Assalamualaikum
Tajuk confession aku ni dah macam tajuk thesis pulak haha..tapi sebenarnya aku cuma nk keluarkan apa yang dh lama aku peram dalam kepala otak aku ni.
1stly, TAHNIAH to all player industri keusahawan sbb aku tgk sekarang ni dah byk usaha-usaha utk support orang kita untuk jadi usahawan dan ada bisnes sendiri. Kalau dulu balik2 org harap pinjaman MARA, TEKUN je..sekarang lebih byk pihak2 yg menawarkan khidmat tunjuk ajar dan networking untuk bantu usahawan menerokai peluang dan bina perniagaan ke tahap yang lebih baik.Kalau dulu meniaga pasar malam je sekarang dah boleh pergi sampai tahap import eksport gitu..
Tapi kannn..ada sesuatu yg aku rs missing. Perkara penting yang mungkin orang terlepas pandang. Nak jadi usahawan ni bukan mudah ye. Kena ada keberanian, kena ada modal, kena ada ilmu dan byk pengorbanan bukan sahaja daripada usahawan tu sendiri tapi juga mereka yang dekat disekelilingnya.
Yang aku nak highlight kat sini adalah..sebenarnya selain cabaran yang aku sebut tadi ada satu CABARAN BESAR yang selalu dihadapi para usahawan kita tapi orang tak perasan. Especially di waktu usahawan baru bermula nak berniaga, income belum stabil, rugi lebih banyak dari untung..masa inilah masalah yang aku nak sebut ni paling mencabar.
Cabaran ini berkait ramai dengan tajuk confession aku. Support sistem keusahawanan maybe bertambah baik tapi tidak merangkumi ekosistemnya.Ekosistem yang saya maksudkan adalah KELUARGA usahawan itu sendiri..
Aku bukak cerita ni sebab aku sedih. Banyak dah aku dengar kawan2 yang baru belajar nak bisnes terpaksa bercerai dengan suami/isteri dek kerana keluarga mertua/sendiri yang tidak menyokong para usahawan terutamanya ketika mereka mengalami kesukaran dalam perniagaan.
Betul la jodoh maut di tgn Tuhan..tapi kan aku rasa masih ramai di kalangan orang kita ni yang duk selalu berangan nak dapat menantu kaya raya/anak orang kaya macam cerita Isteri Tuan Ikhsan atau Hero Seorang Cinderella. Inilah akibatnya bila mak mertua/mak sendiri hari-hari mengadap cerita angan2 sebegini.
Susah aku nk jumpa drama yang tunjuk the true side of a businessman sebelum jadi kaya raya tu. Betapa susah payah yang perlu dilalui sebelum nak jadi kaya. Realiti bahawa isteri yang terbaik adalah yang berada disisi suami ketika susah atau senang..
Bukan apa laa..orang meniaga ni kan byk keluar jumpa client, pg kelas tambah skill, attend seminar,bina networking..memang la tak sama dgn org makan gaji.lagi2 bila bisnes baru nak naik atau tgh down..cfm la lebih usaha yg dilaburkan. Tapi bila balik rumah isteri/mak ayah mertua perli2 pulak..tuduh2 menantu main kayu tiga laa, tak bertanggungjawab sbb selalu tak de kat rumah laa..dan mcm2 benda negatif yang disebut..tak ke menjahanamkan motivasi dan mengeruhkan keadaan namanya. Kadang2 isteri ok je..dah elok sehati sejiwa dengan suami. Tapi mak ayah mertua yang sibuk2 bakar line..aduhaiii tak takut kee..dosa besar meruntuhkan masjid weiii..
Aku rasa kalau Dato Rosyam boleh promote prog MDEC #youcanduit dalam MLM 2017 setiap minggu..Suhan Production pun mesti boleh buat drama yang boleh tukar sikit mindset mak2 mertua kita ni. Please la cukup la drama2 streotaip yg duk bersambung-sambung sekian lama ni..
Kepada mak2,ayah2 mertua dan bakal2 mak dan ayah mertua..Tolonglah support anak menantu yang baru nak belajar bisnes ni.Sokongan anda cukup bermakna buat mereka..berilah nasihat yang membina, bukan nasihat yang meruntuhkan rumah tangga. Berniaga ni kan sunnah Nabi. Contoh terdekat isteri yang cukup setia di sisi baginda, Saidatina Khadijah sendiri..
Sebab apa 9 daripada 10 rezeki tu dtg dari perniagaan?? Sebab orang berniaga ni lebih byk pergantungannya pada Allah. Usaha lebih dapat lebih..doa lebih insyaallah Allah pun bg lebih. So, mak ayah mertua sekalian..daripada duk menghasut yang bukan2, buruk sangka yang bukan2, elok laa doa byk2 utk anak menantu.Semoga murah rezeki anak menantu, mak ayah mertua boleh tumpang senang bersama hendaknya..
Setakat tu la nak kata..semoga apa yang aku tulih ni ada mnfaat hendaknya. Insyaallah..Aamin.
– Mek Na
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit