Diskriminasi Terhadap Perempuan

Salam warga pembaca IIUM sekalian. Seperti yang tertera di tajuk, aku nak cerita sikit pasal diskriminasi yang seeing dilemparkan terhadap para wanita. As a woman myself, aku memang turut terkesan.

Dimulakan cerita, aku seorang perempuan berumur 21 tahun dan sekarang sedang belajar degree di sebuah universiti. Sekarang, aku bercuti panjang selama 2 bulan dan semestinya aku tidak melepaskan peluang in untuk balik ke rumahku yang tercinta di Perak. Aku adalah anak perempuan sulung daripada lima orang adik-beradik. Dan semua adik-adikku adalah lelaki. Ye, lelaki.

Mesti korang ingat aku beruntung sebab I am the only girl in the family (besides my mother) and mak ayah aku selalu bagi tumpuan lebih pada aku kalau nak dibandingkan dengan adik-adikku yang lain. Ye la, kalau pergi shopping mak aku ajak aku je biasanya sebab yang lain mana berminat nak pergi shopping. Bila pergi shopping, mestilah barang aku yang paling banyak sebab aku perempuan tunggal. And disebabkan aku anak sulung, ayah aku most of the time akan tunaikan permintaan aku. Don’t get me wrong guys. Aku bersyukur gila dapat parents macam mak ayah aku. Diorang sentiasa devotekan diri untuk anak-anak diorang tak kira masa.

But the problem is, my dad and brother are apparently discriminators towards women. First, bab memandu di jalan raya. Kalau salah sikit atau lambat sikit drive kereta, mesti ayah aku akan berbunyi “Tu mesti perempuan kalu bawak lembab macam tu”. Yes, I know, we women kalau bawak kereta memang la tak terer macam lelaki. Lelaki kalau bawak kereta macam senang je. Bila kona masuk simpang, uish smooth je. Lagi-lagi bab parking reverse. Nak tunjuk yang diorang tu hebat sangat. Ye la, mostly perempuan ni takut bab drive. Kadang-kadang kalut sikit masa drive, nak cepat and so on. Time parking pulak, asyik teragak-agak betul ke position kereta tu. Nak buat macam mana lelaki oii, kitorang memang cenggini. Terimalah kenyataan and jangan asyik salahkan perempuan kalau si driver tu bawak lembab nak mampus sebab kadang-kadang yang bawak lembab tu lelaki sendiri jugak (aku pernah nampak sendiri okey). Aku sendiri pernah kena sound dengan adik kedua aku yang memang dah reti drive sebab bawak laju sikit dari biasa. Bukan brek mengejut pon. Dia kata “Nasib baik ada logo P dekat belakang, P for Perempuan la”. Aku terus berasap telinga, rasa nak pukul dia sampai lenyek je. Terus bad mood aku makan tu terkenangkan ayah adik aku yang asyik mengutuk pompuan je kerja.

Second, perempuan lambat bersiap. Bukan semua, ada je yang cepat bersiap mengalahkan lelaki but what I’m talking about is MOST women lambat bersiap. Termasuklah aku. Of course lah perempuan lambat bersiap sebab kitorang ada banyak benda untuk ditutup. Aurat perempuan dari hujung kepala hingga hujung kaki kecuali muka dan kedua belah tapak tangan. Mesti korang semua tau kan. And sebab tu kitorang bertudung pon amik masa lama nak pastikan tudung tu terletak elok di kepala. Kalau pakai main sarung je, nanti nampak selekeh and ada pulak orang mengata. Pastu, ada sesetengah perempuan suka mencantikkan diri a.k.a bermakeup. For the guys out there, if you don’t know, ia adalah fitrah seorang perempuan untuk kelihatan cantik asalkan tidak berlebihan. Calit makeup sikit-sikit takpe je, bukan yang tebal-tebal sampai nampak over. Orang perempuan kadang-kadang makeup ni untuk nampar segar and berseri je, biar muka tak nampak lesu dan pucat. Korang lelaki mesti tak faham sebab minat korang berbeza dengan minat kitorang. Macam korang suka bola dan kereta, macam tu la kitorang suka makeup dan tudung. To get back into the story, aku dan mak aku je perempuan dalam rumah tu. Kalau time aku bersiap lambat sikit je, mesti semua orang merungut especially adik kedua aku tu. “Ni la perempuan”, “Hurm, lilit tudung cepat sikit”, “Pakai makeup pulak”. Haisshhh, ikut pandai aku la. Korang lelaki memang bersiap cepat sebab korang takyah cover rambut and takyah solek muka. Common sense kot. Time aku siap awal-awal, korang pulak siap lambat. Takde pon aku sound “Ni la lelaki, bersiap pon lambat”.

Third, perempuan je buat kerja rumah. Yang ni aku paling geram. Mentang-mentang aku and mak aku je perempuan, kitorang je lah yang berhempas pulas mengemas rumah. Adik aku mana ada menawarkan diri untuk tolong sekali. Yang diorang tahu baring atas katil main phone. Kadang-kadang, diorang ada je tolong. Tu pun, bila dipanggil berulang kali dan suara aku nak jadi serak dah baru diorang angkat kaki tolong sambil merungut tak tentu pasal. Masa tu betapa aku mengharapnya ada adik perempuan yang rajin membuat kerja rumah. At least, boleh bahagi tugas, tidaklah seorang saja yang buat semua. Sebenarnya aku okey lagi mengemas sorang dengan mak aku, tapi apa yang aku take tahan bila adik kedua aku panggil aku bibik and kata “Perempuan memang kena buat kerja rumah, lelaki rileks je”. What theee… Ko ingat apa? Lelaki takyah tolong? Aku kesian dekat isteri ko nanti dik, dapat suami yang malas macam ko. Aku doakan isteri ko seorang wanita yang tabah. At least, ringan-ringankanlah tangan menolong. Barulah aku sayang sikit dekat ko.

Aku tahu bila aku tulis semua ini, mesti ramai lelaki tak suka. Sorrylah kaum Adam sekalian, aku setakat meluahkan perasaan yang terbuku di hati sekian lama. Hanya mak aku dan page ini tempat luahan aku. Aku tak benci lelaki pon sebab aku tahu ramai je lelaki baik di luar sana. Tetapi apa yang aku benci adalah lelaki yang discriminate terhadap perempuan. Tu je, aku just mintak korang jangan asyik salahkan perempuan je when something bad happens. I just want you guys to understand us women more. To understand what it’s felt like to live as a woman. And how complicated we are. Tu je. Dan perempuan sekalian pon, fahamilah lelaki juga. Lelaki memang simple, diorang straight forward. Perempuan pulak complicated, cakap asyik berlapik. That’s why both sides need to work together to understand the insights of one rather than accusing the person is at fault. Aku tak tahu apa pendapat korang, tapi aku fikir cukup-cukuplah buat kitorang perempuan rasa not worth it.

Kerana dirimu begitu berharga~

– Najwa –

– Najwa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit