Topik hangat tentang warga pendidik ni pada pandangan aku perlu dilihat dengan cara yang lebih luas.
Setelah membaca luahan confessor yang bertajuk Golongan Pendidik Yang Memusnahkan, aku berpendapat beliau tidaklah salah.
Cuma terdapat ramai yang terasa hati. Namun jangan juga disalah anggap, kerana ia juga tidak 100% betul seadanya.
Pertama, sistem sekolah sekarang lebih gemar meletakkan pelajar yang lemah dalam satu kelas dan pelajar yang pandai di dalam satu kelas yang lain. Pada aku sistem ini cukup memberi impak negatif terhadap motivasi pelajar di dalam kelas yang lemah, kerana dalm hati mereka, mereka akan sentiasa di pandang rendah oleh pelajar yang dikatan “cukup pandai” di dalam kelas yang lain. Sekolah sepatutnya tidak meletakkan kasta di dalam tiap tingkatan supaya masing2 dapat bersaing secara sihat di dalam kelas tanpa perlu berasa rendah diri berada di dalam kelas yang lemah.
Yang kedua, komunikasi guru dengan pelajar juga penting dalam menentukan hala tuju pelajar jika dilihat pada sudut ideal (dimana pelajar tidak mempunyai masalah pembelajaran). Guru yang mempunyai visi untuk membawa pelajarnya ke satu tahap akan sentiasa follow-up/track prestasi pelajarnya dan akan mengadakan sesi perbincangan dalam mengatasi masalah itu. Adakah perkara ini susah? pada aku tidak. Guru boleh sentiasa memberi lebih homework kepada pelajar tersebut dan berikan mentor sebaya yang lebih pandai untuk diberi tunjuk ajar. Tugasan ini tidaklah 100% jatuh kepada guru, sekiranya pelajar masih bermasalah, guru boleh bersemuka dengan ibu-bapa dengan menerangkan segala langkah yang telah dilakukan untuk meningkatkan prestasi pelajar.
“Practice make perfect”. Pelajar yang diberi latihan bertubi-tubi dan mendapat perhatian yang penuh dan akan berubah mengikut rentak yang dibawa oleh guru tersebut. Sekiranya guru itu “leweh” bercakap lemah longlai, memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak menarik, tidak mengaitkan ilmu yang dipelajari dalam duni sebenar, pelajar akan mudah lari fokus dan tidak berminat untuk mendengar. Perbandingan mudah, mengapa ramai yang sukakan majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus berbanding dengan Ustaz2 yang lain?
Golongan guru tidak seharusnya terlalu cepat melatah jika diberi kritikan. Ramai lagi golongan professional yang dikritik namun kritikan perlu dilihat dalam pelbagai sudut positif. Mungkin kerana terdapat ratusan ribu guru di Malaysia membuatkan mereka seolah tidak boleh dikritik/ ditegur. Jika dilihat, golongan Jurutera di Malaysia yang bilangannya lebih kecil lebih dilihat pasif apabila dikritik bukan kerana mereka tidak mahu menjawab, namun mereka berasakan terdapat asas yang benar dalam setiap kritikan yang diberi. Manakala profession perubatan pula telah hampir menjadi “mirror” kepada golongan pendidik.
Guru dan pensyarah. Terdapat ramai pembaca didalam IIUM ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master). Pada pengalaman aku sendiri, pensyarah apabila dikritik mereka tidak cepat melatah, malah mereka lebih professional dalam melakukan post moterm terhadap sesuatu perkara yang berbangkit. Aku ingin ungkapkan kembali bahawa aku tidaklah menyebelahi mana-mana pihak, namun sebelum kita memberikan komen terhadap sesuatu perkara, janganlah membuat pandangan yang berat sebelah dan lihatlah dari pelbagai sudut. Guru yang hampir pencen benarkan tidak pandai mengajar? Jawapannya mungkin lebih kepada 90% benar 10% tidak. Ataupun 60 benar 40% tidak terhadap jumlah keseluruhan guru yang ada. Jadi mengapa mahu bertelagah? contohilah ulama2 mahzab Islam yang sentiasa terbuka dalam perbezaan pendapat. Wallahualam.
– Baron909
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit