Pemurah Yang Bijaksana

Aku ni bukannya kedekut atau berkira. Mungkin cara pemikiran aku berbeza.

Aku jenis sukar nak bagi duit orang yang meminta-minta di tepi jalan. Iya lah. Kalau tiap-tiap hari nak disuap je, sampai bila nak belajar usaha cari rezeki sendiri. Bak pepatah China itulah, “Berikan aku seekor ikan, akan makan untuk sehari. Ajari aku memancing, aku akan makan untuk selamanya.” Sebab aku nak pesan pada semua, jadilah seorang yang pemurah yang bijaksana.

Kau bagi RM10 sedekah kat mereka, kau dapat pahala satu hari je. Cuba jadi pemurah dari segi otak dan tenaga yang Tuhan dah bagi, ajari atau bantu mereka bagaimana nak usaha cari pekerjaan atau membina perniagaan sendiri, bila mereka mampu, kau dapat pahala selagi mereka buat apa yang telah kau ajarkan. Paling kurang, bagi mereka nasihat.

Aku ada pengalaman berjumpa dengan seorang anak muda yang datang meminta-minta di sebuah kota. Di suatu surau dia minta sedikit wang, aku tak kenal dia, tetapi sebelum dia meminta kat aku, aku ternampak dia meminta kat seorang juruwang di stesen minyak. Aku tanya kat juruwang itu, kenapa tak bagi kerja kat dia kat stesen ni, dia cakap: “berapa kali bagi kerja kosong kat dia, tapi dia tak mahu. Orang macam tu tak boleh pakai, ada tenaga tak guna.” ish… Ish… Insaf aku.

Dalam surau tadi, aku tanya dia dah solat ke belum. Dia kata belum. Aku pun ajak dia jom solat sekali. Dia kata tak pa nanti solat. Lepas tu aku kata, nak tak RM5, kalau solat dengan aku aku bagi. Dia pun bertukar fikiran, apalagi dia ambik la wuduk. Haha.. Solatlah dia dengan berimamkan diriku.

Seusai solat, aku yakin dengan harapan bersama berkat solat tadi, hatinya akan terbuka untuk terima nasihatku dari hati ke hati. Sambil aku keluarkan wang not berwarna hijau yang dijanjikan, aku bercakap dengan dia, nama dia, tempat tinggal dia, kenapa tak cari kerja, kat sana tak de kerja kosong ke, bla…bla.. Akhir sekali sebelum pulang, boleh tak berjanji dengan aku, cari kerja sendiri, sayang mak ayah? Dia kata ok bang saya cuba. Abang datang lagi. (Boleh pula minta aku datang lagi) aku jawab aku datang dari jauh bro. Tak tau akan di sini lagi atau tak.

Aku ulang pertanyaan yang sama tadi, boleh tak janji dengan aku cari kerja? Ok bang jangan risau. Terima kasih. Lalu, kami pun berpisah. Itulah ceritanya. Maaf la kalau panjang. Cuma nak cerita, bantulah dari segi lain bukan hanya dengan wang. Mungkin kat luar sana mampu nak gajikan orang-orang yang susah macam orang muda tadi. Mungkin ada yang boleh tolong daftarkan ke pusat edaran zakat atau baitulmal. Mungkin ada yang boleh ajarkan bagaimana nak jadi usahawan.

Pesan aku, tolong-menolong terhadap orang yang lebih kurang dan susah daripada kita adalah suatu sedekah, dan jadilah orang bersedekah yang bijak yang sedekahnya dapat menjadikan seseorang peminta sedekah berubah kepada mencari rezeki sendiri tanpa meminta-minta lagi. Malu kot kita tengok ada yang sampai duduk tepi dengan tabungnya, berpakaian serba macam orang alim, sambil zikir, tapi minta sedekah. Kononnya Tuhan dengar zikir diorang dan ok Aku bagi ye duduk je. Tolong. Hentikan ketagihan ini.

Dan satu lagi pesan aku, kalau jumpa makcik-makcik atau brader-brader yang jual keropok-keropok atau minuman kat tepi jalan tu, usahalah beli ikut kemampuan. Diorang dah usaha cari rezeki dengan cara yang Tuhan suka. Beri sokongan kat bangsa sendiri selagi jualan mereka halal. Takkan nak tunggu Fattah Amin beli keropok-keropok diorang baru kita nak ikut? #contoh

“…mereka itu disangka orang kaya oleh yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau mengenal mereka daripada sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan ketahuilah, apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal, maka sesungguhnya Tuhan sentiasa mengetahuinya.” al Baqarah, ayat 273.

– Izzuddin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit