Cara Aku Kurangkan Depression dan Anxiety

Hi semua pembaca iium confessions,

Aku didiagnos dengan anxiety disorder dan juga depression yang agak teruk. Aku bukan buat test dekat internet ye atau baca simptom dekat internet je lepas tu aku fikir aku ni depressed, no, aku pergi jumpa doctor dan salah satu test yang aku ingat aku buat aku isi borang kesihatan mental namenya. Aku dah lupa ape name lain untuk borang tu. Walaupun pada masa tu doctor suruh aku pergi mintak borang tu dekat MA or something like that. Bear in mind kalau aku ada salah sebut pape la, aku takde experience langsung dalam medical field tapi aku rasa betul la MA kot. Dia boleh lak tanya kenapa awak sakit mental ke seolah-olah cam aku ni gila -.-

Lepas tu aku pergi tanya pulak dekat nurse dan nurse bagi la aku borang tu dan aku isi lepas tu aku jumpa doctor balik. Borang tu ad 3 bahagian iaitu untuk mengenalpasti kau stres, depressed atau pun kau ada anxiety disorder. Long story short doctor cakap depression dan anxiety aku teruk melebihi paras normal tapi dia bagitau sebab aku ni jenis aktif maksudnya bergaul dengan orang camtu dan takde fikir nak bunuh diri or something (based on ape aku jawab dalam test tu) maksudnya aku masih boleh kurangkan depression aku ni. Doctor ada jugak tanya soalan2 lain nak test common sense aku la. Lepas tu doctor tunjuk aku gambar pokok, dekat pokok tu ada ranting banyak2 macam mind map la. Dekat situ ada tulis pasal keluarga, agama, kawan2 dan macam2 lagi la. Dia suruh aku kuatkan bond berkaitan tu. Aku tau sometimes depression jugak datang from family yang bercelaru. Lepas tu doctor suruh aku refer pakar, setakat ni jela ye aku cerita pasal aku jumpa doctor. Sekarang bab macam mana aku kurangkan depression dan anxiety, bukan pulih sepenuhnya ye dan aku tak ambil apa2 ubat sepanjang proses ni. Sebelum ni dah ad orang bagitau cara dorang atasi depression so aku akan highlight benda yang jarang orang mention sangat la.

1. Yoga
Aku buat yoga, ye ni bukan lawak tapi cara ni memang ada kurangkan anxiety aku especially. Fidget spinner boleh menenangkan orang yang ad autism or jenis limbs dia fidgety sebab dia focus dekat benda tu je tapi lain pulak kes untuk orang anxiety. Motion yang sama buat aku rasa lagi anxious dan nak muntah. Yoga kurangkan anxiety aku dengan cara aku tenangkan fikiran aku dari dunia luar, bila aku buat yoga aku rasa tenang gila sebab pergerakan tu sangat graceful dan slow. (Note: ni yoga yang takde bace jampi ke ape ye, kalau korang nak argue jugak tak kesah la bagi aku benda ni tak salah). Aku memang suggest orang yang ada anxiety buat yoga sebab dia selalunya orang yang ad anxiety ni selalu berfikir banyak sangat, so yoga macam block benda tu. lepas tu kau akan rasa lagi tenang lepas kau bukak mata balik.

2. Kurangkan pengunaan social media
Bila kau kerap guna social media kau akan baca banyak berita atau nampak banyak benda atau orang yang kau tak suka tengah online dekat social media. Secara automatiknya kau akan turut berfikir dan rasa macam kau kena komen or repost atau share benda berkaitan tema tu. Benda tu semua cam catalyst dan tingkatkan level anxiety dan depression especially bila kau jenis suka bandingkan dengan orang lain sebagai contoh.

3. pergi hiking atau get closer to nature
aku rasa lebih tenang bila aku keluar dapatkan cahaya matahari dan dekatkan diri dengan nature. aku suka perasaan bila kaki aku boleh pijak tanah, so aku selalu bukak kasut dan pijak tanah lepas aku pergi hiking haha. sometimes orang yang depression ni dia rasa cam dia hidup dalam kegelapan, dengar pun lagu2 yang liriknya cam takde harapan dengan hidup dah. kitorang literally dan ada yang really really hidup dalam kegelapan. sebab tu ada yang suka berkurung dalam bilik gelap, pakai pun pakaian yang gelap2.

4. join support society, benda ni tak banyak dekat negara kita tapi kau boleh je search online group yang support mental awareness ni. ada bermacam-macam orang daripada pelbagai negara. dorang yang lalui benda ni semua akan lag faham kau dan dorang basically support each other.

5. jumpa pakar sakit mental dengan kerap
percayalah cakap aku kau cerita masalah kau dekat kawan baik kau pun atau sape2 yang rapat dengan kau pun dorang takkan faham ape yang kau lalui. bila kau jumpa pakar sakit mental kau cerita la ape masalah kau semua dekat dia, kalau dia memang practitioner yang bagus dan ikut law dia takkan cerita pasal rahsia pesakit dia dekat orang lain. Masa kau jumpa pakar tu kau cerita la semua benda dekat dia. sometimes aku ad bca jugak doctor (general practitioner) ad post conversation dia dengan pesakit yang dia jumpa, bagi aku tak payah cerita la walaupun name pesakit tak disebut dan tujuan untuk dibagi pengajaran. Benda tu semua buat pesakit yang macam kitorang ni rase lagi takut utk luahkan problem dekat doctor, ad certain pesakit buat2 je happy or tak cerita betul2 sebab takut doctor judge so in the end diagnosis tu tak tepat.

Sebab depression dan anxiety aku ni jugak la sekarang aku ada claustrophobia. Aku share benda ni semua so that mane la tau ad yang ikut dan buat dia dapat kurangkan masalah tu jugak.

– deep

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit