Assalam penbaca semua. Ahlan wasahlan ramadhan. Baca tajuk dah macam orang bercinta. Tapi ini bukan kisah cinta, tapi kisah persahabatan. Aku pernah ada seorang sahabat baik. Aku panggil dia Ina. Dari sekolah rendah sampai menengah kami memang satu sekolah, rumah pun dekat walau berlainan kampung (kampung sebelah je). Masa sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6 kami sekelas dan meja pun sebelah-sebelah, tak pernah berpisah. So, boleh bayangkan tak betapa rapatnya kami. Even masa tingkatan 6 aku rela pindah sekolah dan Ina rela pindah kelas semata nak sama dengan aku (Kami berdua pindah course masing-masing untuk masuk course yang sama.
Ina ni anak bongsu dan bersifat lembut. Aku pula anak kedua yang boleh dikatakan agak agresif dan lantang. Memang kami berdua ni kontra dari segi perangai dan pembawakan. Ina ni jenis rajin dan study hard. Aku pula jenis malas kerjanya asyik meminjam homework Ina sebab nak tiru. Ina tak pernah menolak. Aku minta dia mesti bagi. Lepastu aku kadang-kadang malas nak salin apa yang cikgu tulis kat whiteboard, lepas dia siap dia punya, aku mintak dia salinkan untuk aku pulak. Nampak tak sifat pembuli yang menebal disitu. Tapi tak selalu la aku buat perangai hanat macam tu. Ina ni pulak, dia buat ja walaupun kadang tu dia hadiahkan jelingan maut.
Tapi itu lah, walau pun dapat sahabat yang sebaik Ina, aku tak pernah cakap aku sayang dia. Kadang-kadang tu bila angin aku tak elok aku diamkan diri ja. Dia cakap apa pun aku tak layan. Jahatnya aku. Aku ada satu penyakit hati, penyakit jealous yang memang susah dibendung. Aku jenis tak boleh kalau orang lebih dari aku. Tapi jealous ni cuma timbul dari segi pencapaian akademik ja. Hal lain aku tak cemburu (serius tak tipu). Kat sekolah dulu kami duduk kelas pertama dan aku top 3 kat sekolah. Aku sangat cemburu kalau ada student lain yang dapat markah lebih dari aku even Ina sendiri.
Bukan nak membangga diri, walaupun perangai malas aku ni sangat tebal sampai pernah kena panggil dengan cikgu sebab tak buat homework, tapi alhamdulillah bila exam ja mesti aku top scorer especially subjek sejarah. Ina pulak selalu menyusul bawah aku (kat sekolah dulu cikgu-cikgu suka jadikan kami contoh). Tapi aku ada kelemahan jugak. Aku benci math, Ina pulak minat math. So, aku selalu pergi rumah dia and belajar dengan dia. Walaupun benci math, score tetap kena score. Ina pun gigih la ajar aku yang bengap math ni sampai pandai. Berkat kegigihan Ina, aku score A1 time SPM. Tapi aku tak pernah cakap aku sayang dia, hargai dia, peluk dia.
Pernah sekali tu, kami saja sembang pasal hal-hal remeh kat tangga sekolah. Tangga tu memang jarang orang lalu sebab dekat dengan library (library sekolah aku selalu takda budak pergi pon). Tetiba keluar topik pasal bff. Aku punya keras hati, manusia hati paling kering la senang cita, aku cakap aku takda sahabat baik. Aku pun tak faham kenapa boleh terkeluar pekataan tu. Macam air ja keluar. Ina tak bagi reaksi apa pun. Tak cakap apa pun, kami terus balik kelas. Tapi jauh dalam lubuk hati aku, aku tahu, aku memang sayang dia, aku akan jadi hilang pedoman kalau dia tak datang sekolah sebab aku memang tak rapat dengan budak lain.
Ada pernah sekali tu, time tingkatan 6, pointer dia lagi tinggi dari aku (beza beberapa point je), tapi aku diamkan dia seharian. Apa punya manusia la aku. Tapi nak buat macam mana, aku memang tak boleh orang score lebih dari aku. Teruk punya perangai. Ina time sekolah dia ada motor, so kalau aku nak pergi memana memang aku akan ajak dia. Time ni aku tak pasti aku mempergunakan dia atau aku memang tak boleh kalau dia tak ada. Dia pun tak pernah menolak. Mulianya kau wahai sahabat.
Lepas kami habis exam STPM, aku kerja kat nursery, Ina pulak kat kedai cermin mata sementara tunggu result STPM keluar. So, kami jarang la dapat jumpa sebab kerja lain tempat. Satu hari tu (hari selasa aku ingat lagi) aku tetiba rasa rindu semacam kat Ina. Aku call dia mintak dia datang tempat kerja aku tapi aku tak cakap sebab aku rindu dia (sejenis ego yang melampau). Dia memang janji nak datang tapi esoknya dia cakap dia tak dapat datang sebab dia selsema. Ina memang selalu selsema sebab resdung. Aku punya perasaan bercampur baur masa tu. Marah, kecewa, sedih semua ada. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu.
Esoknya (hari Rabu) aku dapat panggilan telefon dari kawan sekelas kami. Kawan kami ni satu kampung dengan Ina. Time dia call tu dia mintak aku bersabar, bertenang. Aku dah pelik dia ni dah kenapa. Rupanya dia nak sampaikan berita yang Ina kemalangan. Aku tak percaya, aku cakap dia tipu, banyak kali aku cakap dia tipu tapi air mata aku dah mengalir laju dah. Aku terus call kawan kelas aku mintak dia ambik aku kat tempat kerja, terus pergi hospital. Kat hospital Ina koma. Sebelah katil dia nampak kakak dia duduk atas wheelchair sebab seminggu sebelum kejadian tu, kakak dia kemalangan. Teruk jugak kaki kena simen. Hebat dugaan mak ayah Ina time ni.
Doktor cakap tengkorak kepala Ina dah retak, memang takda harapan dah . Kalau letak tangan kat belakang kepala Ina, memang dah lembik. Allahu, memang deras la air mata time ni. Bayangkan, bff aku dari zaman sekolah rendah sampai tingkatan 6 tak pernah berpisah. Dah la lagi 20 hari result STPM nak keluar. Time ni terbayang semua kenangan kami, apa yang aku pernah buat kat dia, impian, cita-cita kami sambung belajar lepas dapat result STPM. Ditakdirkan, Allah lebih sayangkan Ina. Hari jumaat arwah meninggalkan kami semua.
20 hari selepas arwah meninggal, tibalah hari yang kami nantikan, hari keluar result STPM. Yang aku sebak tu, cikgu panggil aku untuk tolong ambilkan slip result arwah Ina dan hantarkan ke mak ayah arwah. Jiwa aku time tu kosong, sedih, sebak. Sahabat yang selalu belajar sama-sama, teman seperjuangan aku, yang paling faham perangai aku, yang tahan dengan pe’el aku, tak dapat aku kongsikan kegembiraan bersama. Alhamdulillah, aku top student STPM untuk tahun tu manakala pointer arwah cuma kurang 0.52 dari aku. Masa aku pergi hantar result arwah kat mak ayah arwah, aku teharu dan sebak sebab dorang sambut aku dengan riak gembira. Siap pesan datang rumah dorang time free.
Lepas dapat result, aku dapat further study law degree. Dulu Ina selalu cakap aku kalau sanggulkan rambut memang nampak macam lawyer. Alhamdulillah, aku benar-benar lawyer dah sekarang. Apa yang aku nak sampaikan pada pembaca, selagi ada sahabat disisi yang setia layan korang time susah senang, hargai lah mereka. Jangan jadi macam aku. Aku sangat menyesal sebab tak pernah sebut perkataan “sayang” sepanjang hayat arwah. Tapi aku tahu, arwah tahu yang aku sayang dia.
-Yang merindukan sahabat-
– Sahabatmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit