Assalamualaikum. Thanks admin. Selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.
Kita dikejutkan dengan berita 6 ahli sekeluarga yg maut dalam nahas kemalangan jalan raya Bahau – Keratong, Jempol. Namun ada seorang ahli keluarga yg terselamat sebab dia tak ikut pergi bersama. Dan percayalah, aku pernah berada kat tempat lelaki tersebut. Ahli keluarga aku, mak, ayah, abang, kakak dan adik lelaki aku (5 orang) terkorban sekaligus akibat kecuaian pemandu kereta alza yang mengantuk. And guess what? Pemandu tu (perempuan cina) hanya mengalami kecederaan ringan sedangkan ahli keluarga aku mati. Semua family aku meninggal masa umur aku 18 tahun saat aku tgh berfikiran rasional dan kau boleh rasa apa yg aku rasa saat aku melangkah bilik mayat untuk pengecaman mayat ahli keluarga aku?
Masa hari kejadian, mak dgn ayah nak hantar kakak aku yg nombor 2 balik universiti kat Melaka selepas cuti sem. Masa hari tersebut juga aku terpaksa bekerja sementara tnggu keputusan spm, jadi aku takdapat ikut. 2 kali ayah ajak. Tapi aku bodoh, aku tak faham maksud yg disampaikan. Aku ingat lagi, aku terpaksa sign emergency leave sbb paklong aku datang jemput aku mngatakan ahli keluarga aku kemalangan. Paklong rahsia dgn aku. Dia tak bgtau family aku dah takde sampai lah hospital baru dia bgtau segala-galanya. Dah lebih 5 tahun berlalu tapi rasa macam baru semalam aku cium tangan ibu dan ayah aku. Macam baru semalam aku bergaduh manja dengan adik-adik aku. Rasa macam.. Baru semalam aku rasa ayam masak merah hasil air tangan ibu aku.. Pedih Ya Allah..
Aku hampir gila. Aku hampir bunuh diri. Berat aku drpd 59kg turun smpai 40kg. Aku hilang selera makan. Saat aku buka mata, aku harap aku hanya mimpi tapi tak. Aku tengah hidup dalam alam nyata tanpa ditemani darah kandung aku. Aku insan terpilih yg Allah uji aku. Nak atau tak, aku kena telan semua ni. Alhamdulilah, aku dijaga oleh ibu saudara yg menjaga aku tanpa berbagi. Aku kutip semangat aku satu per satu untuk teruskan kehidupan akan datang walaupun ada kala aku rebah disebalik tangisan yg tersimpan.
Pernah kau fikir kau balik rumah tiada siapa yg sambut? Kau balik rumah kau buka bilik satu per satu ahli keluarga kau tapi tiada sesiapapun? Hari raya kau seakan tiada makna. Hari ibu atau bapa seakan pisau yg menghiris hati. Setiap saat yg berdetik sangat sangat menyeksakan. Aku sikit pun tak pernah terbayang yg aku bakal mnyaksikan penggali kubur dgn rakus menggali kubur ahli keluarga aku. Aku tak pernah terbayang yg aku bakal mnyaksikan mayat ibu ayah dan ahli keluarga aku ditanam depan mata aku yg menjadi kali terakhir aku dapat lihat wajah mereka. Apa yg mampu aku buat hanya duduk meratap nasib. Aku terpaksa lalui semua tu tanpa pilihan. Takdir itu kejam? Tidak. Manusia yg kejam. Walauapapun, aku yakin perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya. Akhir kata, doakan mereka yg terkorban. Mohon doakan ahli keluarga aku yg terkorban. Doakan juga hati aku yg terkorban.
Last but not least, doakan aku agar dapat bertemu dan berkumpul semula dgn family aku tau. Aku rindu diorg sangat. Aku rindu suasana hari raya disamping keluarga yg tercinta. Tiada ganti selain dirimu.Terima kasih.
– IR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit