Ini kisah aku. Cerita aku.
Terima kasih admin andai sudi siarkan coretan tak seberapa aku ni. Tapi aku harap sangat coretan ini mampu memberi manfaat pada pembaca pada bulan Ramadhan ni. Dan aku minta maaf andai ada salah silap dalam coretan aku.
Dulu aku jahil. Nak mengeja ayat dalam AlQuran pun tak reti. Apatah lagi nak sebut. Payah sangat². Aku masuk darjah 6, still muqaddam. Allahu~ Malunya aku. Ustaz ustazah selalu tanya,
“Siapa kat sini dah khatam Quran?”
Aku mesti tunduk.
Aku selalu duduk paling belakang sebab aku kategori baca Muqaddam. Jadi kena duduk nun jauh di belakang dari kawan2. Pernah la sekali aku tipu kata dah khatam. Sampai je kat giliran aku baca AlQuran, aku tenyeh² mata kata tak jelas. Quran kat umah aku lagi besar so AlQuran kat sekolah kecik sangat. (alasan je)
Last² kantoi dengan cikgu aku. Malu aku oii kene gelak.
Aku ni slow sikit. Tp otak aku laju kalah arnab. Alhamdulillah. Aku boleh hafal sesuatu benda sekaligus (kalau aku minat. Tp subjek sejarah aku tak berapa minat. So susah nak hafal sume.)
So, ayat AlQuran ni cepat aku hafal walaupun tak pandai mengeja. Itu kelebihan aku. Umi aku ckp,
“kau ni, menghafal! Bukan mengenal huruf!” *pangg!!*
Perhhh! Pedih pipi aku. Time lepas magrib , waktu mengaji umpama waktu smackdown aku. Mesti aku menagis. Tapi… Kena tampar² pun, aku sendiri yg bawak Quran kat Umi aku suruh ajar. Akak² aku? Dia ckp cmni,
“aku malas nak ajar kau! Lembab!”
1 sikap aku, aku ni mudah marah. Bukan marah sampai nak membunuh atau memudaratkan. Cuma aku tak suka org cabar aku dan aku cuba perbaiki kekurangan diri. Hari² aku menagis. Syahdu doa aku.
“Ya Allah. Lidahku ni payah sangat nak menyebut kalamMu. Tp hati dan fikiranku mudah sekali meresap dan menghafal segala isinya. Lepaskanlah ikatan di lidahku agar aku dapat membaca dan menyebut kalamMu yg indah ni dgn begitu baik dan sempurna sekali. Agar aku boleh mengajar org yg sama sepertiku suatu hari nanti.” .
___________________________________________
Takde sape nak ajar aku. Aku give up ke? Tak ahh. Kau nak tau, saat² aku hampir putus asa, Allah kerap selamatkan aku. Allah benci hambaNya yg putus asa dr rahmatNya. Allah sayangkan aku. DIA bantu aku. Manusia dah tak nak tolong so sekarang semuanya bergantung pd diri aku sendiri.
Aku amik laptop dan CD 30 juzuk. Hari² aku mengaji AlQuran bersama laptop dan cd aku. Alhamdulillah. Aku berjaya khatam bersama² dgn laptop dan cd pd pertengahan Tingkatan 1. Cd tu lajuu. Banyak kali aku rewind semata² nak tangkap ayat² tu.
Alhamdulillah. Allah permudahkan aku. Allah dengar rintihan aku. Allah tak pernah tidur. Apatah lagi mengantuk. Allah tak pernah letih berikan apa yg aku nak dalam hidup. Dan Allah begitu sabar melihat diriku setiap saat, setiap detik yg aku penuhi tanpa mengingatiNya. Tp Dia tetap ingat dan perkenankan doa hamba²Nya. Malunya aku…
______________________________________________
Kau nak tau, saat² aku nak give up, Allah hadirkan sape? Allah hadirkan cikgu yg kantoikan aku aritu. Dia cakap macamni,
“Tak pandai mengeja takpe. Tapi Allah bagi kelebihan menghafal. Bukan semua orang hatinya bersih dan mudah hafal AlQuran. Allah pilih awk. Awaklah insan terpilih. Jangan sia²kan hafalan awak dengan perkara2 yang Allah benci.”
Sejak tulah aku belajar sendiri Quran. Eh bukan sendiri. Aku tak pernah bersendirian walaupun aku takde boyfriend tapi cukuplah Allah bagiku yg selama ini sentiasa bersamaku dan memenuhi segala keinginanku saat manusia² lain menghina kekurangan aku.
Alhamdulillah. Aku dapat khatam Quran lebih dari 10 kali. Dan aku dapat menghafal 8 surah dr AlQuran dan doa² yg diajar oleh Rasulullah. Hebat ke? Tak. Nak tau sebab apa?
____________________________________________
Ya memang aku berjaya menghafal banyak ayat suci Al-Quran. Tp kadang² aku tersentak jugak. Asal aku masih hidup dibelenggu dosa²? Aku mengaji, tp mulut aku mengumpat. Mana silapnya aku?
Ouhh baru aku tau. Ayat suci Al-Quran hanya menyelusuri indah di bibir aku sahaja. Aku tidak menghayati apatah lagi mengamalkan stiap apa yg terkandung dlm AlQuran.
Tp, yg hebatnya, cara Allah nak kasi aku tersentak dengan amaran² dalam AlQuran tu, Dia kasi aku 1 perasaan yg aku sendiri taktau nk coretkan. Bila aku asyik membaca Quran, sampai ke 1 ayat, aku jd sebak. Menagis teruk. Aku bukan faham maknanya. Tapi ustaz aku kata, kalau 1 ayat tu tiba² buat kite sebak, check cepat2 maksud dia. So aku check la. Ya! Mengenai azab api neraka. .
Baucer buku yg aku dapat time study dulu, aku tak bazirkan dengan membeli novel tapi aku beli senaskah Al-Quran berserta maknanya. Supaya mudah bila aku baca, aku boleh tengok maksudnya. Alhamdulillah. Mata ni mudah menitiskan air mata tatkala orang menyebut nama Allah. Apatah lagi kekasih Allah. Pasti aku teresak².
Saat org lain sibuk capai handphone dengan earfon untuk dengar lagu, aku pun pakai jugak. Tp aku pakai utk mendengar ayat² suci Al-Quran agar aku dpt menajamkan lg hafalan aku. Alhamdulillah. Aku pernah cuba² masuk prtndingan hafazan. (Bkn aku nk pertaruhkan hafalan aku demi ganjaran tp aku takde siapa² utk dgr hafalan aku)
Alhamdulillah dpt tmpt ke2 dan masuk peringkat negeri. Tp aku stop. Sb aku takut niat aku jadi lain. Sampai ke laa ni, aku menjahit di kedai bersama iringan kemerduan AlQuran yg sentiasa berkumandang di kedai :)
Al-Quran ni aku sentiasa bawa ke mana². Al-Quran yg sering basah dgn air mata ketakutan aku terhadap kandungannya. Aku sering doa, agar jangan jauhkan AlQuran ni dari hati aku. Jangan pernah tarik nikmat yg paling besar yg Allah dah kurniakan pada aku ini. Puas aku meminta agar dapat membaca AlQuran jadi kenapa aku perlu lupa diri saat Allah sudah memberikan apa yg aku minta?
_____________________________________________
Muslimin dan muslimat. Bacalah Al-Quran walaupun sehelai sehari. Jangan biarkan Al-Quran kau berhabuk dan terbiar lebih 3 hari. Aku cakapp tentang diri aku. Hebat sekali jika kau dpt membacanya hari² kerana kau akn rasai sesuatu aku aku sndri tak mampu katakan.
Ketenangan jiwa.
Renung²kanlah sahabat. Assalamualaikum. Moga bermanfaat.
– Mashitah AlQhadri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit