTPTN secepatnya. Lagi satu dia jenis cukup duit baru beli. Aku ingat lagi beli TV cash masa hujung tahun sebab masa tu la bos bagi bonus dan duit kutu dia masuk. 3 bulan kahwin baru ada TV. Peti ais pun dia beli secondhand sebelum kami kahwin. Apape yang secondhand pun beli asalkan boleh diguna. Kami berdua tak memilih pun.
6. Dia tak biaya semua perbelanjaan kahwin adik-adik dia ya. Aku mention je situasi dia dalam dia nak kumpul duit kahwin dia sendiri tu. Dan dia tak taja bulan madu diorang. Mohon baca balik kalau rajin.
7. Again family dia bukan golongan berada.
8. Aku ulang ayat “sikitpun dia tak berkira” bukan untuk saja-saja. Repetition is somehow a way to send the message or purpose of telling a story. Dalam Quran pun ada macam ni, check balik surah mana. Maaf kalau rasa annoying.
9. Again kami memang setahun jagung. Maaflah kalau ada kakak-kakak yang rasa annoying kata awal-awal memang bahagia. Kenapa ya? Kakak-kakak dah tak bahagia ke macamana bila lama-lama kahwin?
10. Orang kata aib suami harus dijaga. Aku nak cerita pasal rezeki dia je selalu murah. Takkan nak melencong cerita masalah pula. Mana ada orang dalam dunia takde masalah. Kucing pun ada masalah. Listen listen listen.
Tu saja rasanya. Sekali lagi aku minta maaf kalau penulisan aku mengguris perasaan sesiapa. Aku hanya nak berkongsi. Sebab aku dengan suami ibarat langit dengan bumi. Dia banyak mengajar aku supaya jangan berkira, jangan bersangka buruk dengan orang, jangan banding-banding diri kita dengan orang lain, jangan membazir dan macam-macam lagi teguran bila aku buat salah. Paling utama, jangan berhutang. Sekali berhutang, Allah akan sempitkan rezeki kita. Takmampu, jangan miliki. Simpan duit even 10sen. Lama-lama pasti jadi bukit juga.
Last but not least, be positive and take a chillpill please. Semoga semua yang membaca juga dimurahkan rezeki. Aamiin.
– Isteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit