Assalamualaikum kepada semua. Terima kasih kepada admin jikalau confession ini dipublishkan.
Nama tajuk macam cerita pukul 7 tak? Haha. Tapi saya nak cerita ni berdasarkan pemerhatian saya ke atas bos bos diluar sana. Tapi saya bukan bos, saya anak kepada bos.
Cerita macam ni, ramai orang anggap bos ni semua kaya raya, untung banyak, kereta besar, bla bla bla. Anda salah sebenarnya. Dalam kehebatan bos bos ini, banyak sangat tanggungan dia, banyak sangat benda nak fikir, hal syarikat, hal pekerja, hal anak bini di rumah. Ayah saya menjalankan perniagaan secara persendirian. Sekarang perniagaan dia dah mencecah 17 tahun. Dari sebuah kedai kecil, sekarang dah jadi 3 lot kedai. Dalam 17 tahun dalam bidang ni, banyak sangat halangan, dugaan yang dia tempuhi. Alhamdulillah dia masih kental walaupun umur dah makin meningkat.
Sepanjang dia jadi bos ni, banyak sangat kerenah pekerja yang dia dah dapat. Ada yang seleweng duit syarikat sampai berpuluh ribu, ayah sabar. Ayah berhentikan dia, tapi ayah tak report sebab kesian anak dia masih kecil. Ayah benarkan dia bayar sikit sikit. Ok lepas. Orang curi project syarikat, pakai nama syarikat tapi bagi project dekat syarikat lain, ayah lepaskan lagi. Walaupun itu dah dikira pecah amanah, ayah cakap “Biarlah, itu rezeki mereka”. Ok lepas. Pekerja belot dengan ayah yang menyebabkan kerugian yang sangat besar, jatuh terduduk jugak ayah. Hampir setengah tahun, ayah jadi pendiam, ayah duduk termenung depan tv, ayah tak masuk office sehingga berbulan lamanya. Ayah bingung fikir masa depan syarikat. Tapi lama – lama ayah sedar, ayah bangkit balik perlahan-lahan, masa ni amat terasa susahnya. Macam-macam ayah cuba gadai untuk bangunkan balik syarikat. Alhamdulillah, syarikat masih berjalan tetapi tak serancak dahulu.
Selepas kejadian yang menyebabkan ayah tersungkur, ayah jadi lelaki yang tak tetap pendirian. Setiap keputusan yang dibuat, pasti akan ada pertukaran. Ayah takut nak buat decision sebab takut decision ayah tu salah. Ayah cuba nak buka perniagaan lain, orang cakap ayah bos yang cepat goyah, bos tak tetap pendirian.
Baru-baru ini ayah difitnah lagi. Pekerja cuba viralkan syarikat ayah, dituduh ayah kerah keringat pekerja, gaji yang diberi tak kena, nilai yang ditawarkan nampak merapu, sales goal mengarut, gaji yang diberi kurang dari perjanjian dan lain lain. And guess what, ayah senyap lagi. Pekerja tuduh ayah ambik duit keuntungan untuk diri sendiri, gaji yang diberi tidak kena pada effort mereka. Ayah senyap lagi.
Wahai pekerja, tahukah anda, disebalik baju segak bos anda, disebalik kereta besar bos anda, ada lagi tanggungjawab yang besar dibelakangnya? Bos juga manusia biasa, perniagaan ada jatuh bangunnya. Jika anda melihat sales bulan ini tak rancak, harap anda faham juga bahawa bos juga mempunyai masalah untuk membayar gaji anda. Tiap bulan, tiap bulan di musim gaji, orang lain berseronok kerana menerima gaji, tapi bagi bos, saat itu jugak saat menyakitkan kepala. Manakan fikir gaji pekerja, sewa kedai, bil kedai, kiraan untung rugi kedai, pembayaran kepada supplier. Ramai orang tak faham, duit yang masuk walaupun nilainya hampir setengah juta, anda fikirkan modal yang dikeluarkan untuk mendapat nilai tersebut, bayaran gaji pekerja, sewaan kedai, segala bil dan tak lupa juga pada nafkah keluarga sendiri.
Jangan kata “Alah kau tak merasa confessor, mana tahan gaji masuk lambat”. Saya juga seorang pekerja di syarikat orang lain. Saya bukanlah seperti watak dalam drama Melayu sekarang, umur 20-an dah jadi ceo syarikat. Saya juga merasa perit bekerja, saya juga merasa sakit hati dengan bos, saya juga merasa gaji masuk lewat. Tetapi, saya cuba untuk memahami situasi bos saya sebab saya tahu perasaan bos itu sendiri.
Nanti ada pulak yang soalkan “Confessor dah cukup besar, kenapa confessor tak tanggung je keluarga, jual saja syarikat sekarang”. Sebelum disoal, biar saya explain, usia syarikat mencecah 17 tahun, kalau manusia, tahun ni dia nak ambil SPM. Apa perasaan anda jikalau anak yang anda bela dari kecil, tiba-tiba anda perlu berikan anak anda pada orang lain, atau pada umur anak anda 17 tahun, anda nak biarkan ke anak anda sakit dan dibiar sehingga mati? Begitulah juga dengan ayah. 17 tahun dia perabih keringat dia, takkan dia nak biar syarikat yang dia bangunkan terkubur begitu sahaja.
Saya faham, pekerja ada hak mereka. Tapi perlukah anda membuka aib dan menyebar fitnah ke atas bekas majikan anda? Apa kelebihan yang anda dapat? Saya sendiri mempunyai pengalaman buruk di syarikat terdahulu, tetapi walaupun saya sakit hati, tak terlintas lansung untuk menjatuhkan mereka. Sebab tiada kepentingan kepada diri saya. Jikalau betul mereka silap, tanpa fitnah pon, syarikat itu akan lingkup juga.
Apa yang saya cuba sampaikan, sebagai pekerja, jalankan pekerjaan anda dengan amanah, fahami majikan anda di kala kesusahan, jikalau terasa pekerjaan anda membebankan, berhentilah dengan cara baik. Tiada seorang pon bos yang boleh menghalang anda. Dan jika anda mempunyai ketidakpuasan hati, bincangkan dengan majikan akan jalan penyelesaian, jika tidak dapat kata persefahaman, berhentilah. Percayalah, perlakuan seperti mencuri duit, memfitnah, berniat untuk menjatuhkan bos anda, semua itu tak memberi apa-apa kelebihan pada anda.
Sekian, ini sahaja yang saya mampu kongsi. Berharap supaya orang lain memandang pekerjaan dari sudut yang berbeza. Terima kasih.
– Anak bos
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit