Tip Tawan Hati Suami

Thanks admin kalau siarkan confession ni. Actually aku baru habis baca page kisah rumah tangga and terdetik nak share beberapa tips untuk tawan hati suami aka shuben. Sedih bila baca cerita2 isteri yg depress dengan perangai suami masing. Tips ni adalah berdasarkan pengalaman aku dan jenis suami aku sendiri. Maybe korang boleh olah sikit ikit jenis2 suami korang okay?

Before nak minta sesuatu or nak cakap benda yang husband korang tak suka,( i.e nak tegur dia ke, nak tegur pasal family dia ke, nak mintak dia pujuk sebab korang touching ke), sila pakai baju seksi-seksi or cantik-cantik dan makeup cun melecun! Pakai baju yg dia suka or dare to wear something daring biar terbeliak sikit mata dia hehe. And jangan lupa suara tu lembut2 jangan ada gaya mengarah. Lelaki ni baik macam mana pun dia suka benda2 yg cantik. Lagipun dah halal kan, apedehal punya. Tak salah goda husband sendiri. Bagi mata dia senang, hati dia senang pastu kau taram la minta apa kau nak pun. 95% susccess rate hehe. Even kalau aku penat pas balik kerja nak kena buat kerja rumah so nak mintak husband tolong, aku akan make sure rambut wangi, mulut pakai lip tint sikit n pakai la t shirt comey2 sikit pastu usap2 tangan dia then baru mintak tolong dia dengan suara selembut mungkin hehe. Looks natural but not natural sangat pun hahah.

Dulu time mula2 aku kahwin, aku pun noob jugak. Nak minta apa2 or merajuk pasal pape aku cakap straight je kat husband. And of course la conversation tu akan jadi serious dan amat men-stresskan jiwa. Walaupun kami tak gaduh, tapi seriously rasa jauh dengan husband. Dekat tapi jauh gittew. So close yet so far. Komunikasi sangat penting dalam perkahwinan. So kalau korang rasa susah sangat nak communicate ngan husband korang, maybe korang boleh ubah cara korang. Susah nak ubah orang lain but kita boleh ubah diri kita. We’re not going to lose anything if we just lower down our ego.

Next, always ingat kebaikan suami bila marah or terasa dengan dia. Ingat balik bila dia tolong korang basuh baju, basuh pinggan, beli kek secret recipe sebab bini teringin or even bila dia belikan getah rambut rm1 sebab teringat bini selalu complain getah rambut asyik hilang. Ingat tau, little things matter. Kecil bagi korang tapi maybe besar bagi dia. Always appreciate your husband’s effort. Walaupun husband aku bila tolong sapu sampah selalu tak bersih, aku still appreciate yg dia cuba nak tolong and aku tahu dia tak pernah buat pun kerja2 macam ni kat rumah dia. Bila kau appreciate husband kau, automatik nak marah lama2 pun tak jadi.

Lastly, jangan harapkan suami yg sempurna sebab kita pun tak sempurna. Apa yg kurang tu, kalau boleh ubah ajak suami berubah sama2. Tapi kena ada cara lah. Macam husband aku, kalau aku cakap directly memang jarang la dia nak ambil serious. So aku selalu la share cerita2 kat facebook yg bagi iktibar and kena dengan situasi kami. BUT, korang kena ingat taw. Aib suami kena jaga. Kalau nak share benda2 yg korang rasa nanti boleh menimbulkan gosip orang luar(biasalah kalau share je nanti orang ingat kite cakap pasal kite), share post tu and set setting to ONLY ME and tag husband. So korang dua je yg nampak post yg korang share tu. And selalu2 lah puji husband korang. Puji la dia handsome walaupun handsome kat mata korang je haha. And selalu2 jugak puji dia depan anak2. Macam aku, since anak aku baby baru lahir lagi aku selalu cakap kat anak aku “nanti dah besar jadi macam daddy eh. Baik dengan mummy, responsible, rajin buat kerja rumah, caring…”. Kadang2 saje je aku cakap time husband aku ada bagi dia dengar so that dia tahu aku pandang tinggi kat dia.

Tu je lah kot aku nak share. Sorry lah kalau panjang sangat. Hope membantu lah bagi korang2 yg baru kahwin or nak kahwin tu. Happy piasa you guys!

– Puan Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit