Hi,
Antara benda yang aku paling benci kat dunia ni ialah orang yang suka condemn dan bagi kritikan kosong.
Contohnya macam kau kritik kerajaan sekarang tak buat itu tak buat ini tahu kerja makan rasuah perut buncit. Itu yang kau kritik. Yang kau tak tahu sebenarnya ada ramai lagi penjawat awam dan badan-badan kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan program-program dan inisiatif kerajaan untuk memastikan keberlangsungan hidup & kemajuan negara kita. Ini contoh aku dulu yang memang suka condemn govt. Sebab aku dulu belajar obersea so rasa macam bagus sangat padahal bila balik Msia sebenarnya banyak benda yang aku tak tahu pasal negara aku sendiri. Kritikan tu perlu tapi pastikanlah ia membina. Buka minda, dengar dan baca dari semua pihak dan barulah kau bagi kritikan jika perlu, berasaskan fakta dan bukan andaian semata.
Contoh yang kedua pasal kecaman2 pasal program Gema Gegar Vaganza. Haha. Aku sebenarnya baru baca komen2 kecaman tu yang kata program ni tak Islamik lah dan tak sepatutnya diadakan. First of all, boleh nak kritik tapi biarlah berhikmah dan beradab sikit. Aku suka giler GGV ni sebenarnya dan aku sekarang dah jadi makin suka pulak kat geng2 nasyid ni lepas sekian lama aku dah tak layan nasyid. Sekarang pun pagi2 aku dah tergerak hati nak dengar IKIM FM daripada Johara Pagi Era yang aku tak pernah miss dulu.
Walaupun ia adalah sebuah program hiburan and like what people said, tak layak pun nak digelar program islamik, ia adalah program hiburan yang berjaya mendidik dan menyentuh hati. Tapi dah namanya program hiburan, mestilah ada gimik2 yang dibuat untuk naikkan rating dan sebagainya. Sebab at the end of the day, konsert2 ni semua melibatkan kos yang tinggi dan ada pekerja2 harus dibayar gajinya. Entertainment industry is still a business and in business, people will only invest in something that can generate good return. Jadi sebab itulah program tu dilakukan sedemikian rupa, santai dalam berdakwah sementara tidak melanggar batas2 islam yang jelas, in order to reach a wider audience.
Seriously apa yang aku paling suka pasal GGV ni ialah bila diorang dapat task untuk nyanyi kan lagu2 mainstream contohnya macam Potret dan Bertakhta di Hati. Tak pernah sangka sebenarnya lagu2 tu semua ada mesej yang sangat deep kalau kita melihat dari sudut pandang yang betul. Dan ia berjaya mengubah persepsi aku bahawa mesej2 kebaikan tu sebenarnya ada je dalam lagu2 mainstream yang pada zahirnya tak kedengaran islamik. Yang silapnya pada hati kita yang terlalu cepat menghakimi dan tak cuba mencari kebaikan dalam setiap perkara.
Dakwah itu seni dan perlu sentiasa berevolusi sesuai dengan keadaan zaman dan masyarakat. Dan untuk itu, aku puji pendekatan kreatif Astro Oasis dalam me-mainstream kan dan meng-urban kan kembali lagu2 ketuhanan dalam kehidupan kita. Setiap orang lain caranya dalam berdakwah. Boleh je nak mengkritik dan menegur tapi biarlah kena pada caranya. Boleh jadi dalam kritikan yang keras tu, ada yang semakin jauh hati dari Islam. Cubalah memahami dahulu sebelum menghakimi dan mengkritik. Dan jika rasa cara ini salah, sumbanglah idea bagaimana caranya yang terbaik nak hidupkan kembali nasyid di Msia ni dalam lautan lagu2 mainstream yang sangat pantas berkembangnya.
So basically ni lah luahan aku. Aku perasan yang suka kritik2 kosong ni ialah orang yang selalunya duduk dalam kelompok2 diorang je. Which is somehow menyempitkan pemikiran. Buka lah minda, baca dan bergaul dengan macam2 jenis orang. Dari situ kau tahu yang dunia ni besar sebenarnya dan bukanlah setiap masa ianya jelas hitam dan putih, baik dan jahat. Kebanyakan masa ianya grey areas dan di situlah kita memerlukan hikmah (wisdom) untuk memahaminya.
Sekian. Semoga Allah terus pandu hati2 kita ke jalan yang diredhaiNya.
– – Peminat Mirwana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit