Seperti tajukku ya aku sah ada depression dan anxiety. Ini bukan aku self-diagnosed tapi pengesahan dari doktor psikiatri sendiri. Dulu aku selalu self-diagnosed buat macam2 online test semua result depression aku dapat. Bertahun2 aku rasa aku hidap benda ini, aku ingat aku boleh pulih sendiri. Tahun demi tahun berlalu benda ini masih bersama aku. Disebabkan usia aku semakin lanjut dan aku rasa aku tak sanggup hidup macam ini aku ambik keputusan jumpa pakar.
Sejujurnya aku tak pasti apa penyebab kepada masalah aku ini. Dulu ada tempoh dalam hidup aku, aku pernah dibuli. Aku dibuli secara verbal dan physical but in a sexual way. Secara verbal macam2 gelaran aku pernah dapat. Bagi korang gelaran itu sekadar gurauan tapi aku masih ingat sampai sekarang. Verbal aku boleh terima lagi tapi physical sampai sekarang menghantui aku. Korang ingat tak apa korang buat. Mesti tak. Fasa itu mungkin cuma gurauan bagi korang. Korang sentuh aku ditempat tak sepatutnya. Korang paksa diri korang atas aku. Tapi dulu aku lawan. Diganggu lebih dari sorang susah nak lawan. Lepas sorang orang lain pulak datang. Bertahun hadapi korang.
Aku pun tak tahu kenapa aku yang diganggu. Ya orang lain pun diganggu masa itu tapi aku yang lebih. Adakah aku target yang senang. Korang malukan aku depan orang ramai. Korang fitnah aku. Tapi dulu senyum aku masih terukir dibibir hadapi gangguan. Kalau aku tunjuk aku lemah mesti macam2 lagi korang buat. Fasa itu antara fasa hitam dalam hidup aku. Time tu pulak dapat kawan bermuka2 pura2 seperti malaikat depan kau tapi belakang2 menikam kau senyap2. Aku pun tak tahu kenapa tuhan selalu nak tunjuk yang jenis talam dua muka dekat aku. Banyak aku lihat sendiri tapi korang tak perasan. Aku senyap jer nak tengok akal korang. Ada yang bertahun2 berpura baik aku tak perasan tapi sepandai2 tupai melompat jatuh jua kan.
Masa diganggu korang aku dah mula rasa ada penyakit ini. Tapi ketika itu cuma permulaan. Lepas korang dah berambus dari hidup aku ia semakin teruk. Aku tak tahu kenapa aku mula menangis. Kadang tak ada sebab pun aku boleh menangis. Dulu menangis sampai tertidur. Sekarang aku rasa susah nak menangis dah, mungkin dah kering air mata. Mungkin dulu dengan korang aku pendam lepas korang berambus aku baru breakdown. Aku dapat nightmare. Aku jadi takut dengan orang. Aku tak percaya dekat orang. Hidup aku jadi sukar berhadapan dengan orang. Aku banyak terperap dalam rumah. Kadang dipaksa keluar baru aku keluar.
Aku takut berhadapan dengan orang baru. Situasi baru tempat baru buat aku takut. Masa zaman asasi dan universiti aku paling benci minggu orientasi. Dekat situ mesti ada ice-breaking kau kena kenalkan diri. Selalu minggu orientasi mesti seminggu. Dan kawan korang masa itu mungkin kenalan lama ataupun roommate baru dikenali. Ditakdirkan tuhan aku tak ada kenalan lama mahupun roommate ketika itu. Minggu orientasi seminggu aku sendiri sorang2. Waktu rehat semua serentak. Bila ke cafeteria penuh manusia aku jadi lemas jadi berdebar2. Sepanjang minggu hanya makan stok beli sebelum masuk ke situ. Kalau stok abis berlaparlah. Mungkin kalau korang baca mesti macam bodohlah apa yang nak takut sangat. Tapi dulu aku takut aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana.
Zaman asasi aku cuma betul2 ada sorang kawan sahaja. Sampai sekarang masih berkawan. Aku jumpa dia selepas minggu orientasi. Aku yang kawan dengan dia dulu. Masa nak tegur dia tuhan jer tahu perasan aku. Aku nampak dia duduk sorang2 dekat luar bilik. Bilik kami dekat2. Aku yakinkan diri aku berpuluh2 kali keluar masuk bilik nak tegur tak nak fikiran aku masa itu. Aku fikir setahun disitu aku tak boleh hidup sorang2. Akhirnya jadi kawan. Niat aku masa nak mempergunakan dia untuk teman aku ke sana ke mari. Jahatkan aku. Setahun disitu ke hulu ke hilir dengan dia. Kalau outing kena ada dia kalau tak aku tak keluar. Kalau dia tak ada aku selalu ada earphone pergi mana2 kadang tak dengar apa2 pun. Kawan kelas cuma sekadar dikelas. Kuliah beratus orang tapi sepanjang setahun hanya beberapa orang aku pernah bercakap.
Zaman uni pun lebih kurang. Tapi sebab zaman ini lama lebih kurang 4 tahun aku lebih banyak bergaul. Zaman uni pada awalnya aku tak ada roommate. Dia masuk lambat. Jadi orientasi aku ke hulu ke hilir sendiri. Lepas itu jumpa seseorang yang ramah dia tegur aku dulu maka kitaorang kawan sampai sekarang. Aku kalau ke mana2 kalau boleh mesti ajak dia. Aku seperti menggunakan dia. Aku tak suka berurusan dengan orang. Aku rasa takut kalau sendiri. Kalau ke tempat aku tak rasa selesa aku mesti gunakan orang sekeliling aku. Aku tak suka diri aku yang suka menggunakan orang. Tapi aku tak tahu aku kadang rasa takut. Aku pernah keluar sendirian kemudian ada orang ganggu aku. Aku jadi kaku masa itu.
Zaman uni selalu pelajar perlu aktif dalam aktiviti universiti untuk mendapat tempat di asrama. Banyak persatuan di uni tapi aku cuma aktif satu sahaja. Masa aku fikir nak masuk persatuan ini pun aku resah. Aku yakinkan diri aku perlu masuk persatuan itu. Sebenarnya aku banyak teringin nak masuk aktiviti di uni aku tapi sebab perlu jumpa muka2 baru, aku selalu batalkan hasrat aku. Kalau nak daftar kelas mesti aku cari kelas yang sama dengan kawan aku. Kawan aku kebanyakkan jenis yang ramah2 kalau kemana2 mesti dorang jumpa kenalan mereka. Kalau aku ada bersama sekali mesti aku senyap membisu sampai kenalan mereka beredar. Aku pun tak paham dengan keadaan aku. Kenapa aku perlu rasa takut. Mereka cuma manusia. Pernah sekali aku tengah makan dengan kawan aku, tiba2 datang stranger tetiba duduk makan sekali dan ajak bersembang. Kerana kawan aku ramah ia tidak menjadi masalah dekat dia. Aku masa itu terus tak selesa aku cuma makan sambil mata aku melihat tv. Langsung aku tak toleh ke pinggan langsung.
Dulu masa aku intern dulu pun aku pergi sekali dengan kawan aku. Aku banyak dapat tawaran tapi aku pilih pergi tempat yang sama dengan kawan aku. Ditakdirkan dia di jabatan lain aku dijabatan lain. Tempoh 3 bulan intern sangat susah buat aku. Aku susah nak rapat dengan orang kecuali kalau aku betul2 dah selesa. Sepanjang tempoh intern aku cuma buat kerja aku dan hanya bertegur dengan beberapa orang sahaja. Ada yang aku tak bercakap dengan orang dalam jabatan aku. Kalau waktu rehat mesti aku cari kawan aku. Sekarang aku dah abis belajar tapi aku masih belum bekerja. Orang sebaya aku sibuk kerja, aku masih takut dengan dunia aku sendiri.
Di akhir tahun pengajian aku dulu, untuk projek tahun akhir aku perlu berurusan dengan banyak orang. Aku perlu ke sana ke mari jumpa orang sana sini. Aku memang tak selesa tapi aku paksa diri aku. Dan di tahun yang sama juga salah seorang pembuli aku yang dulu mendaftar masuk ke uni aku. Aku sangat berharap tak berjumpa dia. Tapi aku terserempak juga dengan dia. Dia kelihatan biasa melihat aku. Aku masa itu macam2 perasaan ada. Mungkin dia sudah lupa apa dia buat dekat aku. Aku benci lihat dia apatah lagi dengar suara dia. Tapi aku berlakon biasa di hadapan dia. Kalau aku terserempak dia dimana2 mesti aku larikan diri. Masa itu kenangan pahit aku muncul kembali dalam fikiran aku.
Masa aku dibuli dulu mungkin ada tertanya tak ada orang bantu ker atau aku tak mengadu dekat siapa2 ker. Dulu masa di sekolah, guru pernah nampak orang menganggu aku tapi cuma buat tak endah mungkin bagi dia itu hanya gurauan. Guru selalu sangka aku sorang murid yang pendiam sebab aku tak banyak bicara tapi aku bukanlah terlalu pendiam cuma keadaan menjadikan aku seperti itu. Dimana pula ibu bapa. Ibu bapa aku terlalu sibuk mencari rezeki. Semasa kecil aku ditinggalkan duduk di rumah makcik aku pabila besar baru dorang ambil aku semula. Aku pernah duduk di asrama untuk seketika. Aku pernah menelefon ibu bapa minta untuk tukar sekolah. Mereka berpura tidak mendengar lalu meletak telefon. Sepanjang aku di asrama aku tak pernah keluar outing. Syarat asrama outing hanya bersama ibu bapa. Tapi ibu bapa aku tak pernah datang melawat aku. Kadang hujung minggu ibu bapa orang lain datang melawat anak mereka mengajak aku makan sekali bersama mereka.
Aku paham keluarga aku sibuk. Setiap kali aku lihat keluarga orang lain datang dalam hati aku selalu cakap “ibubapa sibuk cari rezeki untuk aku”. Keluarga kitaorang pernah susah bisnes keluarga pernah tak jadi. Ibubapa aku ambil segala duit simpanan aku yang aku kumpul. Selepas itu aku selalu kumpul duit belanja aku sekiranya mereka perlukan wang lagi. Kalau waktu rehat orang keluar makan aku duduk dalam kelas. Kadang aku tak mintak duit belanja langsung. Sampai sekarang aku jarang meminta duit dekat keluarga kalau ada rezeki aku terima. Dulu kalau ada rombongan lawatan mesti aku tak ikut. Orang kata aku sombong tapi dorang tak paham. Aku tak tunjuk aku susah. Bagi dorang aku kelihatan seperti anak orang berada.
Aku rasa aku seperti parasite hidup bergantung kepada orang. Kalau di rumah aku jarang sekali keluar. Aku bergantung kepada adik beradik aku. Kalau kemana2 tempat baru mesti aku gunakan dorang. Kalau aku dah familiar dekat tempat itu baru aku boleh pergi berurusan sendiri. Dulu selepas fasa hitam aku, aku banyak berkurung tak nak keluar rumah langsung. Aku takut. Even ke kedai berhampiran rumah pun aku tak nak. Keluarga ingat aku pemalas. Tapi masa itu aku memang tak boleh. Dipaksa2 aku keluar jugak kalau ke kedai pun aku bayar langsung tak pandang muka cashier. Kalau ramai orang beratur aku tunggu sampai semua habis bayar. Sekarang aku rasa aku mungkin okay sikit.
Aku pun tak tahu tahap keadaan mental aku. Kadang2 aku rasa aku seperti ada bipolar. Dengan kawan aku jadi orang lain tapi bila aku sendiri, aku berada dalam dunia aku. Kalau dulu aku asyik menangis tapi keadaan yang lebih teruk dari menangis apabila kau berasa kosong. Kosong itu yang aku rasa. Kosong untuk apa kehidupan ini. Orang lain bercita2 tapi impianku mati. Suicidal thoughts dah lama bersama aku. Kadang dia datang tiba2 kadang aku okay balik. Pernah tak korang rasa perasaan tak nak wujud. Aku tak sanggup nak bunuh diri aku tak sampai hati kalau ibubapa jumpa aku bunuh diri. Kalau aku bunuh diri bolehkah tuhan maafkan aku. Aku kalau naik bas selalu aku bayangkan bas aku eksiden masuk gaung atau kalau aku dalam kapal terbang, kapal terbang aku meletup tapi jangan risau aku tak mendoakan untuk penumpang yang lain ia cuma dalam fikiran kurang warasku.
Aku tak tahu jumpa psikiatri dapat membantu aku atau tidak. Aku ada appointment tapi lambat lagi. Bukan senang untuk aku jumpa psikiatri. Aku yakinkan diri aku sebab aku tak nak hidup dalam keadaan macam ini. Sebelum jumpa psikiatri kena pergi klinik biasa mintak referral letter. Dr biasa mungkin tak paham jadi jelaskan dekat dia kenapa nak surat. Bila aku masuk bahagian psikiatri kelihatan mata2 memandang. Mesti orang ingat aku gila. Psikiatri hanya duduk dan mendengar kau bercerita. Kemudian diberi ubat antidepressant. Matlamat dorang untuk korang berupaya menjalani kehidupan seperti normal. Haha. Ubat dia aku makan bila aku rasa perlu sahaja, aku tak suka sebab lepas makan aku sakit kepala dan rasa kebas. Aku sentiasa rasa sedih. Aku tak tahu nak hilangkan rasa sedih dan kosong dalam hidup aku. Kadang aku okay sekejap kemudian aku depress semula. Aku ada tuhan lagi setakat ini. Aku masih jaga hubungan dengan tuhan. Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kehidupan aku. Aku tak nampak masa depan aku. Harap masa akan datang lebih baik buatku. Terima kasih sudi membaca terima kasih admin sudi post.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit