Pendidik Merajuk

Assalammualaikum.. Terima kasih kerna sudi siarkan confession saya.Saya sekarang seorang suri rumahtangga yang bahagia bersama anak dan suami tercinta.Cuma adalah 2-3 kali dalam seminggu saya mengajar di pusat tuisyen untuk menghilangkan rasa bosan di rumah dan dapat duit belanja sedikit.Walaupun takdalah mewah sangat,tapi saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

Dulu saya ialah seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang agak terkenal,tapi saya hanyalah pensyarah kontrak lantaran saya tidak mempunyai phd kerna syarat untuk mendapat jawatan yang sah adalah,pensyarah baru tu kena mendapatkan segulung phd dulu,barulah dipertimbangkan jawatan sah sbg pensyarah.Saya faham kerna memang itu standard procedure di mana2 universiti sekarang walaupun ipts,especially ipts yg agak terkenal.

Memandangkan perhatian terhadap anak yang masih kecik dan workload yang sentiasa menimbun,so rancangan melanjutkan phd tu selalu tertangguh.Dahlah perbelanjaan nak sambung belajar pun kena tanggung sendiri.Tapi itu bukan cerita utama yang saya nak luahkan.Tapi lebih kepada merajuknya hati ni terhadap sikap para pelajar sekarang yang hanya nak mementingkan diri sendiri dan org2 yang ada dalam bidang pendidikan ni(tapi tak semua).tapi semua nama2 yang saya gunakan bukanlah nama2 sebenar untuk melindungi privasi masing2.

Semuanya bermula apabila saya dilantik menjadi penyelaras atau lebih tepat lagi sebagai coordinator walaupun saya baru sahaja masuk kerja.Saya dan kawan saya pun agak terkejut sebab kami baru je masuk kerja 2 bulan tapi terus dilantik menjadi penyelaras dalam bidang masing2.Biarlah saya namakan dia sebagai nurul je.Saya dan nurul sama2 kena temuduga dan sama2 dapat jawatn pensyarah cume bidang kami mengajar lain.Dia penyelaras bidang pengetahuan am,saya pulak penyelaras bidang bahasa.

Apabila kami menjadi penyelaras,kami kena pantau subjek2,pensyarah2 part time dan hal2 yang berkaitan dengan akademik,cuma bezanya subjek2 bidang masing2.Macam jugak dengan pensyarah part time,saya pantau pensyarah part time bidang bahasa,manakala dia pulak pantau pensyarah bidang pengetahuan am.Kami sangat rapat,malah selalu jugak share masalah bersama memandangkan kami sama2 baru di universiti ni.

Tidak lama lepas kami masuk kerja,masuk pulak seorg pensyarah bahasa yang baru dapat phd.biarlah saya namakan dia sebagai kak salmah.Tapi,dia takdalah baru sangat di universiti ni sebab dia penah menjadi pensyarah part time,cuma rezeki dia diserap jadi full time lecturer setelah mendapat phd.Dia pernah mengajar secara tetap di salah sebuah universiti awam di utara semenanjung. Jadi kami pelik,kenapa dia nak quit dari ipta dan masuk ipts. jarang berlaku,kecuali kalu lecturer tu dh tua dan pencen then dapat better offer dari ipts.tapi kak salmah ni takdalah tua sgt,adalah dalam 40an mcm tu.Tp kak salmah bagi alasan dia masuk ipts ni sebab nak dekat dengan famili dia yang dekat KL ni.Bila dia ckp mcm tu,ok fine,kami pun tak fikir banyak banyak.

Sepanjang saya jadi penyelaras,saya rasa pelik.Kenapa part time lecturer bahasa sangat tak suka saya walaupun masa tu kami tak penah berjumpa. Honestly,sepanjang bertahun2 saya mengajar di kolej2 swasta,first time saya jumpa part time lecturer yang berani kurang ajar dengan full time lecturer serta pihak pengurusan.Rupa2nya part time lecturer tu adalah kawan2 baik kak aina,bekas penyelaras bahasa sebelum saya.Dan kak salmah pun kenal baik dengan semua part time lecturer bahasa memandangkan dia penah jadi part time lecturer bahasa bersama diaorang.

Sepanjang saya menjadi penyelaras,saya diserang dari pelbagai sudut oleh part time lecturer walaupun saya tak berapa kenal mereka malah sesetengah dari mereka,saya langsung tak penah jumpa pun.Tekanan semakin meningkat dengan workload yang semakin banyak,belum lagi termasuk kerja editting research para pensyarah full time atau ape2 kerja translating yang department2 lain campak kat saya.yalah,bila pensyarah bahasa,ape2 editting atau translation,mesti campak kat kami,lebih2 lagi bila kami tiada major course contohnya program pengajian bahasa macam lecturer major course lain di universiti tu.seolah2 kami takda kerja lain,tapi teaching load tetap sama mcm pensyarah yang ade major course.ikut2 kami lagi banyak kerja sebab selain sama teaching load dengan lecturer major course yang lain,kerja tambahan seperti editting dan translation pun dibebankan kat kami.Kadang2,sampai menganggu konsentrasi kami terhadap tugas utama,iaitu mengajar,menanda soalan exam dan menanda assignment.Sampai saya pernah terlepas key in markah seorang student kerna saya terlampau penat editting research full time lecturer di sini.Mesti para pembaca tertanya,kenapa saya nak abaikan tugas hakiki saya hanya untuk editing.Macam mana saya nak tolak kerja editting kalu itu adalah arahan dari dean dan presiden universiti tu sendiri??? kerna mereka percaya, buku research tu akan menaikkan nama universiti tu.Dan yang menjadi mangsa di sini,adalah saya.Saya bukan robot.Saya pun akan rasa penat.

Bila dengan kerja mengajar,menanda assignment students,editting bagai,ditambah dengan kerja menyelaras.Semua rasa macam terkejar2.Dengan sikap part time lecturer yang bongkak dan kurang ajar,tapi mereka tetap diambil bekerja sebab mereka menggunakan pengaruh kak aina.Dan kak aina ni pulak,perangai dia suka mengamuk.Kalu apa yang dia nak,dia tak dapat.bersiap sedialah dengan makian dia.Umur dah nak berpencen,tapi perangai mengamuk meroyan tetap tak hilang.Sikap dia jenis,ask later,mengamuk first.

Dengan part time lecturer bahasa yang suka menyerang saya tanpa saya tau kenapa,dgn tugas sebagai penyelaras yang semakin memeningkan saya.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi penyelaras.Tak lama lepas tu,kawan saya, yana dari kolej tempat lama saya dapat rezeki jadi pensyarah di universiti saya jugak,juga sebagai pensyarah bahasa. Selepas saya berhenti menjadi penyelaras,saya ingatkan kak salmah yang akan gantikan saya sebagai penyelaras bahasa memandangkan dia pun dah lama mengajar di sini,sejak dia menjadi part time lecturer lagi.Tapi saya terkejut bila yana yang baru masuk tu dilantik menjadi penyelaras bahasa untuk menggantikan saya. Saya sebenarnya ok je sape2 yang gantikan saya pun,sebab pada saya,mesti ada sebab kenapa hod(head of department) kami,en harun dan deputy dean,dr latiff pilih yana.

Masa pun berlalu.Tapi saya perasan,kak salmah selalu mengadu kat saya pasal yana.Dia tak bagus macam ni lah macam tulah.Cara kak salmah bercerita mampu membuatkan kita sangat benci pada org tu.Mula2,saya terpengaruh sekejap.Tapi lepas tu,saya muhasabah diri balik.kak salmah seolah-olah tidak puas hati kerna gagal mempengaruhi saya untuk perpihak pada dia.Lagipun,saya tak sanggup nak mengkianati yana sebab dia tengah sarat mengandung dan saya kenal dia sejak dari kolej lama lagi,tempat kami sama2 mengajar dulu.

Nak dijadikan cerita,pada satu hari,yana pening kepala morning sickness.So,dia berehat di tempat yang agak tertutup tapi tempat tu berhampiran dengan tempat duduk kak salmah. Tapi kak salmah tak perasan yana ada di situ.Pada masa tu lah,kak salmah telefon kak aina dan bercerita buruk tentang yana.Dan lebih mengejutkan,kebanyakan cerita dia sangat banyak tokok tambah.Dan kak salmah juga mengutuk en harun dengan memberi panggilan yang buruk.nasib yana ni panjang akal dan merekod perbualan diaorg dengan handphone dia.Bila yana mainkan balik recording tu,saya terkedu kerna tak menyangka kak salmah adelah org yg mcm tu,sanggup mengapi2kan org utk bergado sesama sendiri.

Tak lama lepas tu,hod kami en harun kena serang bertubi2 oleh kak aina sampi kak aina bawak perkara tu ke pihak atas terus.bila disiasat,rupa2nya kak salmah yang menghasut kak aina untuk menggunakan kedudukan dia sebagai senior lecturer utk menyerang encik harun.malah,kak salmah yang rupa2nya menghasut part time lecturer dengan cerita2 yang tidak betul untuk membenci saya semasa saya masih menjadi penyelaras bahasa dan sekarang dia nak buat perkara yang sama kat yana,sebab sekarang yana adalah penyelaras bahasa.dan rupa2nya,dia buat semua tu kerna inginkan jawatan sebagai penyelaras atau hod.mengucap panjang kami semua bila tau perkara sebenarnya.tapi yang sedihnya,kak aina telah berpihak kepada orang yang salah dengan tak mendengar penjelasan dari kedua2 belah pihak.malah,kak aina telah mempengaruhi pihak atasan untuk memilihnya sebagai hod selepas en harun tamat tempoh sebagai hod.walaupun org lain telah dilantik bagi menggantikan tempat en harun,tp kak aina berjaya menyingkirkan org tu dan menjadi hod baru selepas banyak usaha dilakukan.betapa manusia dahagakan kuasa walaupun kuasa tu tak sebesar mana.

keadaan semakin tegang bila kak salmah berjaya menghasut pelajar untuk menentang kami.kebetulan result subjek dah keluar.saya takdalah kejam sangat dalam menanda assignment students,tp sy lebih tengok pada kualiti kerja.malah,semasa saya menanda assignment mereka,saya akan letak tugasan dari 4-5 students atas meja untuk membuat perbandingan isi untuk memudahkan saya memberi markah.kebanyakan student dapat gred yg ok,cume sorg je dpt c iaitu sarip kerna ade assignment dia yang tidak lengkap dan isi atau content assignment dia kurang berbanding dengan student lai. dalam kelas dia.

Tanpa bertanya atau merujuk kepada saya dulu,sarip terus pergi ke bahagian akdemik untuk memohon tugasan2 dia ditanda semula.Bila memohon untuk tugasan ditanda semula tu bermaksud,lecturer lain yang akan menandanya.Saya rasa sangat kecik hati dan tersinggung dengan tindakan student saya.Tapi saya tidak akan sesekali mesej atau call dia untuk tanya dia kenapa dia sanggup buat macam tu tanpa bertanya dengan saya dulu kerna saya ada maruah dan takkan sekali pun tunduk pada dia.dan saya mendapat tau yang kak aina yang mempengaruhi sarip untuk terus berurusan dengan pihak akademik tanpa sarip merujuk kepada saya sebagai pensyarahnya.Student skrg bukan macam sekarang,kalu dulu kita dapat c atau d,kita akan tanya diri kita sendiri,kt mana silap aku,kt mana kurang aku supaya kita akan memperbaiki diri kita supaya lebih maju dalam sesuatu subjek,perkara atau bidang.tp budak skrg,ape2 tak puas hati,terus berhubung dgn pihak pengurusan direct tanpa bersemuka dulu dengan pensyarah dan bertanya secara direct kelemahan yang perlu diperbaiki.

Sebab dah terlampau penat dengan kontroversi yang tak penah abis dan kontrak saya sebagai pensyarah di situ pun dah nak habis,saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu apa2 pasal apa2.setiap manusia ade kesabaran yang ada limitnya,begitu jugak dengan saya.kerna terlampu kecewa dengan semua perkara yang berlaku,saya tidak memberitahu sesetengah student saya yg saya akan tinggalkan mereka kerna saya takda kekuatan untuk memberitahu diaorg dan saya takut saya akan menangis depan diaorg.tapi nurul telah berjaya memberi kenangan yang indah kat saya dengan membuat suprise majlis perpisahan saya secara kecilan dengan student2 saya yang masih baik dengan saya.terima kasih,korg.sayang sgt kt korg sampai bila2!!

sekarang,saya dah menjadi suri rumahtangga dan guru tuisyen part time hanya untuk mengisi masa lapang.saya dapat tau yang sarip dapat gred A.congrats,sarip!! kalu awk boleh dapat A,lagi ramai kawan dalam kelas awak boleh dapat A sebab mereka lebih layak dapat A berbanding awak kalu dikira dari segi kualiti tugasan mereka.madam doakan semoga awak dapat merasa kepayahan dan kesengsaraan madam bila awak bekerja nanti supaya awak tahu menghormati orang.

Dan,dengar kata pulak kak salmah dimasukkan ke hospital sebab diserang panic attack kerna tertekan dengan kerja sebagai hod walaupun baru 3 bulan memegang jawatan ni.baru dia tau kesengsaraan kerja ada jawatan ni,dulu tau complain je.keadaan kerja di situ pun semakin teruk kerna kenaikan gaji pun cuma 1% je tahun ni.malah kemasukkan pelajar pun menurun kerna kepayahan mendapat biasiswa.sekarang yana pun mereka nak singkirkan sebagai penyelaras dan bagi kat kak salmah sebab penat nak dengar kak salmah asyik complain pasal yana.so diaorg decide,senang2,biarlah kak salmah yang menjadi penyelaras.yana dan nurul pun merancang untuk mencari rezeki di tempat lain.

saya pulak dengan kehidupan saya sendiri yang lebih tenang dan relax.tujuan saya menulis ni cuma untuk meluahkan kekecewaan terhadap politik keje yang melampau.saya faham mana2 pun ade politik kerja,tapi takdalah sampi megerah tenaga org lain untuk kepentingan ranking universiti sampai menjejaskan tugas hakiki pekerja tu dan budaya menfitnah org lain utk mendapatkan jawatan.saya juga kecewa dengan sikap student yg takda rasa hormat pada guru atau pensyarah.mereka lebih rela menyalahkan guru daripada memperbaiki kelemahan sendiri untuk lebih maju.saya pun tak tau macam mana mereka nak survive di dunia pekerjaan yang sangat mencabar kalu masa belajar pun dah tunjukkan perangai macam ni.saya tak kisah apa yg korg nak komen.yg penting,saya dah rasa lega sebab dah luahkan kesedihan saya di page ni. Sekian dari saya,pendidik yang membawa diri.

-Tasya

– Tasya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit