Jika kamu benar muslimah, kamu akan faham erti sebenarnya “menutup”. Menutup itu seharusnya dari dalam, iaitu mempunyai rasa malu untuk mempamerkan diri walaupun telah berniqab.
Tertutup, sehelai kain di wajah itu bukanlah hanya sehelai kain. Tapi ianya adalah “penutup maruahmu”. Setiap wanita yang menutupi auratnya tujuannya juga untuk memelihara diri dan maruah. Begitu juga fungsi kain menutupi separuh wajah. Secebis kain itu bukanlah fesyen, bukan hanya sekadar pakaian, bukan juga satu cara untuk memperhias mata dan kening supaya terlihat indah, ayu dan menarik di mata orang sekeliling. Maka peliharalah ia. Bukan semudahnya selfie, beratus likers, beratus foto diupload dengan caption islamik berupa dakwah. Bukan itu cara wanita bercadar berdakwah, malah menambahkan fitnah. Cukuplah trend yang merosakkan ini.
Lebih parah lagi, ramai ajnabi yang komen “mashaAllah indah” “cantik” dan sebagainya. Dan ada juga yang post gambar tersebut di wall mereka. Bererti mereka telah save dan simpan gambar kalian sebagai tatapan. Malu saya melihatnya. Cukup malu hingga tidak terkata lagi.
Kalaulah muslimah kini benar-benar faham hukum berpurdah, maka kalian akan takut untuk memperlakukan purdah seperti yang kita lihat pada hari ini. Ia adalah satu amanah.
Seringkali saya sendiri menegur dan menasihati kalian di instagram comment, private message, malah comment itu di delete, dan malah account saya diblock oleh mereka. Bukan seorang, tapi ramai. Sedih, bukan tak sedih.
Boleh untuk upload gambar, tapi berpada-padalah.. jangan sampai ianya tabarruj, menaikkan syahwat dan membawa fitnah. Azab Allah itu pasti, kalian pasti takut dosa kan?
Tak apalah, hanya Allah yang Maha Menilai dan Maha Mengetahui niat para hambaNya. Moga Allah redha setiap usaha kita. Saya menasihati tanpa ada niat lain, cuma ingin sama-sama membersihkan hati dan niat kita.
Tolong saya, untuk sebarkan pada sahabat2 kita, wanita muslimah, wanita syurga. Sungguh, aku amat menyayangi kalian.
– @amrhdyh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit