Assalamualaikum semua. Aku nak terima kasih dekat admin kalau siarkan confession aku ni. Dekat sini aku nak luahkan ketidak puasan hati aku mengenai 2 benda.
Bismillahirahmanirrahim. (Baca bismillah lapangkan dada takut nanti kena kecam)
First benda yg aku tak puas hati adalah mengenai golongan LGBT. Sejak dua menjak ni banyak betul berita tentang LGBT ni. Semakin berleluasa dengan pantas dan efisien macam virus ransomware. Okay yang aku tak puas hati nya ialah kalau golongan LGBT tu dari golongan manusia yang beragama islam. Buat yang bukan agama islam tu ikut kepercayaan mereka lah aku tak kisah sangat. Buat kita yang beragama Islam, ingat kawan kawan Allah dah jadikan lelaki untuk perempuan. Perempuan untuk lelaki. Itu dah memang fitrah kita sebagai manusia. Dah Allah jadikan kita begitu ,jangan lah lawan, nanti Allah murka, dah la kita banyak dosa lain yang kena tanggung. Tapi itu lah aku memang tak paham kenapa kena mesti bercinta dengan pasangan sejenis. Kawan kawan, Allah dah bagi kita akal, kita bole fikir. Dah kalau kita bercinta dgn pasangan sejenis macam mana kita nak dapat anak. Memang la awal awal cakap tak nak anak, nak sedap je. Nanti dah tua sunyi kawan, takde siapa nak teman kita berbual ketawa. Sebenarnya bukan soal anak shj tp LGBT ni mmg tak boleh, haram dalam islam.
Lepas tu ada pulak bunyi bunyi yang sokong golongan LGBT tu cakap cinta itu buta. Aduii, biar buta mata kawan kawan, jangan buta hati. Bahaya kalau buta hati. Benda LGBT sebenarnya boleh shj kita tepis. Kalau kau da nampak member sorang tu mcm ke arah situ tegurlah , ajak dia berubah slow slow. Jangan kau layankan pulak. Tak kemana jadinya. Golongan LGBT ni bukan takat pasangan yang belum kawin, yang dah kawin pun ada je. Alasan dia macam biasa la. Pasangan tak bagi layanan la, sibuk kerja la. Astaghfiruallah. Aku baca kisah-kisah golongan macam ni aku naik meluat.
Kawan-kawan kembali lah ke pangkal jalan. Belum terlambat untuk kita bertaubat. Memang dosa ,pahala, nanti kita mati masuk neraka ke syurga itu semua memang kerja Allah .Bukan kerja manusia nak tentukan siapa masuk syurga. Tapi kalau kita dah terang terang langgar perintah Allah kau tahu kan akibatnya. Aku tengok bangga dan meriah betul golongan LGBT ni macam nak cabar kuasa Allah. Astaghfiruallah. Aku bukan nak tunjuk baik ke bagus ke aku nak korang sedar wahai kawan-kawan LGBT yang beragama islam, LGBT bukan cara hidup orang islam yang normal. Itu sama sekali tidak normal. Kuatkan iman kawan kawan. Control nafsu tu lebih sikit. Sedih tau sebenarnya tengok benda mcm ni dah makin berleluasa. Dan tidak lupa golongan mak nyah dan pondan. Kau buat aku keliru. Mula mula kau mengaku kau mak nyah, lepas tu kau cakap kau khunsa ,lepas tu kau da jd perempuan. Awal-awal kau mengaku sendiri kau maknyah menggunakan mulut kau. Apa hina sangat ke kejadian Allah sampai nak ubah-ubah.
Aku ni bukan ustazah bukan dari golongan alim. Aku hanya pemerhati dan aku juga pendosa. Aku tahu setiap orang ada jalan cerita masing-masing yg membuatkan kita jadi diri kita pada hari ni. Tapi yang haram itu tetap haram. Ingat ye kawan-kawan.
Secondly, benda yang aku tidak puas hati adalah mengenai kes penderaan haiwan. Ini apply dekat semua golongan manusia. Tolonglah kesian dan sayangkan binatang. Tak kisah lah anjing ke harimau ke biawak ke kucing ke. Kalau tak nak kesian pun, kau biar kan jela dia. Tak payah kacau dia. Banyak sangat kes penderaan haiwan keluar dekat berita sekarang ni. Jiwa kacau betul lah yang suka dera haiwan, macam sakit mental. Haiwan tu elok tak kacau kita pun. Bukan kita sahaja yang hidup kat bumi ni , ada jugak hidupan lain. Hormati lah mereka.
Sekian terima kasih.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit