Mak Ayah, Tolonglah.

Assalamualaikum.

Straight to the point, tujuan aku tulis ni sebab nak bagi peringatan dan nasihat untuk semua ibu bapa mengenai sikap tegas dalam mendidik anak-anak ketika berada di public.

Mintak maaf siap-siap lah ye sebab aku tahu aku ni tak layak nak tegur so kalau korang nak kecam aku pun kecamlah puas-puas. Aku ni anak pun takde lagi kahwin pun tidak lagi. Tetapi disebabkan perkara ini berlaku banyak kali depan mata aku maka aku tak boleh nak diamkan sahaja.

Sepanjang bulan puasa itu hari aku menolong ibu saudara aku berniaga di ekspo waktu malam dengan menjual pakaian dan tudung sebab aku tengah cuti semester. Memang aku akui ramai sangat orang sampai tak menang tangan dibuatnya.

Dalam ramai-ramai mestilah ada yang “buat perangai” ye dok? Aku tak nak sentuh pasal sikap orang kita yang minta kurang banyak sangat sampai tahap tak masuk akal(sebab tak balik modal) pastu bila kita dah bagi habis kurang pun dorang still tak puas hati sebab tak dapat kurang macam yang dorang nak then siap marah-marah tengking-tengking lagi depan orang ramai. Eh tercerita pulak? *Haha sila baca dalam satu napas untuk menggambarkan betapa marahnya aku dengan manusia yang bersikap sebegini.*

Okay back to the main point, benda yang aku nak cerita ialah pasal sikap ibu bapa yang tak reti nak control anak-anak yang buas nakal tahap hyper. Maafkan aku dan perbetulkan aku kalau aku salah ye.

Sepanjang aku kerja dengan Mak Cik aku, setiap hari sekurang-kurangnya 10 penyangkut baju mesti patah without fails dikerjakan dek anak-anak manusia mana entah. Aku hargai parents yang sungguh-sungguh marah siap cubit-cubit manja lagi anak dia yang buas tahap dewa tu tapi yang buat aku kecewa sangat ialah parents yang biarkan anak-anaknya membuas sehingga melingkupkan harta benda orang lain dengan jayanya. Ada parents yang siap seronok lagi tengok anaknya membuas. Apa yang dibangganya pun aku tak tahu lah. Engkau fikir murah penyangkut baju tu semua? Kalau sehari 10 yang patah tapi kalau sebulan engkau bayangkan berapa banyak penyangkut baju yang nak kena ganti? Lepas dah bagi patah dengan muka tak bersalah takde nak minta maaf ke apa, blah macam tu je.

Itu belum lagi budak yang berlari macam pelesit dalam kedai orang sampai habis semua baju dilanggarnya. Parents dorang yang tengok boleh pulak gelak-gelak sedangkan dorang tak tahu peniaga yang senyum kat luar ni menyirap je dalam hati haa.

Janganlah berperangai sebegitu tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya merayu ni tahu. Saya tahu pelanggan tu pembawa rezeki kepada para peniaga tapi kalau sampai ke tahap merosakkan harta benda peniaga tanpa sedikit pun rasa bersalah macam mana para peniaga ni nak cari makan?

Manusia ni luaran memang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Buatnya disumpah anak kalian tu dengan benda-benda tak elok kang baru tahu. Manalah tahu bila peniaga tengok budak-budak bagi patah hanger tiba-tiba dia terdetik dalam hati dia, “aku harap budak ni sampai ke besar lah tak cerdik.” Kan dah jadi doa tu? Nanti sampai ke besar takut tak cerdik budak tu dengan izin Allah. Manalah tahu kan.

Jadi berhati-hatilah dalam membawa anak-anak ke luar. Kalau rasa tak mampu nak jaga anak banyak-banyak jangan beranak ramai. Anak-anak memang penyeri hidup ibu bapa tapi jangan butakan mata bila mereka melakukan kesalahan.

Sekian dari saya. Salah dan silap harap diampunkan.

– Fiqah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit