Pemain Duit Kutu

Assalamualaikum,

Harap admin approve confession ni. Tak nak approve tak pe la, saya ok.. Saya nak share isu pasal duit kutu, rata2 perempuan laa suke main kutu ni. Awal2 minta maaf, saya tak reti nak mengarang, ayat berterabur harap faham la ye. Okeh, senang cerita saya ni jenis suka join kutu jugak. Pernah join kutu total amount hampir RM 2000 tu pun ambil turn second last. Sebab saya ni tak pandai nak berdisiplin saving sendiri, tau2 habis buat shopping online so ini antara cara saya untuk saving sikit2 selain invest bulan2 kat public mutual.

Sepanjang saya join duit kutu ni, saya perhati ramai betul yang amik turn awal2 pastu lari (kawan2 saya ramai kena, setakat ni alhamdulillah saya tak pernah kena lagi, mintak jauh la). Yang jadi mangsa orang yang ambil turn bawah2 n mak kutu pun same jadi mangsa maki player lain jugak sebab tak jage anak kutu.

Biasa yang join kutu ni selalu sebab bagi dia ni je cara untuk berdisiplin saving bulan2. Atau pun ada yang terdesak nak pakai duit cepat so die ambil turn awal2 bayar kemudian (ni dah sama macam buat loan cume bezanye takde interest). Ada jugak yang dah set target tarikh sekian2 untuk bayar macam2 termasuk rodtax kereta so dia join kutu ni dengan harapan die tak perlu risau bila dah sampai tarikh tu duit kutu ade untuk cover. Kiranya semua yang join kutu ni mesti ade target masing2. Jadi , kalau ade antara player yang ambil turn awal2 ni tak bertanggungjawab, mane player bawah2 ni nak cari duit lain untuk cover? Mungkin turn dieorang tu laa terdesak nak pakai banyak duit, jadi tolong fikirkan player lain. Sendiri hutang, sendiri bayar okey. Kadang2 saya kesian dengan mangsa2 ni. kita join kutu untuk tolong orang lain, alih2 player lain tak nak bagi kerjasama. Walaupun ade yang delay bayar kutu, bagi alasan anak sakit la, kereta rosak la, so mintak extend masa mungkin boleh bincang lagi elok2, tapi usaha kan lah jugak nak bayar secepat mungkin. Lagi haru kalau sampai dua bulan tak berbayar, sebenarnya awak dah menyusahkan orang lain, trutama player tu. Bayangkan kalau awak di tempat mereka, macam mane rasanye.

Yang dah pernah/tengah lari tak nak bayar kutu ni lepas turn awak tu, awak tak takut ke kalau2 esok lusa awak dah arwah atau mangsa tu meninggal dulu, macam mana awak nak bayar balik hutang tu kat player lain. Dan mane awak nak cari waris dieorang nak bayar balik? Tahu tak main kutu ni dikira konsep bagi dan terima hutang (siap ada akad lagi setahu saya la), so once awak2 dah dapat full amount turn awak lepas tu lari, awak pergi la mane2 pun, sorok dalam lubang cacing sampai reput, jangan lupa yaa Allah ada. Dosa dapat, amalan awak pun tergantung sebab tak bayar hutang, kat akhirat nanti mangsa2 ni ade hak untuk tuntut. Lagi takut kalau ade antara mangsa ni bengang sampai die doakn awak kena bala, tak ke naya.. Jadi awak rasa boleh tenang ke buat macam tu? So fikir2kan ya.

Mudahkan urusan orang lain kalau nak urusan kita dipermudahkan. Main kutu ni tak salah pun, walaupun orang cakap lagi selamat simpan sendiri je tapi hakikatnya benda ni la jugak yang ramai orang suka join atas dasar disiplin. Jadi itu hak masing2 nak simpan duit macam mana pun. Cuma buat yang suka amik turn kutu awal2 tapi larikan diri ni, sila lah bertanggungjawab. Tak susah pun kan. Kalau takut komitmen banyak, boleh join kutu ikut kemampuan, jangan tamak last2 tengah2 turn tak dapat bayar sebab tak larat dengan komitmen. Berpada-padalah.

Okey, last skali saya suka nak share buat mak kutu di sini (ni dapat dari group saya pernah join buat dulu), kalau takut kena situasi player tak bertanggungjawab, boleh buat macam ni :

1. Mintak salinan ic player (mintak dieorang cross dulu kat salinan ic tu khas untuk kutu sekian2)
2. Mintak nama & no. contact waris in case player tak dapat dikesan/dihubungi nanti

Tu je la kot cadangan simple saya, tapi in shaa Allah la boleh guna pakai. Okey, selamat berkutu! Bye

-rara

– Rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit