Penganggur Tegar

Assalam semua.
Terbaca confession pasal hamba Allah yg “menganggur” tapi dapat buat saving 10K dengan hasil kerja sendirian dan juga part time.
Salute, memang kagum! Sangat memberi inspirasi terutama buat semua penganggur yg masih menganggur diluar sana termasuk sya.

Sya bukanlah lepasan U, tapi setakat lepasan SPM saja. Untuk tidak membebankan kedua orang tua dengan hutang, memandangkan umur pun semakin uzur, sya pilih utk tidak meneruskan pembelajaran dan terus cari kerja. Awal bulan menganggur tu susah juga nak dapat kerja, keluar masuk pintu kedai nak tanya kekosongan, yang taknak layan pun ada. Sabo jelah.

Lepas 3/4 bulan, adalah jumpa kekosongan kat satu kedai. Bincang-bincang dengan PA boss, esoknya terus masuk kerja. Alhamdulillah, walaupun gaji ciput untuk permulaan tapi dah kira ok daripada mereput kat rumah. Tapi rezeki tak lama, lepas hampir 2 bulan berkerja, sya terpaksa berhenti. Sebab apa? Boss empunya kedai cakap “Kalau nak kerja, jangan solat time kerja. Kalau nak solat, boleh, tapi jangan kerja.” yg muslim mesti faham dan pernah dapat boss macam ni, kan?

Sedih sangat masa tu. Siap ditengking depan kedai sambil orang lalu lalang pula. Nasib baik kedai sebelah tutup. Mulalah balik kisah hidup menganggur, time ni kepala naik tension sebab kedua orang tua push untuk dapatkan kerja. Tambahan lagi dengan segala bisikan madu racun tongkat ali kacip fatimah jiran tetangga, memang naik stress. Hampir 7 bulan menganggur, akhirnya dapat panggilan dari satu syarikat, manager suruh datang untuk interview. Lepas je zohor, sya bersiap, dah nak jalan ni tapi hati rasa tak sedap semacam. Tergerak nak research lebih details pasal syarikat tu dan TING! Patut rasa berat hati, rupanya syarikat tu melibatkan penjualan arak.

Ada hikmah Allah gerakkan hati suruh google search dulu. Gaji memang lumayan woiii tapi tak berkat nak buat apa. Sedih macam biasalah, sebab mengharap bolehlah dapat kerja tapi masih belum ada rezeki. Akhirnya, mereputlah balik kat rumah, sambil-sambil tu scroll-scroll fb dan terjumpa sorang online seller tengah cari dropship, tanpa banyak fikir terus join. Awal 1/2 bulan tu tak berapa nak ada customer sangat, promote pun hangat taik ayam je.

One day, sya tergerak hati nak amalkan solat dhuha sebab ustaz tempat belajar dulu pernah pesan, nak rezeki masuk, buat solat dhuha. Lepas beberapa bulan, customer makin ramai. Dalam 5/7 hari sya boleh dapat RM300/RM500 hanya dengan DROPSHIP! Ini bukan rekaan, ini realiti ye! Sya usahakan lagi cari online seller yang open dropship. Alhamdulillah, bertambah items dropship dari beberapa supplier. Masa ni income bolehlah cecah RM600. Bila dah ada duit sendiri, sya hulurkan sikit duit pada kedua orang tua dan cover belanja dapur. Kadang ada lebih, bagi ibu ayah rm100 sorang buat beli topup dan isi minyak kereta pun mereka dah senyum lebar. Alhamdulillah, pada usia yang belum berapa nak kenal dunia (bak kata orang tua) sya mampu berkongsi rezeki dengan kedua orang tua walaupun tak banyak.

Hampir 9 bulan dalam dunia dropship, hati tergerak nak buat business sampingan. Jadi, sya mulakan business sendirian yang tak seberapa, sya ulang, business saya sendiri bukannya dropship! Awal permulaan, income yang sya dapat dalam masa seminggu dua boleh cecah RM400/500. Sya upgradekan lagi business yang sedia ada, hampir siang dan malam sya habiskan masa hadap hp sampai mata sya memerlukan spek sebab memang semuanya buat melalui online saja. Alhamdulillah, tak sia sia. Dalam seminggu dah boleh dapat income 1K dan paling kurang RM700/800/600 (paling malas). Pendapatan kasar sebulan sya mampu dapat dalam RM3/4K, bila business down, income sebulan hanya dalam RM2/1K. Paling rare pernah dapat RM800/900/700 saja sebulan.

Sya tak kerja gov atau swasta. Orang luar pandang sya sebagai penganggur. Bahkan ada ahli keluarga juga yang pandang sya penggangur sebab mereka tak “NAMPAK” hasil penat lelah sya. Walaupun begitu, naluri orang tua mana yg taknak anak mereka untuk berkerja tetap. Resume masih sya hantar kemana-mana syarikat yg ada kekosongan, sampai rasa nak give up pun ada sebab masih juga dibandingkan dengan mereka yang berkerja gov/swasta.

Tapi sya bersyukur, apa yg sya nak, sya boleh dapat dengan duit sendiri tanpa meminta pada sesiapa. Bukan nak bongkak, tapi cuma sedar diri. Umur makin tua, jadi kne sedar diri. Masih nak minta duit dengan orang tua? malulah sikit. Ini bukan pantun, ini yang sebetulnya. Walaupun saving tak cecah 10K, tapi saya ada pendapatan sendiri sebagai “penggangur”.

Jangan suka hati judge orang yang tak kerja gov/swasta sebagai penganggur yg hanya makan tidur je, habiskan duit orang tua je, habiskan beras kat rumah je. NO NO! Struggle seorang penggangur tiada siapa yg tahu. Kalau beritahu pun, ada yg nak percaya? Ya ada, tapi bukan semua. Yang pandang sinis pun ada. Kerja gov/swasta itu mungkin rezeki kamu dan bukan kami, tapi Allah Maha Adil berikan kami rezeki dari segi yang berbeza dengan kamu. Yang penting usaha dan cari idea! Akhir sekali, jangan mengata haaaa. Posa ni posa. Salam ramadhan semua.

– Cik N.N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit