Assalamualaikum para pembaca, di sini aku nak share kisah aku. Semoga boleh di ambil pengajaran dari yang baiknya.
Aku nak kongsi perubahan hidup dengan keajaiban kasih ibu.
Aku anak perempuan dalam keluarga. Yang ada 5 beradik. Umur sekarang 28 Tahun. Aku ada seorang kakak, abang dan adik lelaki & perempuan.
Pada mata kasar orang di luar aku sangat lembut, tak banyak bunyi, jenis pendiam. Tapi tak di mata keluarga. Dalam keluarga aku paling bising, paling kecoh, paling suka buat hal. Mungkin aku juga punca berpuluh pergaduhan yang berlaku dalam adik beradik.
Ibu dan beratus kali menitikkan air mata sebab aku. Lebih lebih lagi apabila aku meningkat dewasa. Masa sekolah aku di antara pelajar yang cemerlang. Di sayangi cikgu. Tak pernah di kenali dengan benda2 buruk. Ibu & Babah tegas. Jadi sebab tu aku mampu berjaya. Tapi dalam hati kecil aku, aku ini jenis pemberontak. Sebab aku di biarkan menguruskan sendiri kehidupan aku. Sebab aku paling matang & berdikari jadi ibu & babah jarang ambil kisah. Yang mereka tahu aku berjaya jugak nanti. Hati anak mana yang tak sedih bila ibu babah jarang ada di majlis2 istimewa buat aku.
Makin besar aku makin buat hal sendiri, tak peduli ibu dan babah. Selalu cari pasal dengan adik beradik aku. Aku lebihkan kawan- kawan2. Balik rumah kadang aku tempik jugak ibu dan babah. Merungut, hempas pintu, tinggi suara dan macam2 lagi. Beberapa kali jugak aku curi2 keluar tengah malam sebab tension dengar bebelan ibu & babah.
Sehingga satu hari aku bergaduh besar dengan adik lelaki aku. Hingga bertumbuk. Iya aku ni perempuan tapi kasar. Mulut taknak kalah. Sebab tu dengan adik lelaki aku pun bertumbuk. Masa ni umur aku 22 tahun. Ada aku 19 tahun. Ibu babah leraikan tapi aku tak puas hati sambil tempik ibu dan nak keluar rumah. Puas ibu pujuk minta sabar tapi jiwa orang muda kan, mana nak dengar. Akhirnya haritu aku keluar. Berbulan2 tak balik. Aku hidup dengan dunia aku sendiri.
Ada Ibu tanya khabar tapi kerna ego aku banyak diamkan diri. Akhirnya pada umur 25 tahun aku berkahwin. Dapat kerja jauh daripada rumah. Suami pun orang jauh. Memang itu aku idamkan. Supaya aku tak perlu jumpa sesiapa. Sbb aku masih panas dengan situasi di rumah. Lebih2 lagi bila sepanjang perkahwinan aku tiada siapa yang membantu. Sedangkan aku selalu ada buat tolong2 masa perkahwinan abang & kakak.
Nak di jadikan cerita aku mengandung, 3 bulan sblum bersalin aku duduk dengan ibu & babah. Mereka tolong tgk2 kan aku. Aku ada kencing manis semasa bersalin, jadi doktor sarankan untuk bersalin awal. Di sini semua titik permulaan perubahan aku. Ibu sangat2 risau dengan keadaan aku. Lagi2 bila doktor bagi tahu jika aku tiada sakit lagi untuk bersalin mereka akan masukkn suntikan paksa bersalin dan mungkin akan di bedah. Beberapa hari sebelum bersalin, tiap tiap malam ibu datang bilik untuk pastikan aku okay. Urut kaki aku. Pernah satu malam aku berjaga aku nampak ibu sedang solat pukul 3 pagi. Dalam kelapa aku mungkin biasa ibu solat sunat. Tapi lepas solat ibu akan datang bilik dan berdoa di umbun2 kepala aku. Yang buat aku sedih dan terasa. Doa ibu dan solat yang ibu lakukan adalah memohon keampunan dan permudahkan urusan bersalin buat aku. Ibu tak tido lena beberapa hari itu. Berharap aku akan sakit normal. Bila doktor panggil untuk aku masuk ke wad untuk bersalin paksa, ibu orang yang menemani aku di hospital seawal 6 pagi.
Suapkan aku makan, urutkan kaki. Masa tu dalam hati aku, hanya mampu menangis je. Murni nya kasih ibu buat aku masa tu. Aku rasa sangat ibu sangat berjaga hanya untuk pastikan aku selamat. Aku masih ingt malam sebelum aku ke hospital ibu minta aku berborak dengan bayi dalam perut untuk dia keluar awal.. ibu cakap ” sayang, kesian mak awak nanti kena bedah.. nenek tak sampai hati..nanti mak awak sakit.. awak keluar lah cepat ye.. ” Allahu masa tu aku terkesan sangat.
Aku yang seburuk2 perangai ini, dia masih kisahkan. Hina dan teruk sangat aku rasa. Dengan berkat dan doa ibu. Alhamdullilah aku dapat bersalin normal. Aku mintak maaf dgn ibu dan babah sbelum bersalin.
Sejak daripada tu, aku tak mampu nak tinggi suara apatah lagi berkata tidak buat ibu. Sebab aku rasa besarnya pengorbanan ibu walaupun utk aku yang dah besar sgt masa tu. Aku rasa berdosa sangat dengan perangai aku. Sebab tu abang dan kakak aku selalu tanya mana pergi aku yang garang dan baran. Jawapan aku? Hilang di telan dengan kasih ibu.
Jadi buat adik2 di luar sana, kakak nak pesan. Mungkin adik2 juga seperti kakak dulu merasa diri hebat. Merasa kawan kita baik untuk kita. Tapi percaya lah. Tiada yang lebih baik daripada ibu bapa dan keluarga kita sendiri. Jika masih ada yang terleka dan terlupa dengan ibu bapa anda, mungkin ini masa nya untuk perbaiki. Kerana satu hari ari mereka juga akan pergi.
Terima Kasih.
– ANAK YANG BERDOSA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit