Assalamualaikum,
Saya ingin kongsikan beberapa peristiwa dalam kehidupan saya yang membuatkan saya bersyukur padaNya. Benarlah orang kata tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Saya tinggal bersama abang saya, kami kongsi duit untuk bayar sewa rumah tapi sayang abang saya baru sahaja dipecat dan dah menganggur 6 bulan. Jadi sekarang sewa rumah dan duit barang semua saya yang tanggung dahulu.
Mula-mula, memang hati ni berat nak membantu tapi saya selalu ingat pesan mak, “Kau dah kerja,gaji banyak jangan berat nak tolong orang pula tambah saudara sendiri”.
Jadi sekarang dah masuk 6 bulan saya tanggung semuanya, saya tahu abang berusaha cari kerja sekarang dan saya nampak usaha dia cuma mungkin rezekinya lambat sedikit sampai.
Alhamdulillah, baru-baru ni dia baru sahaja lulus temuduga di syarikat yang agak besar dengan gaji yang lebih tinggi daripada syarikat dulu.
Kebetulan dah dekat hari raya jadi kami adik beradik sibuk beli tiket flight takot nanti harga naik. Abang taknak balik katanya belum gaji lagi tak mampu. Saya belikan juga tiket dia balik saya cakap takpe nanti bayar la.
Tiba hari raya, semua adik beradik berebut hulur duit raya dekat mak dengan abah tapi abang sambil menangis peluk mak cakap “Duit nanti abang bank in ye mak sekarang belum ada lagi”.
Balik KL saya hulur abang RM200 ” Ni nanti abang bank in dulu bagi mak takpe nanti ade duit bayar la balik”. Bila di kira- kira balik dekat RM3000 saya pinjamkan kepada abang.
Kawan-kawan semua persoalkan, “kau dah kenapa bagi je kat abang kau tuh bukan dia tak mampu kerja hidup sendiri”. Saya senyum sahaja bila orang cakap macam tu ” Mereka tu adik beradik aku juga bukan siapa-siapa, nanti aku mati yang menangis, bacakan yasin untuk aku diorang juga”
Esok dah masuk kerja balik lepas raya. Orang lain semangat sebab bonus masuk bulan ni. Saya tak mengharap sangat sebab baru je kerja tak sampai setahun.
Ya Allah terkejutnya bila dapat tahu bos bagi dua bulan bonus untuk tahun ni sama macam staf-staf yang dah lama kerja. Mungkin Allah nak suruh sabar dulu dengan duit yang keluar Dia ganti yang lebih baik lagi.
Abang dah selamat bekerja sekarang dan duit yang saya bagi pinjam tu dia bayar sikit-sikit dulu. Saya cakap takpa bayar je bulanan ke macam mana sikit pon takpa ni bukan PTPTN.
Cerita ni sekadar peringatan untuk semua, mungkin kadang kita berkira-kira untuk memberi tapi kita tak nampak rezeki yang lebih luas Allah buka untuk kita semua.
Janganlah kedekut tambah dekat mak ayah. Mereka syurga kita nanti aminn.
Yang benar,
Salmah (bukan nama sebenar)
– Salmah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit