Tq admin andai disiarkan. Jujur, aku harap ada yg dpt ambil pengajaran terutama para ibu.
—————————————————
Aku Ina, berkahwin dengan suamiku Hakim selama 4 tahun. Sepanjang tempoh 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yang pilih kasih.
Suami ada 3 orang adik beradik, dan dia anak kedua. Dia merupakan seorang yang pendiam dan sangat jarang marah @ tinggikan suara. Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin dan kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor. Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak.
Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yg demanding. Suka berbelanja, suka travel dan suka tukar kereta @ perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha untuk pinjam duit dengan suamiku. Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarikat swasta. Gajinya hanya cukup2 untuk keperluan kami sekeluarga. Selebihnya dibuat simpanan untuk hal kecemasan.
Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam apa2 hal. Saat Abang Afiq merajuk bila tak dpt pnjam duit dgn suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung. Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil menangis2. Hati ank mana yg takkan lembut kalau mak dah merayu2. Lalu dalam tak rela, dia gunakan duit kecemasan untuk dipinjamkan pada Abang Afiq.
Seperkara lagi, Abang Afiq dan keluarga akan dilayan dgn sgt istimewa tiapkali mereka pulang ke kampung. Dibilik mereka disediakan aircond supaya isteri dan anak tak panas.Bangun tidur pukul 9, segalanya dah tersedia. Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan berbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebel sebab membazir katanya. Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih2 tu..ditepisnya tangan anak aku dan kata, “Allah hai…awak nihh..awk tu dh hari2 duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kacau! Pergi main kat luar sana!”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sedih. Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu. Aku tahu diabterasa, namun dia takkan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.
Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sedara mara. Bila ada yang memuji, “Alhamdulillah…boleh la juga pakai baju mahal2 ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis oada suamiku. Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma apa yg dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku. Suamiku hanya diam sambil menunduk. Teringat aku pada sepasang baju kurung yang suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya. Kemas tersimpan di almari agaknya. Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yang dibelinya.
Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak2 mereka kerana dia oerlu berkursus dan isterinya mahu ikut bersama. Mak turutkan saja dengan senang hati. Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu2 nya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.
Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena demam panas. Paniklah kami untuk membawa anak ke hospital. Lalu suami decide untuk bawa anaknsulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terpaksa bermalam di hospital. Namun ayat Makndari dalam blik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuh lah aku nih. Nak kena jaga anak orang pulak! Habis bila yang aku nak rehat?!”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.
Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk kedalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yang masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalirkan kekuatan padanya. Dan aku tiba2 terdengar suara kecil suami menahan tangis! Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia mmendam rasa.
Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak untuk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun. Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak2 bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak2 menangis tengah malam nanti.
Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak dan ayah. Langsung tiada beza.
Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami dan anak yang baik, terlalu baik. Biar apa kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa. Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu. Biar apa orang kata, Ina dan anak2 bahagia bersama Abang.
Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang.
– CikSue
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit