Assalamualaikum. Ini kisah hidup aku yg dibenci tanpa sebab dari kecil. Moga ada iktibar yg boleh kalian ambil. Apapun aku tetap bersyukur dengan setiap yg berlaku kerana setiap ujian pasti datang dengan hikmah yg
Tak disangka2.
Aku ank sulung dari 5 beradik. Dibesarkan oleh ibu sendirian sejak kecil kerana ayah telah menceraikan ibu dan berkahwin lain. Nafkah mmg takde. Ayah terus hilang tanpa jejak bersama isteri barunya…dan itu berlaku ketika aku berumur 8tahun. Blh bayangkan bukan jika yg sulung pun baru umur 8tahun maka yg lain2 itu berapa usianya? So mak la yg ambik sepenuh tanggungjawab besarkan kami 5 beradik. Walau mak buta huruf kerana tak pernah berpeluang ke sekolah dari kecil, tapi Allah kurniakan mak bakat dan kelebihan lain. Mak sgt pandai berniaga. Apepun yg mak jual pasti laku. Dengan hasil berniagalah mak besarkan aku dan adik2.
Namun disebalik kejayaan…pasti ada yg dengki dan iri hati. Itulah yg berlaku pada mak. Mak dibenci oleh keluarganya sendiri iaitu adik beradiknya yg merangkap pakcik makcik aku. Dari kecik aku lihat tak pernah keluar kata2 yg baik dari mulut mereka tentang mak. Kebencian mereka pada mak sangat luar biasa. Seolah2 mak ada buat salah besar pada mereka semua. Dan kebencian itu semestinyalah turun pada aku dan adik2. Mereka sgt benci pada kami terutamanya aku. Setiap kali berjumpa pasti kata2 ini yg keluar dari mulut mereka
“engkau ni bodoh mcm mak bapak kau”
“kau ni esok kalo kahwin dapat laki dayus dan bodo macam bapak kau”
Blh dikatakan inilah ‘sumpahan’ mereka padaku tiap kali bersua muka. Bygkn dari umur 9 tahun sampai sekarang mereka masih berperangai begitu. Aku dah ada 2 anak tapi benci mereka tak kurang sikitpun padaku. Seolah2nya aku telah melakukan dosa besar pada mereka sebelum ini. Bukan aku tak pernah tanya pada mak…tapi mak asik suruh sabar…aku mmg sabar sampai satu tahap di zaman remaja self esteem aku sangat rendah gara2 dimomokan dgn kata3 mereka yg aku memang bodoh. Tapi sesungguhnya Allah Maha Adil. Dalam keluarga mak aku. Ank2 mak aku la yg Allah beri kelebihan. Kami semua cemerlang dalam pelajaran dan hidup. Adik2 aku semua hidup senang dan punya pegangan agama yg kukuh. Kami semua bersekolah agama. Mak ajar kami tentang adab dan menyantuni org yg lebih dewasa terutama orang2 tua. Bukanlah mendabik dada…tapi sikap kami adik beradik menjadi buah mulut saudara mara dan kawan2 mak ke mana saja kami pergi. Ramai yg membanding2kan kami dgn anak2 sedara mak yg lain(anak pakcik makcik aku)…kami tak mengharapkan pujian sesiapa kerana mmg itulah diri kami dan begitulah cara kami dididik.
Pakcik makcik aku pulak…anak2 tak abis belajar…duit dah abis puluhan ribu hantar ke kolej swasta tapi anak lari. Yg tak abis sekolah pon ada. Kalo ade yg menjadi pon sorang atau dua…itupun mereka mewarisi sikap ibubapa mereka yg suka memandang rendah pada org lain dan menyebar kebencian. Sayang sekali sbb pendidikan tinggi tetap tidak dapat membawa mereka keluar dari ‘kepompong’ itu. Daripada benci dan marah…lama kelamaan aku belajar memaafkan mereka semua walau mereka tak pernah pun minta maaf. Hubungan tentulah masih dingin sebab tak kiralah sebaik apa pun bahasaku pada mereka…mereka akan balas dengan sindir perli dan makian.
Anak2 pakcik dan makcik memang belum berkahwin. Sebahagian sudah agak berumur. Salah seorang anak makcikku bercinta dengan seorang lelaki 50-an yang duda..sepupuku itu baru berusia hujung 20-an. Makcik sangat marah tapi tak boleh buat apa2..namun beliau tetap tak izinkan mereka bernikah. Apa yg membuatkan makcik tambah dengki dengan mak sebab hujung tahun ni anak mak akan berkahwin…dah 3 orang anak mak yg kahwin…alhamdulillah…besan2 mak semua baik2 belaka…besan sayangkan mak macam adik beradik…sedangkan adik beradik sendiri sangat bencikan mak. Walau mereka kaya raya dan punya harta dan wang…hati mereka tak tenang dan bahagia. Itulah pakcik makcikku.
Raya baru2 ini. Salah seorang makcikku datang beraya di rumah mak. Kebetulan aku juga di situ. Maka seperti biasalah aku layan dgn baik. Aku tanya jika makcik nk apa2 lagi selain yg terhidang. Tapi tiada respon. Hanya jelingan dan ‘muka cari gaduh’ yg dia berikan pada aku. Aku hanya senyum. Tak apelah kataku dalam hati…bukan tak biasa kena. Sabarla ira….dia datang beraya. Tiba2 tak semena2 bertalu makcik serang aku…mula2 macam biasalah perli dan sindir…aku sabar lagi…tiba2 dilabelnya aku dgn perkataan yg bukan2 dgn suara yg nyaring…dia panggil aku anak tak guna…aku tak sehebat anak2 dia dan banyak lagi. Masha Allah aku masa tu mmg dah tak boleh tahan. Aku balas semua katanya2 tapi masih sangat berlapik dgn keadaan aku yg marah itu…sebenarnya aku rasa nak meraung kat situ tapi aku kuatkan hati agar tak jatuh air mata. Mak yg ada kat situ sangat marahkan aku dan suruh aku diam. Aku sangat sakit hati dan terluka. Apalah salahku sampai macam ni sekali makcik buat kat aku? Aku x pernah menjawab pun makian mereka selama aku hidup…but not this time. Lepas tu aku beralah dan masuk ke bilik. 2 jam aku menangis sampai bengkak mata. Rayaku dah tak sama seperti selalu. Aku call suami minta datang amik aku di rumah mak…suami masa tu ada di luar beraya dengan anak2.
Gara2 hal itu. Hampir seminggu aku tak bercakap atau call mak. Sampailah suatu hari mak call aku kate rindukan cucunya…sebenarnya aku tahu mak mmg rindukan aku. Aku minta maaf pada mak. Aku menangis sepuas hati….aku katakan pada mak yg aku tak mampu tahan perasaan lagi. Aku cerita pada mak setiap kata2 mereka padaku sedari aku kecil lagi. Aku bgtau mak yg makcik pernah maki aku masa aku bersanding atas pelamin di hari bahagiaku. Maki aku di depan suamiku dan mertua sbb tu jgn pelik jika suamiku tidak mesra dengan mereka. Sebab dia dah nampak perangai tak elok adik beradik mak. Aku katakan pada mak kalaulah memutus silaturrahim itu tidak berdosa sudah pastilah telah lama aku lakukan. Aku tanya pada mak apalah yg mereka bencikan sangat pada aku ni. Aku bukan sekaya mereka. Tidak pernah pula aku ganggu gugat kehidupan mereka…mengapa mereka suka menzalimi aku dengan kata2 mereka? Mereka solat dan meng- ESA-kan Allah tapi mengapa lidah mereka begitu tajam menikam kalbu? Adakah mereka jadi begitu sbb aku tak pernah lawan kata2 mereka?
Selepas dari peristiwa itu aku bertekad…jika aku pulang ke rumah mak dan terserempak dgn mereka. Aku akan start kereta dan keluar ke mana2 kerana itu lebih baik. Suami tetap berpesan apa sekalipun jgn sampai aku memutus silaturrahim…mengadu lagi pada Allah seperti selalu agar dibukakan pintu hati mereka. Sebenarnya aku dah tak mampu nak doakan apa2 untuk mereka. Yg ingin aku minta hanyalah untuk diriku, anak2, suami dan semua yg aku sayangi agar dihindarkan dan di jauhkan dari berjumpa dengan orang yg berperangai begini. Mudah2an tiada yg spt mereka dalam keturunanku…minta simpang sgtlah.
Apa sekalipun…aku bersyukur kerana di sebalik apa yang berlaku…Allah kurniakan aku bermacam2 kebahagiaan dan nikmat. Itu sudah cukup untuk merawat luka di hatiku. Akhirkata dariku…jika makcik atau keturunannya ada terbaca luahan ini…sampaikanlah salam kemaafan dariku. Jika mengherdik dan berburuk sangak itu boleh membuat makcik dan keturunan makcik bahagia maka teruskanlah. Insya Allah ia tidak akan memberi kesan ke atas aku dan keluargaku..kerana…Aku punya Allah yg lebih BESAR dari semua yg kalian lakukan terhadapku dan kuargaku selama ini. Moga kalian sempat bertaubat.
– Nadira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit