Jalan Sunyi Seorang ‘Lone Ranger’

Salam sejahtera semua. Aku satu antara beribu silent readers kat sini. Aku perasan banyak cerita ditulis di page ni ade jugak terkias terkena dengan hidup aku yang dah menginjak 33 tahun. Tapi dalam banyak banyak confession, satu yang paling terkesan dengan aku ialah isu tak ada kawan dan depresi. Aku kekadang terasa jugak bila datang isu masalah rumah tangga dan percanggahan lelaki perempuan. Tapi since aku single lagi so tak ngam lah pulak kan nak cakap banyak. Tapi aku memang ada orang-orang yang rapat dengan aku, hidup berfamily nampak bahagia tapi dalamnya aku tahu dah robek, berlubang yang dah tak boleh sembuh. Tapi tu cerita tolak tepi dulu. Untuk pengetahuan, aku dah bekerja dan boleh kata self-sustain hidup aku since abah and mama aku dah lama kembali ke rahmatullah.

Korang pernah dengar tak ada orang yang rasa lagi sunyi bila dia tengah ramai kawan? Bila dia join program ke, pergi makan ke, ada event apa apa la yang akan libatkan ramai orang, lagilah sunyi hidup ni, dia rasa. Macam ada invisible wall antara dia dengan orang sekeliling. Serba tak kena, serba tak betul. Lagi lost, hilang tumpuan dan arah tuju. Itulah aku. Aku tak tau kalau benda ni ada nama (self isolation?) atau sejenis penyakit mental tapi aku start perasan aku ada benda ni sejak aku belajar di U. Masa musim orientasi masuk matrik, aku susah nak buat kawan. Aku ni jenis kasar tapi takla sampai tahap tomboi cuma aku tak reti nak comel melawa macam pompuan dalam insta tu. Masa sekolah rendah aku pernah kena buli so aku decide tak perlu nak lembut longlai sangat. Di awal masuk matrik tu ada la dua tiga orang yang aku rasa ikhlas berkawan include aku dalam circle diorang. Yang lain tu macam nak tak nak bercakap dengan aku, siap kalau boleh tak nak pandang muka aku, mata aku. Ada yang dah berbaris sebelah aku untuk program orientasi, datang kawan lain siap pergi ke belakang tinggal aku sorang. Kemudian kene tegur lagi ‘Kenapa awak selalu sorang?’.

Aku cuba husnudzon pada awalnya. Maybe diorang tak suka tengok muka aku, berjerawat banyak. Maybe aku orang kampung, tak pandai cakap KL (U dekat KL, aku dari utara). Maybe aku yang tak pandai ambil hati diorang, kekok masa tegur so sebab tu diorang rasa tak selesa dengan aku. Maybe, maybe, maybe… Berpuluh sebab aku cipta untuk faham kenapa orang tak nak kawan dengan aku. Then aku sendiri cuba ubah diri aku yang asalnya tak berapa ramah, aku cuba banyak bercakap. Orang tegur muka selalu serius, aku ajar diri selalu senyum kambing, senyum kerang busuk, senyum joker meleret sampai keras muka. Aku gelak jugak time orang gelak walaupun lawak hawau tawar tak best langsung. Bersem sem dari matrik sampai masuk main camp, macam tulah senario berkawan aku sentiasa dalam mode ice breaking, tapi gagal jugak.

Aku cuba nak masuk orang punya circle sampai ke satu tahap aku sedar, diri aku dah macam barang fake. Aku dengar suara sendiri bercakap or gelak aku jadi geli. Nyaring semacam sebab nak compete dengan orang lain yang pitching macam mengilai. Aku dah try fake sampai gred AAA tapi orang still tak terima aku. Yang ori aku pun tak ada kawan, yang fake pun tak banyak kawan jugak. Macam cerita adik confessor sebelum ni, kalau aku diajak join circle diorang mesti ade sebab tertentu. Tak cukup korum, nak cut kos, malas nak present assignment, dan macam macam la. Bezanya aku kuat sikit, takde lah pulak aku nangis bagai sebab orang tak nak kawan.

Bila aku dah sedar bab fake aku tuh and betapa penatnya aku berusaha buat kawan, aku decide untuk stop segala hal tak perlu yang berkaitan dengan kawan dan teman. Aku stop join pergi ke mana yang aku tak nak pergi, aku stop cakap bergelak nyaring and pi baca Quran instead. Korang yang pernah atau still belajar mesti tau betapa banyak peluang nak buat aktiviti luar dan kemasyarakatan kan. Aku berjinak dengan community service, pergi ajar budak sekolah, masuk kampung orang asli, buat program di rumah pengasih dan sewaktu. Aku join camping or adventure program. Alhamdulillah aku jumpa saluran positif untuk stop fikir pasal kawan. Tapi bila dah buat aktiviti ni mesti lah dengan ramai orang juga kan. Kena bercakap banyak jugak, berani bertukar idea, kalau tak orang tetap label kera sumbang. Lama-lama orang tak panggil join program. Politik sikit kann. Kemudian ada senior yang pelawa aku join usrah lepas aku open pasal aku yang tak pandai bercakap. Course aku pun tak perlu aku lantang bersuara. So aku try berusrah pulak…

Maaf, aku bukan nak hentam usrah. Aku bukan pergi nak tambah kawan, aku ingat nak tambah ilmu. Aku cuma rasa nasib aku tak baik sebab usrah pertama aku pi nih, aku ditegur baju tak cukup besar, tudung tak cukup labuh, jangan selalu pakai seluar, tak payah selalu keluar pi KL, lagha. Jangan tu, jangan ni. Urghhh… padahal aku takde buat salah, takde kawan lelaki, takde pakai seksi. Kebaya pun aku tak pernah pakai. Jalan pi KL sebulan sekali sesama member girls takkan salah kot, bukan pi buat maksiat. Aku suka pakai seluar sebab senang nak bergerak, pakai kain boleh terselak sini sana. Sebelum usrah tu aku ada latihan aikido so tudung aku dah senget, terkeluar sehelai rambut kot. Itupun jadi isu sampai aku bersuara terkuat sikit nak explain, ade orang tegur suruh tutup aurat dan jaga suara siap keluar ayat api neraka bakar kepala tekak bagai. Stress! Nampaknya nak suruh aku fake lagi, tukar diri sendiri for the sake of the circle. No no no! So untuk sesi usrah seterusnya aku memang rasa alone gila, hopeless, tak compatible, tak capai level islamik orang lain. Pelawaan sesi ketiga aku tolak dan maka tiada lagi usrah dalam hidup aku sampai sekarang.

Sekali lagi disclaimer, usrah tu bagus (mungkin) tapi bergantung sangat pada ahli dan pengendalinya huhuhuuu.

Sejak tu aku avoid aktiviti, kerja atau perjumpaan yang terlalu beramai-ramai. Aku ingat situasi ni cuma time belajar je. Rupanya masuk dunia kalangan orang dewasa dan profesional pun aku tetap rasa sunyi tuh. Sampai sekarang dalam kerja pun aku mengelak meeting yang ramai orang. Setakat 4, 5 orang aku boleh tahan lagi. Lebih, memang aku tak join sebab aku nampak tak ada keperluan pun aku ada kat situ. Bila aku bercakap, orang tak appreciate and sometimes kena shot down. Bila aku tak bercakap, orang kata tak berinisiatif. Aku pernah join event yang aku tak bercakap langsung dengan peserta lain tapi jumpa kucing kat luar hotel aku boleh cakap banyak. Dah kucing tu melayan aku.. Selain dari aku punya rasa lonely, lagi banyak yang negatif kalau meeting reramai. Susah nak capai agreement, point asal ke laut, bergaduh tak puas hati, tikam belakang dan politik mengampu. Dah abes meeting nanti ade meeting lain dalam whatsapp group. So kalau ada kerja yang beramai-ramai, aku pilih satu tugas yang aku boleh settle sorang atau dalam group kecik then dah siap baru combine/ selaras dengan the whole team.

Even dalam hal family, aku join majlis sedara rapat je tupun dengan syarat adik adik aku join. Kalau aku sorang try pi jugak, teruk gila aku punya feeling lonely. Rasa macam aku sorang je terasing dalam satu bilik tapi aku boleh nampak orang lain beramai kat luar bilik tu. Aku rasa aku boleh tenung muka setiap orang dalam majlis tu tapi sorang pun tak kan perasan aku ada kat situ. Macam kalau amik gambar semua orang akan ada color kecuali aku sorang colorless. Camne tuh? Silap haribulan tak abis makan aku dah start kereta nak balik. Kena pulak soalan favourite tuan rumah ‘Aik, awat sorang je??’. Ayat killer tuh, since aku awal awal akan maklum aku sorang je. Ada waktu kenduri kendara yang aku bosan sebab tak boleh go sembang dengan sedara yang merapu bergosip bagai, aku sanggup keluar berjalan-jalan drive kereta ke tempat lain dari tunggu kat tempat kenduri. Tunggu kat mamak takpun tidur je dalam kereta (biasa aku jadi driver pi kenduri). And aku pastikan aku sentiasa bawak kereta sendiri so senang aku nak escape bila dah rasa sunyi tu datang..

Tapi sebenarnya sekarang, aku tak menyesal aku pilih jadi diri sendiri. Ikut cara sendiri. Aku lagi sunyi bila orang ramai bukan sebab aku tak suka orang. Tapi sebab aku faham baik buruk dan appreciate diri sendiri lebih dari orang lain. Aku bersyukur dengan small circle of people yang ikhlas bergaul dengan aku. Tak ramai tapi cukup untuk aku rasa complete dan tak berserabut dengan drama takde produser. Aku terima juga keadaan aku ni sebenarnya salah dan khilaf aku sendiri tapi Allah dah bagi banyak juga kebaikan sepanjang hidup aku. Bila aku fikir balik, walaupun aku tak ramai kawan aku masih achieve juga banyak perkara. Study aku takde masalah, laluan kerjaya aku pun dipermudahkan. Walaupun single dan hidup seorang jauh dari family, aku hidup aman damai. Setakat ni belum diuji dengan hal yang aku tak dapat settle sendiri. Dan sebab aku tak ramai kawan, aku ada banyak masa untuk buat perkara berfaedah dari segi manfaat, masa, wang dan pahala. Aku percaya, Allah kan ada. Bersyukur, berusaha dan tawakkal.

To those dalam kasut yang sama, janganlah rasa diri tu tak berguna just sebab takde ramai kawan. Appreciatelah kawan yang ada tu sebab diorang mampu terima kita seadanya. Jangan expect lebih-lebih lagi-lagi kalau kita pun tak mampu bagi lebih. Tak semua orang ada kemampuan memahami situasi orang lain dan kitapun tak boleh expect suruh semua faham nanti kita stres sorang sorang. Tapi kita paling tahu diri sendiri macamana so carilah cara terbaik untuk be happy even as a lone ranger. Tak berdosa pun alone selagi hidup masih jaga adab dan peranan sebagai hambaNya. At least, jadilah khalifah untuk diri sendiri. I’ve found my inner peace, hope you will too.

Salam Ramadhan

– Raykha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit