Assalamualaikum admin.. terima kasih sekiranya luahan ini diterima. Aku nak pesan kepada semua kaum hawa diluar sana. Biasalah sebagai seorang perempuan tak lari dari perasaan ; ‘menunjuk-nunjuk, bangga diri, riak. Ini kalau ada harta sikit nak menunjuk pada semua orang. Kalau kahwin, nak menunjuk kebahagiaan suami isteri, upload gambar kepala sawit banyak2 kat fb, twitter, ig. Tak kira lah kat mana-mana pun. Kalau mengandung, nak menunjuk test urine tu. Ingat dalam friendlist kita tu semua baik-baik ke? Mesti ada seorang yang dengki dengan kita. Dah kalau dengki apatah lagi suka kan?
Aku ada satu cerita yang mana ada seorang hamba Allah ni dia baru je kahwin beberapa bulan yang lalu dan sekarang dia telah pun mengandung. Diawal kehamilan dia tu, dia buat suprise dekat suami nak bagitahu berita gembira tu. Lepas tu dia pun share dekat fb. Beberapa bulan kemudian dia ada bagitahu yang dia mimpi keguguran. Katanya ada seorang nenek datang dalam mimpi dan ambil anak dalam kandungan. Tapi bila sedar masih lagi ada kandungan tu tak hilang pun. Ini antara satu asbab mengapa jadi begini. Sebab beria-ria sangatlah kongsi segalanya dekat fb. Bukan gambar masa scan bayi je, gambar bayi 2 bulan pun kau nak post. Walaupun dalam fb. Ni zaman moden lah zaman semua orang bijak IT. Sekecil-kecil semut pun orang boleh buat jahat. Inikan pula kita yang berasa tiada ‘musuh’. Sebab itulah kawan, kita perlu berjaga-jaga dan berhati-hati kalau nak post barang peribadi kat laman sosial. Tak semua benda perlu ditunjuk, ditayang. Terima lah padahnya.
Kau semua takkan tak pernah dengar kot cerita pasal orang kena sihir. Orang hantar sihir. Kena santau dan sebagainya? Tak takut ke kalau benda tu terjadi pada diri kau? Purata yang aku lihat pada zaman kini yang banyak upload gambar ; golongan Niqabis. Mereka ini banyak memuat naik gambar bayi baru lahir, gambar bayi di-scan, gambar baby bump dan selalu update nak beritahu satu dunia yang dia buat seks dengan suami. Kau tahu tak dengan adanya hashtag #38weeks #pregnant #makbbuyong tu macam membuka aib kau sendiri. Malu lah sikit. Kadang aku tengok kawan2 yang tulis macam tu aku menyampah. Bukan lah aku cemburu dengan mereka. Tapi aku rasa malu dengan mereka dah lah bertutup macam tu. Macam tak ada maruah.
Ada yang sebelum ni bujang. Lepas kahwin je terus spamming gambar tepek muka dengan suami. Gambar pi honeymoon Bangkok, Korea, Bali, masuk hotel trivago pun tepek muka dengan suami berpeluk atas katil. Ini bukan rekaan, ini reality. Apa nak jadi aku tak tahu la. Dah semakin menjadi2 depa ni . Kalau nak kata ikut sunnah, nak jaga dan pakai semula pakaian isteri nabi ni supaya orang tak ketinggalan pakaian ni, depa salah. Tak payah pakai kalau cara hang teruk. Hancur! Musnah!
Lagi satu, upload gambar berkepit dengan suami. Manja2. Tak perlu ditunjuk pun. Kadang banyak juga lakonan..orang lain tak penting diberitahu dan tak perlu show off. Mana2 niqabis yang baru kahwin ni akan update fb,ig “loya ah” “tak sihat la” so orang akan ingat kau ni “dah berisi ke?” tapi sebenarnya benda yang tak pasti lagi. Biasa yang pengantin baru lagi fresh gini ler perangainya. Sikit2 update check in kat hospital tu, klinik ni tapi bila orang komen tanya sakit apa, senyap! Gambar suami isteri atau siapa2 je lah atau gambar selfie kau sendiri pun takde masalah nak post, tapi masalah dia kalau hari2. Bimbang terkena penyakit ain. Dengki2 orang kita tak tahu. Dan lagi satu tak payah lah update status yang boleh menimbulkan kontroversi. Contoh macam “terasa nak makan tu la” “terasa nak makan ni la” atau apa2 yang buat orang boleh fikir benda lain. Kalau belum mengandung tu, tak payah mengada2 nak bagi hint yang membuatkan orang tertanya-tanya. Tak baik tau.
Kenapa aku kata niqabis? Kau sendiri pun paham kan pasal diorang ni memang suka buat masalah. Bertutup tapi nak menunjuk. Kesian dekat depa yang betul2 istiqamah tu. Kekadang cakap pasal niqabis ni tak pernah habis dan takkan habis. Aku malas sebenarnya nak buka pasal niqabis ni tapi tulah aku terbuka juga sebab dah lama kot aku pendam perasaan geram kat depa ni. Kawan2 aku ramai je yang berniqab. Nak tegur sorang2 kan tak pepasal aku kena block pulak yang mana jenis tak boleh terima teguran tu. Lebih baik aku tegur umum terus kat sini. So biar semua terasa.
So kepada perempuan-perempuan termasuk niqabis kat luar tu ni last aku pesan eh. Tolong jaga maruah dan diri korang. Yang payu dara tersembur tu sila lah tutup aurat. Tak payah nak tunggu seru sampai. Karang seru tak sempat sampai kau dah ajal. Tak takut ke mati dalam keadaan tak baik? Yang bertutup likup, berkabung tu kalau niat kerana Allah, kau takkan upload gambar sana sini dengan perasaan takabur. Berubah lah. Cantik2 nak gi mana? Cantik kau tu pada suami je. Karang aku kata kau nak tunjuk dekat mat bangla, kau marah plak. Tutup aurat ni wajib dik, pakai tudung tak wajib. Haa kena faham tu. Tak kisah lah kau tutup aurat dengan tudung saji ke, baldi ke, topi keledar ke JANJI TUTUP. Ingat ye!
Alangkah seronoknya kalau perempuan2 dalam dunia ni, dalam malaysia ni semua tutup aurat. Jadi muslimah solehah.. Amiinnn..
– kumbang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit