Assalammualaikum uolls,
Tujuan penulisan ini hanya sekadar perkongsian sahaja.. dan kepada pembaca yang ingin memberi pendapat amatlah dialu-alukkan..sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada Admin kerana sudi menyiarkan perkongsian kisah ni.
Nama aku A, 23 tahun, anak bongsu daripada 6 adik beradik (2 lelaki,4 perempuan, termasuk aku) sejak zaman sekolah menengah lagi aku ada 4 orang “bff” yang aku kenal dan geng masuk air.. let’s say mereka 4 ni ialah A (aku), B, C dan D.. Aku rasa, semua perempuan pun ada bff kan..sebelum tu, nak bagi pengenalan sedikit tentang bff aku 3 org ni.. C, dia dah berkahwin since umur 18 tahun, she now ada 2 org baby dah.. D, masih berstatus tunangan orang, D bertunang masa dia study lagi…lama gak lah dia tunangan org ni and sooner bakal menjadi isteri orang dah.. A (aku), isteri orang since november 2016 dan B masih berstatus bujang..
Ok, diantara B,C dan D, aku paling rapat sekali ialah B, kitorang rapat pun sbb masing2 selalu share masalah life and termasuklah peribadi sendiri.. sebenarnya, kitorang rapat since sekolah menengah lagi.. and aku dah anggap B mcm darah daging sendiri.. Kitorang bukan setakat share masalah je tau, dress, tudung, hand bags and kasut sekali kitorang share..tapi semua tu sebelum aku menjadi tunang bakal suami..
Sebelum aku kenal dgn suami, aku sebenarnya seorang insan yg frust dek kerana cinta since zaman sekolah, tapi akhir percintaan itu, barulah ku tahu ia hanyalah cinta monyet semata2.. dan disebabkan aku asyik frust jer ngan mamat tu (sengal juga aku ni) aku banyak meluahkan perasaan dengan B..B lah yang dok setia dengar rintihan aku dan dia juga lah yang paling banyak bagi nasihat yg agak tak masuk akal.. hahah! Dia banyak bagi sokongan dari segi mental.. sehinggahlah aku betul2 move on..
Tak lama lepas move on, jeng jeng jeng, aku jumpa suami aku yg sekarang ni.. perkenalan aku dan suami agak singkat dan simple sangat lah.. then, decide nak kahwin.. 2 2 pun suka sama suka..so nak tunggu apa lagi?.. tapi yang aku pelik dan hairan bin ajaib, aku sebenarnya masih buntu.. sebab, sejak aku mula kenal dgn suami hubungan baik aku dengan B agak renggang sedikit sebanyak yang boleh..member yang lain semua takde masalah.. dan yang membuat aku sedikit musykil, bila aku nak share tentang my part of love story (sebelum tunang) B asyik mengelak je.. aku agak kecewa gak lah, cz dia takde masa moment penting aku sebelum tunang.. dia elak jumpa aku sehabis yang boleh.. tapi dengan member yang lain dia boleh pulak huha huha..
Boleh kata, sejak perkenalan aku dengan suami, dia tak banyak amek port tentang aku dah.. kitorang dah tak mcm dulu lagi dah.. blh kata, I lost her since then.. lepastu, ada gaklah aku meluahkan rasa kesal dengan member yang lain..then diorang pun dok perati jer perangai B ni bila sebut nama aku jer dia buat tak tahu and ubah topik..(masa aku takde lepak sama) dan sejak dari tu aku pun dah mula jarakkan diri, sebab tak nak serabutkan otak aku sebelum tunang.. tapi, ada sekali tu aku lost gilerrr, aku nangis terkenangkan B.. sedih lah, sebab orang yg rapat dengan kau boleh end up mcm tu je.. aku ingat, putus cinta lagi sakit..rupanya, hilang member pun sakit weiii! So, lepas dari tu.. aku pun dah okay, dan teruskan pertunangan….
Selepas pertunangan aku, kitorang semua back to normal.. group whatsapp kembali ceria, tak macam sebelum ni.. sepi memanjang!!!! B pun dah mula buka story, itu pun lepas beberapa kali aku dok riuhkn group!! So, aku dan B dah mula ok.. tapi, masih terasa benteng di antara kami 2.. tapi, we still can go lah.. then, lepas beberapa bulan bergelar tunangan orang, aku akhirnya sah bergelar isteri…syukur sangat urusan aku dan suami masa tu dipermudahkan Allah swt..
Tapi, apa yang aku nampak dengan B, dia dah banyak berubah..B dah tak mcm zaman sekolah masa aku mula2 kenal dia.. Sejak dari pertunangan aku, sebenarnya, dia banyak masalah.. mungkin sebab tu juga dia tak berapa nak bercakap dgn aku.. Aku dapat tahu pun, slepas dia sendiri buat confession dgn aku..jadi aku tau lah.. masa mula2 aku dengar masalah dia, aku terkejut jugak.tapi lama2 , aku dah boleh hadam satu persatu.. rupa rupanya, selama tempoh dia tak tegur aku tu, dia ada kenal dengan sorang mamat ni, katanya mamat tu serious nak berhubungan dengan B.. sampai tahap nak tunang and kahwin.. tapi, tiba2 pulak mamat tu tak nak dengan dia.. dan begitulah cerita B yang seterusnya, ramai yang nak kenal dengan B & semua pun bermula dengan permulaan yg baik namun dipenghujung ceritanya putus di tengah high way, oleh dek kerana kepelbagaian permasalahan yang tak dapat nak dielakkan…..
So dari cerita B, aku dah mula rasa tak syok. Aku rasa cerita dia tu tak masuk akal dan kemahuan dia tu pun tak masuk akal..mana tidaknya, setiap mamat yg dia kenal, semua pun ready utk commitmnt tapi, ada je yang menghalang dari meneruskan perhubungan mereka..(contoh : suami orang,tunang orang,yang dah berpunya and banyak lagi) ini adalah antara lelaki yang dia kata ready nak kahwin dengan dia.. & aku pun rasa nak terjun bangunan… ko rasa?? Dan sehinggah kini permasalahan B masih beterusan tanpa henti..tak tau nak cakap macam mana lagi sebab dia memang tak peduli and tak kesah dengan nasihat2 kitorang lagi..
Aku sebagai kawan dia, aku rasa kesian dengan life yang dia pilih.. kitorang dah penat bagi nasihat dan bermacam kata2 semangat.. tapi dia sendiri tak nak terima hakikat..malah, dia dah mula perbodohkan kami sebagai kawan.Dia tak bercakap jujur dan berselindung dari kesilapan yg dia lakukan… dia menafikan segala hakikat yang kitorang dah cakap dengan dia, dia kata mamat ni..mamat tu serious dengan dia.. tapi, it’s all her idea!!!? Dan oleh kerana sikap keterlaluan B, aku dah mula rasa meluat.. Aku dah hilang pertimbangan dan aku rasa lebih elok aku tak masuk campur urusan B with all her fairy tale story..
So, aku rasa kepada yang mungkin mengalami situasi sama seperti B, mohon perbanyakkan sabar dan teruskanlah berdoa, supaya Allah pertemukkan kamu dengan orang yang baik2.. perkahwinan bukan lah sesuatu perkara yang mudah dan boleh dipilih2 macam tu jer bila masa ko rasa dah ready, tapi hakikat sebenarnya, Allah lebih mengetahui hati hambanya dan kemampuan hambanya.. dan tolong lah kepada gadis2 diluar sana, jangan sesekali jadikan “perkahwinan” itu satu life goals kamu! Ada banyak lagi life goals yg korang boleh target.. perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang perlu kamu kejar ataupun satu perlumbaan. tanpa ilmu yang cukup, seolah2 kamu menempah bala untuk kehidupan yang seterusnya… alangkah lebih baik jika kamu mensyukuri dengan nikmat Allah beri kepada kamu? Tak perlu resah dan tergugat kalau dah ramai dari kalangan kamu bertemu jodoh masing2.. Ertinya, Allah masih beri peluang untuk kamu mengenali diri dan memahami kelemahan diri sendiri… istikharah lah dan teruskan perbaiki diri tanpa henti! Dan, ingatlah, sebelum ko nak sayang orang tu, belajar lah untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu….barulah ko boleh beza antara sayang atau tak sesama manusia ni..
Semoga perkongsian ini bermanfaat untk korg semua..
Sekian dari,
Puan A.
– Puan A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit