Ajarkan Aku

Aku cahaya. Aku rasa terpanggil untuk meluahkan beberapa perkara. Aku tahu sebagai seorang manusia biasa, adakalanya kita akan rasa sangat bersyukur pada setiap nikmat yang diberi. Adakalanya juga akan rasa sangat kurang dalam kehidupan ini. Aku membaca kisah seorang wanita yang inginkan seorang anak. Aku juga membaca kisah seorang wanita yang terasa lone ranger dalam hidupnya.

Banyak komen dan pendapat yang aku baca mengkritik, malah mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang diluahkan oleh confessor hingga berkata yang tidak-tidak di ruangan komen. Aku sebagai pembaca saja terasa, apatah lagi confessor tersebut. Jika tidak mampu berkata yg baik, diamlah. Paling tidak, titipkan doa pada ruangan komen tersebut. Setiap orang melalui fasa kehidupan yang berbeza. Hadirnya mereka meluah di ruang sepi ini hanya ingin meminta pandangan dan sokongan. Bukan dipijak-pijak emosi yang sememangnya rapuh itu. Berikan sokongan Malaysia!

Biarpun bicara tentang jodoh ini takkan pernah sunyi, aku hanya ingin berkongsi rasa hati saja. Kadang tak terasa apa mengenai kisah jodoh ini, kadang terasa sangat sepi. Aku selalu sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti, end up tertimbul juga rasa ini. Tambah apabila musim perkahwinan. Mulalah rasa goyah. Melayari laman sosial, melihat kecomelan anak-anak rakan sebaya, melihat kebahagian keluarga mereka, mencuit hati ini. Aku di sini masih menanti yang tak pasti. Terasa hidupku kosong. Ramai juga yg berkata, sabarlah. Enjoy je masa muda. Berdoalah banyak-banyak. Buatlah solat hajat. Usahalah. Itu ini. Ya. Aku tak nafikan semua itu betul. Sampaikan aku tahu dah muak orang nak nasihat dan cakap mengenai jodoh kan?

Aku tahu itu. Aku berkongsi disini bagi sesiapa yg punya rasa yg sama. Macam aku, kawan rapat, kawan terdekat semuanya sudah berumahtangga. Terasa sangat kesunyian dan tidak punya teman lagi. Kebanyakan wanita yang sudah berumahtangga pula memang memberi komitmen kepada keluarga mereka. Aku tidak menyalahkan mereka. Sedikit pun tidak. Itu rezeki mereka. Cuma apabila berada di tempat aku, sekali sekala kesunyian itu benar terasa. Kehilangan seorang demi seorang kawan membuatkan aku mencari pelbagai aktiviti untuk memenuhkan masa dan mencari kawan baharu.

Tapi dalam setahun tu takkan la sepanjang masa penuhkan? ada waktu-waktunya mulalah rasa tak ketahuan dalam jiwa. Aku tak nafikan dalam usia ini juga aku melihat kepincangan dalam institusi kekeluarga setelah 5, 10 tahun perkahwinan. Kejadian sebegini kadang menggugat juga jiwa aku. Takut pada realiti perkahwinan. Kupujuk hati bahawa realiti perkahwinan bukan seindah yang disangka.

Apabila aku membaca kisah wanita yang inginkan anak pula, terdetik dalam hati.. kuatnya mereka ini diuji. Jika masalah aku, aku hanya menjaga rasa hati dan keluarga aku saja. Tapi mereka ini menjaga banyak hati. Hati mereka, keluarga mereka, mertua mereka, keluarga besar mereka. Siapa saja yang berkahwin tidak mengharapkan anak bukan? Seorang yang aku kenali pula, sudah mempunyai seorang anak, namun lapan tahun berkahwin masih dengan seorang itu. Tomahan orang jangan dicakap.. kenapa anak seorang je? Bila nak tambah lagi? Sakit ke? Macam-macam… juga berendam air mata.

Melihat semua ujian-ujian ini buatkan kusebak. Tidak berteman, minta berteman. Tidak mempunyai anak, berdoa untuk anak. Yang mempunyai satu anak, mahukan ramai anak. Punya ramai anak, masalah kewangan pula. Sungguh, kita diuji. Erti syukur itu sukar difahami. Moga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan pada jiwa-jiwa kita. Semoga kedatangan ramadhan kali ini akan mengajar erti syukur kepada kita, hamba yang berdosa. Maaf kupinta jika luahan ini menggugat perasaan mana-mana pihak. Terima kasih admin memberi ruang untuk kumeluahkan rasa.

Akhir sekali, apa saja rasa yang sedang kita rasai sekarang jangan dihina. Kita manusia dicipta dengan pelbagai perasaan. Tanpa kesedihan, kta takkan tahu erti kegembiraan. Tanpa kehilangan, tidak akan tahu erti kecukupan. Tanpa ujian, tidak akan tahu nikmatnya kehidupan.

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit