Depress Sebab Jauh Dari Tuhan

Assalamualaikum wbt. Thanks admin if approve my confession. Saya cuma nak share cerita saya sebagai ex student cfs yang menghidap penyakit Major Depressive Disorder, Borderline Personality Disorder, Panic Attack and Anxiety. Huhu. Banyak kan? Mesti korang tertanya-tanya apa faktor yang menyebabkan saya jadi sampai macam tu sekali kan?

Actually kan, saya ni seorang yang tiada keyakinan diri untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan orang atas faktor rupa paras yang teruk dan tidak berketrampilan menarik dahulu. Sebab tu lah, saya jadi introvert, texttrovert, anti social, pendiam dan pemalu. Sebenarnya dulu, masa form 3 saya pernah tersalah pakai produk sebab nak hilangkan jerawat kat muka. Saya ingatkan tu bedak sejuk, rupa-rupanya sodium bicarbonate. Huhu. Ya Allah! Lepas pakai tu, muka saya terus keluar ruam-ruam merah, pori jerawat terbuka besar dan muka kemerah-merahan jadi lebih teruk. Parent saya pun tegur kenapa muka saya jadi teruk kemerah-merahan macam tu sekali dan saya kena marah, orang lain pun takde lah muka teruk macam saya. Masatu saya just diamkan diri sebab takut nak bagitahu tersalah pakai produk dan parent saya pun orang miskin, bukan kaya nak bawa saya pergi jumpa pakar kulit. Sejak itu lah, depression saya muncul. Saya tak tahu macam mana nak pulihkan muka saya semula. Banyak produk yang saya dah guna tapi semuanya tak menjadi, jadi saya pun terus jadi murung dan tidak keluar rumah.

Disebabkan saya jadi pasif dari f3 sampai habis SPM, saya jadi tiada life skill. Saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan situasi di luar rumah, cari kerja pun tak pernah, bawa moto pun tak tahu, kawan pun tak nak cari, berkomunikasi dgn orang pun tak pandai. Tiada life skill guys! Hanya duk main handphone dan tengok TV smpai mashaf al-Quran pun berdebu. Sampai di peringkat universiti, saya rasa jadi awkward bila tak pandai berinteraksi dan bersosial dengan pelajar lain, orang kata saya kene culture shock tapi sebenarnya saya yang tak pandai bersosial. Saya selalu sakitkan hati student lain sampai ramai yang benci saya sbb major depression disorder ni. Saya benci tengok wajah saya sebenarnya, tak pandai berkomunikasi, tiada personaliti sampai timbul penyakit hati, terutamanya hasad dengki pada student yang hebat, perform dan berbakat besar.

Sampai pada suatu masa, saya terhantar mesej yang yang bukan-bukan pada official group mahallah saya dan senior. Sejak tu, senior yang saya termaki tu cari saya. Dia tanya lah apa masalah saya tapi saya hanya mendiamkan diri, so saya biar kan je lah dia pukul saya dan lepastu saya minta maaf. Senior-senior pun suruh saya minta maaf dengan orang yang saya dah cari pasal di WhatsApp dan cari kawan di CFS dan bergaul, join lah apa-apa club, bersukanlah petang-petang, jgn duk main handphone je tapi saya susah nak berubah sebab sosial skill yang terlalu teruk and saya takut nak jumpa sesiapa di mahallah sendiri sebab ramai yang dah benci kan saya sebab suka cari pasal di WhatsApp. Dan masa belajar CFS dulu sebelum diberhentikan masa sem 1, saya pernah tersuka seorang pada seorang perempuan ni dan suka mengganggu beberapa orang ustaz. Disebabkan emosi saya yang bercampur antara rasa serba salah atas banyak dosa di CFS dan perasaan suka pada seseorang, emosi saya jadi tak betul!

Sampai suatu tahap, saya terhantar post yang merosakkan akidah saya di official page FB UIA. Saya kata “Adakah saya patut mati?”. Hmmm..niat nak bunuh diri pun terus masuk neraka, bro! Astaghfirullah..sejak tu, fellow CFS hantar saya ke wad psikiatri di PPUM sampai mc selama seminggu sedangkan masatu dah nak exam sem 1. Jadi, saya pun banyak ketinggalan dalam pelajaran dan jawab exam dengan ala kadar sahaja. Bila tiba cuti sem, di rumah pun saya anti sosial, lebih suka main handphone sampai naskhah al-Quran berhabuk. Solat pun hanya dilakukan bersendirian, kadang-kadang solat pun sampai saya abaikan sebab terlalu asyik bermain handphone dan saya tangguh taubat dan tidak mengqadakannya. Jiwa saya terlalu leka dan tertarik dengan handphone sehingga saya selalu rasa jiwa saya terlalu kosong dan sibuk dengan urusan duniawi sehingga hati terasa jauh dari Allah. Astaghfirullah!

Bukan itu sahaja, saya pun ada sampai terugut nak bunuh seorang ustaz ni di fb hanya sebab dia block fb saya. Nafsu ammarah saya timbul hanya kerana terlalu agungkan manusia yang bersifat lemah! Nampak sangat yang rasa cinta saya pada manusia melebihi cinta terhadap Allah dan Rasulullah! Tuntutan Allah pun kau sering langgar walaupun kau dari UIA! Astaghfirullah! Disebabkan saya terpost ugutan ingin membunuh seorang ustaz yang saya minati di fb, maka ibu bapa saya dan saya pun dipanggil oleh deputy dean tapi saya berkeras tak mahu pergi! Selang beberapa hari, result sem 1 keluar dan result saya mengecewakan hati sampai saya terhina Allah di FB! Hmmm..ya Allah, teruknya iman dan akidah saya! Kali ini, deputy dean sendiri yang datang ke rumah saya dan saya dikeluarkan dari UIA selama tempoh dua bulan. Tempoh dua bulan tu lah saya perlu transform diri saya jadi seorang yang beriman dan dapatkan medical report. Sepatutnya saya pergi ke pondok dalam tempoh dua bulan itu, tapi rasa murung menyebabkan saya tak jadi positif, redha dan islah diri! Ditambah pula dengan sedara rapat saya yang balik kampung, takkan lah saya tak nak spend time dengan mereka?

Saya akui keluarga saya bukanlah dari golongan alim, ustaz mahupun ustazah. Jadi, tiada siapa yang nak hantar ke mana-mana institusi pengajian agama. Kawan pun tiada kerana saya tidak pandai bersosial. Cuma saya yang harus mengusahakannya jika saya nak belajar di UIA! Tapi sampai sekarang saya takut nak pergi pondok sebab ada masalah sosial sebenarnya. Saya cuma mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca al-Quran, dengar ceramah di masjid, tapi saya terasa sunyi sebab tak pandai bergaul dengan orang kamoung dan tiada kawan! Lifeless!Hmm..lepas dah dapatkan medical report tu, fellow UIA suruh saya tunggu result tapi atas sebab depression kerana rindukan CFS dan rindu ingin belajar bahasa Arab, saya sekali lagi kecundang dengan hasutan iblis sampai terugut dengan fellow UIA ingin bunuh diri kalau tak dapat masuk sem 3! Ya Allah, ampunilah saya kerana sering jatuh tersungkur ke lembah kehinaan dan neraka. Disebabkan ugutan itu lah, saya tak dapat masuk UIA dan dipanjangkan cuti dari bulan 11 tahun lepas hingga sekarang.

Deputy dean suruh saya belajar di Melaka sebab taknak saya depress tapi saya berdegil, saya tetap mahu belajar di UIA! Sampai bila deputy dean kata macam tu pada ayah saya, saya jadi marah dan terus lari dan jalan di jalan raya supaya dilanggar lori. Astaghfirullah! Kenapa saya macam ni ya Allah. Doakan saya supaya saya boleh memperbaiki diri ya korang dan redha dengan ketentuan Ilahi jika saya tiada rezeki untuk belajar di UIA semula. Sekarang ni juga saya tengah tungguh interview dengan Prof Gary untuk masuk UIA semula. Boleh tolong bagi tips pada saya tak apa persiapan yang perlu dibuat? Islah diri itu masih dalam proses. Terima kasih.

– Pendosa Hina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit