Aku & Kanser

Assalamualaikum semua pembaca.

Tulisan ini aku dedikasikan buat para wanita bergelar isteri yang ingin hidup sihat. Lelaki pun boleh amik iktibar.

Akhir2 ini banyak dengar berita orang meninggal disebabkan kanser. Aku turut terkesan. Aku seorang graduan senibina sudah berkerja hampir 3 tahun, mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai arkitek dengan rela hati atas alasan berpindah mengikut suami ke luar bandar. Suamiku seorang yang sangat bertanggungjawab dan komited dengan kerjayanya, namun beliau sangat sibuk. Alhamdulillah aku tetap bersyukur.

Aku tidak ralat dengan keputusanku berhenti kerja yg bergaji agak tinggi. Tinggalkan dunia luar dan berkurung dalam rumah, mengulangi rutin yang sama setiap hari. Aku cuba lakukan kerana taat pada suami dan yakin dengan rezeki Allah. Namun sedikit sebanyak memang banyak yang aku pendamkan kerana tidak lagi bebas seperti dulu, duit dlm tangan tidak sebanyak dulu, waktu bekerja dulu bebas makan di mana2 suka, sekarang perlu memasak setiap hari.

Cabaran kehidupan aku sebagai suri rumah juga ada kalanya down dengan komitmen pinjaman PTPTN, loan kereta semasa aku berkerja, dan lain-lain bill. Aku hilang ego bila aku bergelar suri rumah. Aku tidak lagi boleh mengarah2 pekerja aku sama seperti waktu aku berkerja. Aku perlu lakukan sendiri segala kerja. Aku cuba berhubungan baik dengan jiran-jiran yg berusia emas. Alhamdulillah, kehadiran kami di tempat baru amat diterima baik. Dari situ aku belajar bagaimana untuk bercakap dengan baik, sopan dan berhikmah.

Cabaran kehidupan keluarga kecil kami dengan seorang anak yg berusia belum setahun akan bertambah tidak lama lagi. Banyak persediaan yang perlu kami hadapi tanpa bantuan keluarga, kerana kami jauh beribu batu dari keluarga. Tapi entah dari mana, kami diberi kemudahan menguruskan semua sendiri dengan bantuan dari Allah. Subhanallah. Kami sendiri tidak menyangka kami mampu hadapi.

Namun, disebalik semua cerita ini sebenarnya aku juga banyak menangkis anasir jahat di sekeliling yang cuba masuk menghasut fikiran ku sebagai seorang isteri, suri rumah yang dikatakan bodoh, low class dan diperkotak katikkan dengan gelombang modenisasi dan tekanan ekonomi dunia. Persoalan tentang tidak mahu sambung berkerja itu perkara biasa. Cukup ke makan pakai? Seronok ke jadi suri rumah? Mengandung lagi ni cukup ke gaji suami sorg? Tak takut ke suami kene goda? AllahuAkhbar. Secara jujurnya hati wanita mana yang tidak goyah dengan soalan2 cepu cemas seperti ini. Jauh disudut hati terbit rasa cemburu. Mula terbayang perjalanan kerjaya suami dan tempat kerjanya. Namun entah dari mana datangnya kekuatan untuk menangkis segala hasutan syaitan dengan segera beristighfar.

Tatkala itu segaralah aku mendapatkan kekuatan diri semula dengan memandang realiti, bukan lagi hasutan. Bangun malam, buka ceramah, kuliah dan rancangan rancangan ilmiah Prof Dr Muhaya sering menjadi pilihan hati disamping penceramah wanita lain untuk bersihkan semula hati. Ayat yang paling terkesan adalah “kita tak boleh mengawal apa yang berlaku disekeliling kita, tapi kita mampu mengawal diri kita dari keadaan sekeliling”. Allahuakbar. Bagai dicas semula kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan aku kembali normal. Aku kembali meyakinkini suamiku dan buat yang terbaik hanya untuk mencapai syurga Allah.

Rupanya ada lagi ujian yang datang bertandang, yg terbaru apabila salah seorang ahli keluarga ku yang paling rapat positif kanser tahap 4. Segala keluh kesah dan tempat mengadu aku semua tercurah kepadanya, rupanya stress itu tidak bagus untuk dirinya. Subhanallah. Aku kesal dan rasa bersalah kerana membiarkan beliau menjadi pendengar setia. Setiap kali aku susah hati, beliaulah tempat aku mengadu nasib, mendengar luahan hati ku. Kini, tidak boleh lagi. Kerana stress akan mempercepatkan lagi rebakan sel sel kanser dalam tubuhnya. Ujian ini lebih menguatkan hatiku, sesungguhnya ada orang yang lebih besar ujiannya, lebih hebat dugaannya. Kini aku tak boleh menangis lagi, aku x boleh lemah lagi. Aku kena hadap segala tekanan dengan cara yang sihat bukan kerana aku tiada lagi tempat bercerita. Aku ramai sahaja kawan2 yang boleh dan sudi mendengar dan beri nasihat dengan baik. Tapi kerana aku sebagai saudara terdekatnya jugak tidak mustahil mempunyai sel kanser juga. Oleh itu, aku melatih diri supaya kekal positif dan tidak mudah sensitif dengan keadaan persekitaran yang negatif. Aku tukar paradigma aku menjadikan kata2 negatif sebagai satu usikan nakal yang perlu disambut hanya dengan senyuman atau ketawa. Selain itu, aku lebih mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, lebih sayur-sayuran. Wajib ada sayur atau ulam dalam satu hidangan makanan. Fast food? Frozen? Tetap ada..tapi jarang jarang.

Aku sentiasa berdoa supaya aku kekal istiqomah dengan segala perkara baik, bercakap dengan baik dan sopan, hinggakan jarang langsung perkara yg tidak baik datang menyakat. Ini cara ku, aku pandang semua orang kelilingku (terutama ahli keluarga dan jiran tetangga, dan kawan2) baik, melatih aku menjadi orang yang baik. Walaupun tidak sepanjang masa aku menjadi baik. Namun, jika aku ada salah, terlanjur kata, aku segera minta maaf ataupun aku mengaku kesalahan aku dengan berubah tidak mengulangi lagi kesilapan yg sama. Tidak dinafikan ada yang menasihati, supaya jangan menjadi terlalu naif. Benar. Terima kasih. Aku terima nasihat tersebut dengan baik. Alhamdulillah, sejak itu aku semakin ramai kawan-kawan yang baik dan positif, aku semakin sihat, ceria, kurang sakit kepala.

Yang paling penting suami semakin senang berada bersama keluarga kerana aku tidak lagi membebel atau mengeluh jika beliau sibuk bekerja. Dan yang paling bahagia, aku adik beradik makin sayang menyayangi dan bergilir2 menjenguk orang tua kami, berbincang dan ambil kata sepakat, hubungan aku dengan ipar duai sebelah aku dan sebelah suamiku semakin akrab berbanding tahun tahun sebelum ini, anak saudara perempuan mahupun lelaki semakin mesra dengan ku, bersembang dan bertukar2 idea benda2 ringan mahupun berat. Telus memahami isi hati masing2 dan masing saling berebut untuk berpelukkan denganku dan aku juga. Aku ingin memberikan yang terbaik juga untuk saudara kandungku itu supaya melihat keluarga kami baik2 sahaja supaya beliau tidak lagi stress dan cepat sihat. Ini sahaja yang aku mampu lakukan untuk membantu saudara kandungku itu selain pelukkan dan kata semangat. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Jika kita bukan penghidap kanser, tidak mampu membantu meringankan kesakitannya, tp kita boleh membantu bahagiakan dia, gembirakan dia. Bina kekuatan, bukan membunuh.

Benarlah, jika kita positif, jika kita berubah menjadi baik, maka yang positif dan yang baik2 sahaja yang datang pada kita. Doakan juga kepada saudara kandungku yang sedang mengulangi proses rawatan kimoterapi yg menyakitkan itu, supaya beliau sembuh dan ceria seperti sediakala. Amin.

– Raudhah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit