Matlamat Tak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan.

Sebelum apa-apa, jutaan terima kasih sekiranya admin sudi untuk share apa yang saya bakal karangkan ni.

Saya sebenarnya dah lama jadi pembaca iiumconfession ni, and sekarang saya nampak dalam pemerhatian saya, kalau dulu ini tempat alumni iium share pengalaman masing-masing waktu zaman belajar, sekarang dah jadi tempat share topik-topik viral. Betul tak?

Okay, back to my point, the reason i write here, simply to give a confession. Sebagai orang yang tengok kedua dua belah pihak, sebagai orang yang dapat membezakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebab saya nampak semakin menjadi-jadi, dan yang paling saya terkesan kerana semua ini terjadi dalam bulan Ramadhan! Bulan mulia yang sepatutnya semua orang kembali kepada Al Quran, kembali pada Maha Pencipta Al Quran itu sendiri dan kumpul pahala banyak-banyak.

Sejujurnya, mula-mula saya pandang isu ni sebelah mata sebab saya taknak ambil kisah pun, tapi saya nampak makin lama makin menjadi-jadi, gaya bahasa manusia-manusia yang share, sama ada menyokong atau menentang ni masing-masing dah tak nampak macam berpuasa, hingga satu tahap saya terfikir “Oh, mungkin admin page ni bukan Islam agaknya, so diorang tak puasa, boleh agaknya nak tulis ikut sedap hati sendiri”. Sampai macam tu sekali saya terfikir.

Sama lah pada yang share pun, tengok balik tujuan kita berkongsi tu, nak perli kawan kita yang terlibat ke, nak tunjuk kat orang yang tengah ambil supplement tu supaya berhenti ke? Nak bagitahu jangan percaya ke? Nak cakap padan muka kat yang buat bisnes tu ke?

Betul lah, saya pernah dengar satu ceramah dari seorang ustaz ni, yang mana media sosial sekarang dah teruk, dah jadi satu wahana pembawa fitnah. Yang memecah belahkan masyarakat lain, terutamanya orang islam. Naudzubillahiminzalik.

Saya menulis di sini bukan nak menyokong sesiapa, tapi atas dasar sahabat yang nak mengerti. Saya taknak share apa-apa yang saintifik, any clinical data sebab ramai dah yang share benda tu.

From a person point of view, apa yang saya nampak pada perkumpulan ini:

1. Kumpulan ini sangat beria-ia mahu menjatuhkan mana-mana MLM, siap keluar ayat when we hit, we hit real hard, are they playing God here? Astaghfirullahalazim.

2. Kalau betul nak educate, why can’t use a proper and nice way, tunjuk muka, buat video, ajak semua pakar-pakar turun bersembang. Jangan cari orang yang pro-pemikiran kita sahaja. Berbincang dan berdebat cara baik.

3. Nak guna research, cari dua-dua research baik dan buruk, sebab apa? Kalau kita cari yang buruk, memang akan jumpa yang buruk, kalau cari yang baik confirm jumpa yang baik.

4. Jangan sombong dan bongkak atas ilmu yang Allah swt berikan, jangan pula berikan tuduhan melulu kepada orang lain, like you are playing God yourself.

5. Kalau betul nak jatuhkan sesuatu, jatuhkan yang dah memang jatuh hukum Haram, arak, rokok, alkohol, dadah misalnya. Yang memang dah sah-sah kita tahu hukumnya yet masih ada yang mengambilnya.

6. Ini bulan puasa, sabarlah, timbulkan fitnah, menjatuhkan sesuatu yang sebenarnya kita tak tahu pun betul atau salah, dengan percakapan yang angkuh, i dont know, maybe bila berdoa pada Allah swt pun seangkuh itu ke?

7. Tahu tak ada sesetengah orang income mereka solely dari bisnes itu? Anda-anda dalam kumpulan itu semuanya dah ada fixed income every month. Memang tak rasa apa-apa ke hilangkan sumber pendapatan seseorang nak bagi makan anak bini? Dengan niat kononnya nak bagi masyarakat tahu.

To the supplement user, herbs user, makanan sunnah ke, ape ke yang sealiran.

1. Kalau ada penyakit kronik, makan ubat! Jumpa doktor! Supplements semua ni bukan ubat, yang ambil harini esok baik, ubat pun tak macam tu.

2. Inform doctor and sape2 kalau ambil supplements ke herbs ke. Memang bukan semua dapat terima but at least they take note.

3. Amalkan gaya hidup sihat please! Ambil supplements tapi gaya hidup sedentary, makan tak control, nanti sakit salahkan ubat tak jalan, supplements tak betul. Amboi!

To the group being viral about,

1. Sudah-sudah lah nak reply balik. Bersabar lah. Yang benar akan terus benar, yang salah akan terus salah tanpa diberi peluang. That’s how our circle works.

2. Janganlah overclaim, stop giving testimonials! Use a research studies. Baca la journal sikit, nak berjaya dalam bidang macam ni kena membaca jugak, bukan bergantung pada blog semata-mata. Ada banyak sangat journals kat luar sana yang bukan dari company tu pun, so less bias kat situ.

3. Tolong jangan simply suggest kepada pesakit kronik. Lagi-lagi yang makan ubat pun tak betul, appointment doktor pun tak pergi, sebab kalau ape-ape jadi bukan pesakit tu yang salah sebab tak compliant, tiba-tiba korang yang akan dipersalahkan.

4. Yang mana terbukti salah, jangan nak tegakkan yang basah. Terima dan berubah. Sebab kita bukan sentiasa betul kan? Hidup kat dunia ada ramai orang sebab untuk saling mengajar kita.

5. Pendapat saya, sangat bagus lagi ramai golongan profesional seperti doktor perubatan, pegawai farmasi, dietitian, nutritionist ada dalam group ni supaya lebih mudah nak educate people outside on this. Sebab saya akan lagi percaya mereka.

Buat atas sebab duit semata-mata? Korang nak ke kerja takde dapat gaji dalam sebulan? Hey you all, we have bills to be paid every month! Seikhlas mana pun kita kerja, sebab kita nak income nak tambahkan pendapatan keluarga betul tak? Jangan sebut pasal buat sebab duit kalau kita semua pun perlukan duit setiap masa.

Ikhlas antara kita dengan Allah swt, bukan manusia yang nak judge betul tak.

Nak cakap banyak pasal group yang di viralkan pun susah sebenarnya, sebab mereka macam tak banyak response to this. Yang saya nampak hanyalah satu perkumpulan yang terlalu taksub nak menjatuhkan sesuatu, sampai dah tak boleh nampak yang baik, sampai hanya nak mencari hanya yang salah, sampai bulan puasa pun dah tak kisah, janji berjaya dapat komen carut carutan, komen hinaan, komen yang turut membenci. Nak kata niat baik lagi ke? Takut saya bila fikir.

Again, MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.

Nasihat saya, sudah-sudah lah. Jom lah kita rebut pahala pada bulan Al Quran diturunkan ni. Jangan dicari dosa yang kita dah sedia banyak ni. Yang berkongsi pun, fikirlah niat kita betul-betul. Elakkan dari membawa fitnah. Jangan lupa fitnah dunia membawa ke akhirat.

Akhir kata dari saya, yang menyokong akan terus menyokong, yang membenci akan sentiasa membenci. Tepuk dada, tanya iman, buat research baik dan buruk. Then decide nak duduk belah mana yang buat pahala lagi banyak.

Moga bermanfaat. Keep sharing to educate if you can. Thank you again iiumc.

-Dari pemerhati kedua belah pihak-

– Pemerhati Kedua Belah Pihak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit