“Kesiannya kau tak kawin-kawin lagi..semua kawan-kawan sebaya kau dah kahwin anak dua tiga org dah pun..”
“Kesiannya kau..Dah kawin bertahun-tahun takde anak lagi ya.?”
Antara soalan-soalan popular musim raya ni terutamanya untuk orang yang bujang dan juga pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata.Saya juga tak terkecuali.Bujang kan.
Mungkin orang keliling tengok,apasal dia ni.Terlebih riang ria berhari raya bersama anak-anak buah sedangkan orang yang sebaya dengan saya sibuk melayan kerenah anak-anak kecil.Apa pun,hari raya kan untuk semua.
Kalau ditanya,jawapan saya selalunya inshaaAllah tolong doakan ya.Tapi kadang-kadang hangin juga rasa.Sabar je lah.Senyum.Diam-diam saja dalam hati.
Tak faham kenapa orang suka sangat tanya soalan-soalan yang orang yang ditanya itu sendiri tak tahu jawapannya.
Tak perlu cakap depan-depan yang kita kasihankan orang yang belum kawin atau yg belum ada anak.Allah yang jaga rezeki-rezeki mereka.Jangan sibuk datang tanya kenapa?Bila lagi?
Tolonglah jaga tutur kata bila berbicara soal rezeki anak jodoh.Walau kita dah kahwin ada anak-anak berderet sekalipun jangan kita rasa seolah-olah hidup kita seorang sahaja yang pling bahagia paling sempurna.
Jangan sesekali kita anggap hidup org lain yang belum dikurniakan anak atau masih bujang itu tak sempurna cacat kebahagiaannya.Definisi bahagia setiap org tak sama.Timeline hidup kita semua juga berbeza.
Allah sebaik-baik perancang tentang ajal maut rezeki jodoh hidup setiap orang.Siapa kita manusia utk mempersoalkannya.Bukankah bahagia yang sebenar itu ada pada orang yang paling mencintai Allah walau apa sekalipun status hidup mereka.Berkahwin.Bujang dan sebagainya.
Yang lebih penting sekarang kita semua sama-sama doa.Sama-sama usaha utk masuk syurga.Dalam syurga nanti semua org akan ada pasangan.Ada anak atau tidak.Berkahwin atau bujang inshaaAllah semua ada peluang utk masuk syurga Allah.
Yang pasti,marilah kita sama-sama usaha utk ajak pasangan dan semua ahli keluarga kita ke syurga.Semoga kebahagiaan kita di dunia ini akan terus bersambung di syurga nanti inshaaAllah.
– Fa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit