Parut di Wajah

Assalamualaikum para pembaca semua. Aku sebenarnya tahun lepas baru lepas selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulilah dah setahun lebih. Isteri aku ni dia dengan rakan baik dia buka butik baju. Aku pula kerja dekat audit firm. Sebenarnya pada aku hidup berdua ni cukup bahagia. Tapi ada satu benda pada isteri aku yang akan selalu buat dia rasa down. Isteri aku ni dulu waktu belajar dia ada accident dan dekat bahagian kiri muka dia ada kesan parut yang sampai sekarang tak hilang. Aku tak kisah sebenarnya, tapi orang sekeliling.

Waktu balik raya haritu, aku beraya rumah sedara aku. Waktu nak salam kenalkan isteri aku. “Eh ini ke isteri ami, oh dia ni.” Ushar atas bawah. Kadang-kadang budak2 tengok muka dia cakap hantu lah. Padahal sebelah je. Pada aku dia tetap lawa. Tapi itulah, mungkin sebab dia wanita. Dia selalu tanya aku, kenapa aku boleh jatuh cinta dekat dia. Kalau aku cakap dia cantik. Dia menangis. Kata aku tipu. Tapi itulah lain orang lain pandangan. Aku sebagai suami mestilah selalu fikir isteri kita yang paling cantik.

Ada sekali tu dia kata nak buat pembedahan plastik. Aku tanya nak buat apa. Dia cakap nak repair balik muka dia. Sebenarnya parut dekat muka dia tak ada teruk mana. Cuma ada kesan calar panjang dengan macam kesan kesan bakar sikit. Iyalah dia wanita dia mesti rasa insecure dengan wajah dia. Kadang tu tengah malam. Dia bangun dia tenung je cermin sampai menangis. Tapi aku biasa biarkan. Nanti kalau aku tegur dia mahu dia makin melalak depan cermin tu.

Dia confident je sebenarnya orangnya. Cuma respons orang yang buat dia kadang2 hilang confident tu. Aku cakap dengan dia tak payah lah bedah muka itu semua. Pada aku dia yang sekarang ni dah okay. Cukup lah aku dah boleh terima dia. Pandangan orang luar. Persepsi tu semua memang kita tak boleh halang. Jadi aku harap orang dekat luar sana ni termasuk aku sendiri jangan pandang orang dari rupa. Mana lah tahu korang pernah terserempak dengan isteri aku dekat mana-mana janganlah pandang dia semacam. Setiap orang ada cantik tersendiri yang hanya pasangan masing masing je boleh nampak. Kan

– Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit