Assalamualaikum, namaku atikah berumur 26 tahun. Aku anak seorang kakitangan kerajaan dan mempunyai 3 orang adik beradik, aku yang sulung. Kesibukan dan berpindah randah ibu dan ayah membuatkan aku dibesarkan dengan arwah atok dan nenek serta 9 orang ibu dan ayah saudara belah ibuku. Hidup di kampong, tadika dan membesar di sana sehingga 5 tahun membuatkan aku berasa janggal bersama keluarga asalku hingga sekarang.
Apabila umurku mencecah 5 tahun, ibu ayah ku ambil semula aku dari atok dan bawa aku ke bandar walaupun hati aku sendiri tidak rela. Terus di sekolahkan ke darjah 1 pada usia itu, kiranya aku darjah 1 tiga kali lah dan dijanjikan bermacam-macam benda seperti mainan, makanan, baju yelah budak lagi masa tu kan.
Untuk fasa pertama, semuanya baik. Kemudian cuti bermula, aku dibawa pulang ke kampong sebab ibu saudara aku memberitahu atok termenung dan senyap setelah aku dibawa ke bandar.
Apabila dari kampong, pulang ke bandar, aku menangis, tidak dapat menahan rasa kenapa perlu sekolah di bandar, kenapa dengan mereka yang aku tiba-tiba kenal. Dan, kereta berhenti. Umur ketika itu, aku sudah ditampar oleh ayah aku, dicubit oleh ibu. Dan aku berhenti menangis, senyap, tidak mengadu dan diam di belakang.
Ayah dan ibu sangat memanjakan adik-adik. Jarang aku dengar ‘tidak’ dari mereka untuk sebarang permintaan. Aku kerap juga dapat nombor satu dalam kelas, dan segala prestasi aku pak saudara dan ibu saudara yang sediakan hadiahkan dan ucapan tahniah.
Untuk segala hadiah, semuanya akan berpindah hak milik kalua adik aku Nampak. Bukan tak berbunyi, tapi kalau berbunyi pasti aku yang kena balik. Lalu dari dahulu hingga sekarang, aku Cuma senyap dan memberontak dalam hati.
Belum lagi masuk bab di sekolah. Ibu ialah guru. Kebiasaanya aku Cuma dengar ibu-ibu memuji anak masing-masing. tapi untuk hidup aku, jauh dari itu. Apa-apa yang tidak elok, pasti sampai telinga ibu dan ibu akan bercerita kepada semua bapa dan emak saudara. Semasa jamuan darjah 2 di sekolah, rakan aku bawa kek untuk semua makan. Mengemas dan mencuci pinggan perkara biasa lepas makan dan aku terlibat juga untuk aktiviti itu. Selesai sahaja, cikgu memotong kek, dan sebaik sahaja aku nak ambil, cikgu menengking, atikah tak boleh ambil, malas, tak basuh pinggan dan segalanya. Aku turutkan dan bermain di belakang, mungkin dia tak Nampak dan aku abaikan. Balik sahaja di rumah, ibu bising dan bukan setakat itu sahaja, bising nya tentang cerita itu sampai ke kampong. Aku turutkan segalanya, diamkan dan biarkan ia berlalu.
Usai sekolah rendah, aku sambung di MRSM. Dari tingkatan 1 hingga 4, pak saudara yang akan jenguk dan hantar makanan. Ibu dan ayah akan ambil dan hantar semasa awal dan akhir tahun sahaja. Sebaik aku masuk tingkatan 5, adik aku yang lelaki masuk ke MRSM yang sama. Bermula dari saat itu, ibu dan ayah akan datang dua kali seminggu. Kadang-kadang tanpa pengetahuan aku langsung. Kalau aku menelefon, ibu akan bertanya tentang adik tapi aku masih melayan segala pertanyaan. Hingga ada seorang dua kawan aku yang bercakap, selalu ibu dan ayah datang, mana pak saudara. Aku senyum kelat, menahan rasa memberontak.
Sebaik selepas SPM aku berkenalan dengan A dan menyambung pengajian diploma dengan bantuan sepenuhnya PTPTN. Sepenuhnya tanpa ibu dan ayah hulur. pada masa yang sama aku turut melihat kemewahan adik-adik di U yang sebaik sahaja duit habis duit ibu akan masukkan. Padahal, balik sahaja ke rumah, ibu mengadu duit tak cukup, ini tak cukup tapi bila aku tengok mewahnya keadaan rumah dan adik-adik, aku jadi sedih. Seperti biasa, aku akan senyap dan diam membisu.
Menuntut Ijazah, ibu dan ayah masih sama, segala kurang aku masih lagi berbunyi kepada orang lain, Cuma untuk kali ini, advancenya lagi mereka, mereka bercerita pada adik-adik. Selepas itu terjadilah brain wash adik kepada aku, adik menjanjikan bulan bintang kepada ibu ayah. Aku terus block segala wassap adik dan bermula dari itu walau seorang dari mereka pun, aku tidak percaya dan segala kata-kata aku ibaratkan seperti angin.
Ketika menginjak dewasa ini, mak saudara aku selalu flashback, perbuatan ibu aku bercakap buruk tentang aku, Cuma mereka diamkan sahaja, mereka mengenali aku dan faham aku. Memburukkan aku dengan harapan mereka membiarkan aku hidup sendiri.
Untuk masa yang sekarang, hari esok raya, malam itu baru ibu inform, kakak bayar zakat sendiri, ibu ayah dah tak tanggung kakak. Pagi raya, mengomel pada aku untuk duit raya yang macam budak-budak nilainya sedangkan aku cakap yang duit ini lain sekadar angpau, duit lain akan aku bagi masa aku nak pulang ke kl. Tarik muka dengan aku, cakap aku ini bergaya lebih sedangkan gaji tak dapat lagi. Bagitahu kepada semua orang tentang angpau tersebut, hanya aku senyap membisu. Tiba-tiba mak saudara aku cakap pada aku, ibu cakap awak lain dari anak-anak yang lain, anak-anak yang lain cool je.
Itu belum lagi aku ungkit, mereka menjadikan guarantor barang-barang courts tanpa pengetahuan aku. Tanpa pengetahuan aku juga, mereka asingkan aku dari mereka apabila membayar duit makan-makan keluarga. Hanya bayar untuk 4 orang, sedih hati aku. Sedih.
Sekarang, untuk masa yang ada, aku Cuma berharap supaya mereka tidak buat hal untuk perkahwinan aku. Dalam diam, aku mengharap untuk cepatkan majlis kami. Terasa berdosa, tapi aku tak nak mereka menanggung beban aku. Aku Cuma mengharapkan untuk merasai kehidupan keluarga normal, tanpa pilih kasih dan tanpa mengharapkan nilai duit.
Cuma, aku sangat bersyukur, walaupun tidak merasai nikmat ibu bapa, adik beradik, tapi Allah bagi aku rasa kasih sayang dari ibu-bapa saudara, sepupu-sepupu dan hadirnya teman yang sangat-sangat memahami. Diam kita tak semestinya diam selamanya, tekad pada hati, Allah sangat memahami keadaan hamba-hambaNya.
Minta maaf untuk kekurangan, untuk tiada kesinambungan penceritaan. Apa yang baik harap dapat dijadikan pedoman dan aku sangat pinta nasihat dan share dari kalian semua. Terima kasih, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.
– Atikah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit