Hidayah Untuk Kenalan Reverts

Assalamualaikum and selamat petang dear readers.

Call me T. Apa yang aku nak share ni adalah perkara yang baru berlaku kat aku sebentar tadi.

Aku bakal berkahwin pada penghujung bulan ini, in shaa Allah. Seperti biasa orang kata dugaan bertunang. Aku tak diduga dengan perangai tunang aku. Tetapi diduga dengan perangai sendiri. Dengan sikap tak sabar aku. Dengan ketidakcukupan duit aku. Dengan musibah bertimpa seperti sakit dan terbaru dan hikmah harini adalah cermin mataku pula, patah bingkainya.

Dalam bank tinggal puluh angka nak menyampai ke gaji. Aku takboleh nak mengharapkan contact lens semata. Susah nak bersantai di rumah. Nasib keluarga memahami, jadi berbekalkan sedikit wang yang ayahku berikan, aku pergi ke kedai cermin mata, di mana semua ahli keluargaku merupakan pelanggan tetap uncle A.

Beliau merupakan seorang lelaki kurang upaya (fizikal) berbangsa cina, menjalankan perniagaan optik selama beberapa dekad. Dia dan juga isterinya serta dua orang lagi anaknya selalu ku lihat berada bersama sama di dalam kedai tersebut.
Selepas Zuhur, aku dan kakak ku singgah untuk mencari bingkai cermin mata. Bila aku masuk saja kedai mereka, zuppppp terasa aura kedai itu lain dari sebelumnya. Aku keep on tertanya tanya apa ye yang lain. Uncle A aku lihat sama saja macam dulu. Kemudian isterinya keluar, muka bercahaya, dan memakai sekup kepala. Yes. Definitely something going on.
Tiba tiba isterinya, ku gelar Aunt F, menuturkan kata kata yang buat aku wooowwwwww tak henti; “kami sudah masuk Islam”.
Aku dan kakak aku macam tercengang sebab aku memang tak sangka sungguh. Bukannya kami baru kenal mereka. Cermin mata upsr aku pun buat dengan mereka ni. Mereka memang orang baik baik. Tapi berita kali ni memang mengejutkan aku dengan ucapan panjang Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Sepanjang proses test mata aku bersama Uncle A, isterinya begitu gembira bercerita tentang proses revert mereka ke agama Islam. Sambil sambil bergurau disakat oleh Uncle A, dia begitu gembira sekali menunjukkan gambar dia berhijab, berlilit shawl serta menghadiri majlis agama.
Bila ditanya mengenai anak anak, mereka kata mereka sahaja dulu yang memeluk Islam, dan memberi masa untuk anak anak mencari kebenaran dalam agama.
Siap bertanya kepadaku, barang barang persediaan di rumah selepas berkahwin, apa lagi yang tidak cukup? What a thoughful woman, she is! Tergelak aku bila Uncle A mengusik Aunt F memberitahu bahawa aku boleh mengangkut set pinggan mangkuk antik, dengan membawa lori kerana terlalu banyak disimpan di rumahnya.

Tak jemu memandang kemesraan mereka berdua. Dengan slang pekat bahasa malaysia nada Cina, dia bergurau senda sambil bersulam cerita mereka selepas masuk Islam. Menceritakan pengalaman pertama puasa dan raya, dengan bangganya aunt F kata dia puasa penuh tahun ni. Allahuakbar.
Aku terus buat self-check diri aku sendiri. Betul. Aku yang dilahirkan Islam sendiri, aku kurang doa. Aku masih hamba Allah yang berdosa. Aku selalu doa Allah berikan aku hidayah. Tapi aku tak sedar yang aku belum cukup usaha nak dapatkan hidayah Dia. Aku lalai.

Uncle A dan Aunt F, mereka memang baik. Dari dahulu memang orang baik. Agama sebelum ni bukan Islam dulu pun orangnya tetap baik. Kalau Allah dah sayang tu, sekali petik je, ke syurga lah dua dua lovebirds tu.

Macam mana nak Allah sayang kalau aku pun masih lalai? Uncle A dan Aunt
F sangat membuka mata minda dan hati aku. Mungkin wake up call untuk membina keluarga bahagia kelak. Moga aku dan pasangan dapat menjadi seperti Uncle A dan Aunt F. Aku kongsikan nama Islam mereka, Salleh dan Fatimah.

– Call me T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit