Okey kat sini saya nak bercerita pasal abang ipar saya. Dia abang ipar kedua dalam family saya. Sebelum dia berkahwin dengan kakak saya, dia kelihatan sangat okey dengan mak, ayah dan adik beradik yang lain.
Selepas dia berkahwin dengan kakak saya, perangai dia mula berubah. Malam pernikahan dia pun dia sudah menunjukkan perangai negatif dia. Semasa kami menolong kakak kami untuk menghantar barang2 kahwin ke dewan untuk kenduri pada esoknya, abang ipar saya hanya duduk dalam kereta tanpa bersalam dengan ayah, mak dan suami saya. Tak sampai 5 minit dia blah macam tu jer. Ade ke patut.
Lepas kahwin, abang ipar saya ni tak pernah datang jenguk mak dan ayah mertua dia. Memang mak dan ayah terasa sangat sebab dia seorang yang terpelajar sepatutnya tahu adab dan sopan. Kalau tak tahu macam mana nak didik anak bangsa ye tak?
Jadi saya dan adik beradik yang lain malas nak masuk campur sebab kakak saya sudah kahwin dan wajib ikut suami dia. Tapi kami sekeluarga tertanya-tanya kenapa perangai dia macam tu. Dulu baik sekarang tengok muka pun tak nak.
Sampailah satu hari tu, sebelum hari raya Aidilfitri, saya ajak suami saya pergi ke rumah kakak saya sebab sudah lama tak bersua dengan kakak saya. Kami dilayan elok oleh kakak saya tapi saya tak nampak abang ipar saya. Kami dijemput masuk dan bersembang macam biasa. Niat kami sekejap sahaja singgah di rumahnya sebab kami nak keluar beli baju raya. Tapi kami ni jenis menghormati tuan rumah mesti nak bersalam sebelum kami pulang tapi niat kami disalah ertikan.
Abang ipar saya turun ke bawah menghalau kami. Bukan halau baik2 tau tapi halau kami macam kami nie binatang. Memang agak terkesan. Tak perlulah saya ceritakan apa yang dia cakap pada kami semasa dia halau kami. Sejak kejadian itu, saya memang berjanji pada diri saya yang saya dan suami tak akan jejak rumah dia lagi.
Saya pun menceritakan apa yang berlaku pada mak saya. Sedih tengok mak saya di hari raya yang mulia keluarganya dihina oleh menantu sendiri. Hari-hari mak termenung. Saya tak tahan tengok mak saya macam tu, saya pun whatsaap kakak saya tanya kenapa perangai si pendidik tu jadi macam tu. Dia kata saya dan suami tak hormat dia. Kami pun sebenarnya tak faham sebab lepas dia kahwin sembang dengan suami dia pun tak. Tup tup dia cakap kami tak hormat dia. Bukan cakap lepas kahwin la, sebelum akad nikah dia pun tak tegur kami. Sebab malas nak bergaduh panjang saya hanya mengundur diri dan meminta maaf dan pesanan kakak saya pada suami saya jaga adab dan sopan.
Saya memang tak puas hati. Habis suami dia tak nak pulak pesan macam tu. Jadi saya berdiam diri dan malas nak ambil tahu pasal mereka. Dan saya pelik kalau alasan abang ipar cakap sebab saya dan suami tak hormat dia kenapa sampai rumah mak ayah pun ta nak jenguk. Kan??? Suatu
hari mak saya call kakak saya tanya kenapa boleh jadi macam nie sambil nangis2. Kakak saya pun nangis jugak. Dan kakak saya pun cerita lah everything to my mum. Dan saya dan adik beradik yang lain merasakan yang abang ipar saya nie tak matang orangnya dan terlalu manja dan sensitif serta berfikiran negatif sangat.
Alasan dia sebab ayah dirikan dia pak cik sebelum akad nikah so dia anggap ayah tak terima dia sebagai menantu. Lepastu ayah tak terima rokok dia sebab ayah hisap rokok lain. Tolong lah sebab tu je kot. Then, sebab dia cakap mak jegil mata kat dia. Hello..mak bertanya memang mata dia besar sedikit. Pastu dia cakap kami tak hormat dia.. Sembang pun tak pernah dia cakap kami tak hormat dia. Kalau dia nak saya senaraikan satu-satu kesalahan dia dari A-Z memang saya win. Tapi malas nak gaduh saya diamkan diri. Itu sahaja cerita saya. Saya rasa macam apa lah dia nie benda kecik pun nak dibesarkan. Kalau tak puas hati panggil kami duduk dengan hampa dan cerita apa yang tak suka dan bukan dengan menghalau kami dengan cara orang takde adab. Walaupun saya dah maafkan dorang tapi saya tak boleh lupa apa yang dia dah lakukan pada kami. Sekian..
– adik ipar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit