Kakak Tunggal

Assalamualaikum semua. Cukup aku kenalkan diri aku sebagai kakak sulung. Aku mempunyai 3 orang adik beradik. Bawah aku lelaki dan yang akhir perempuan. Adik lelaki aku berumur 19 tahun dan yang perempuan berumur 17 tahun.

Jarak aku dengan adik aku yang lelaki ni jauh jadi kami ni tak berapa rapat. Manakala yang dua adik aku tu memang rapat lah. Kadang2 rahsia tu dia berdua je. Aku hanya mampu lihat dan hadap je.

Dulu arwah ibu aku ni seorang yang garang. Garang sangat2, kalau aku lipat baju, tak memenuhi citarasa dia ada dia lempar balik kat muka aku. Kasut tak basuh campak dia aja dalam longkang besar depan rumah tapi semua tu aku tak berdendam pun. Aku tahu apa yang dia buat tu ada kebaikan untuk diri aku.

Semua dah sedia maklum kan kalau tanggungjawab anak sulung macam mana. Kisah bermula selepas aku kematian ayah, ayah aku meninggal mengejut. Satu keluarga macam tak boleh terima tapi nak buat macam mana dah ketentuan Allah. Lepas ayah meninggal semua kerja dah di bahu ibu. Tapi tak lama lepas tu ibu pula jatuh sakit. Sering ulang alik ke hospital. Aku respect gila kat ibu aku, dalam pada dia sakit dia boleh drive sendiri ke hospital. Kau bayang kan betapa kuat nya diri dia. Waktu tu aku masih bersekolah jadi tak dapat aku bantu kerja di luar rumah.

Bila dah semua kerja rumah aku amik alih, jadi aku tak boleh bila aku dah kemas rumah bersepah balik. Sakit beb jiwa. Macam tu lah adik2 aku buat kat aku. Dah kemas dia berdua bersepah kan balik jadi naik hantu lah aku. Kata ibu aku dikira kakak yang garang, susah senyum dengan adik2. Jadi adik2 memang tak mesra sangat lah dengan aku.

Tak lama lepas tu, ibu pula meninggalkan kami bertiga. Dapat bayangkan tak keadaan kami bertiga tanpa ayah dan ibu. Aku tahu ada lagi insan yang lebih susah dari aku tapi bukan kesusahan yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita adalah kisah adik2 aku. Benda pertama lepas ibu meninggal, kepala ni ligat pikir macam mana aku nak jaga adik2,, bab kewangan aku tak ada masalah sebab aku dah bekerja. (Lepas spm aku terus kerja)

Dari azali lagi adik lelaki aku ni jenis yang pemalas. Ibu suruh pun tak buat, padahal dah marah2 tetap tak buat. Tak tahu lah batu jenis apa yang ada dalam kepala dia tu. Adik perempuan aku tu pula rajin2 malas. Kadang2 rajin kadang malas tapi tapi tu masa ibu ada. Sejak ibu dah tak ada ni, serius lah aku cakap. Aku penat,, penat dan penat. Bukan nak merungut jaga adik2 tapi bila lama2 perangai pemalas menjadi2 kita jadi tak ikhlas.

Aku pikir macam mana nak cari duit kat luar. Gaji bersih aku cuma 1000 sahaja. (Aku percaya pada Allah, dia akan bantu aku kalau kita sentiasa beriman kepada nya). Ingatkan kalau balik rumah tu aku dapatlah nak rehat2 sikit ke tapi tak. Aku pergi kerja balik kerja petang dalam pukul 2-3 petang. Sampai rumah aku terus ke dapur keluarkan ayam atau ikan nak masak tengahari. Sambil masak sibuk basuh baju. Dah selesai masak keluar balik amik adik yang perempuan balik sekolah.

Kerja rumah belum selesai lagi ni, lantai tak bersapu, baju tak bersidai. Bagai nak mati kita terkejar2 tapi adik aku balik terus amik fone baring atas katil main fone. Serius aku macam dah tak tentu arah. Orang kata rumah tak ada budak kecik tak lah bersepah. Tapi rumah aku kwasan kilang so abuk kilang tu banyak. Dapat bayangkan tak rasa sakit jiwa dan hati kita.

Tu baru sorang belum masuk yang lelaki. Kalau aku tak buang sampah tak ada nya lah dia nak buang. Kalau aku ada kursus terpaksa pergi pagi balik petang dalam jam 5 petang. Jadi aku tak sempat lah kan nak basuh baju tu, aku guna mesin manual je. Seminggu aku kursus seminggu beb baju tak berbasuh. Aku sabarrr. Aku jenis yang tak suka arahkan atau perintah kan orang sebab bila aku arahkan, aku nak dia buat sekarang juga. So aku decide lebih baik aku yang buat.

Aku belanja barang dapur pun aku rela pergi sorang sebab bila aku ajak adik perempuan aku teman macam aku jalan dengan kayu. Muka masam mencuka, bila tanya kenapa. Alasan dia penat, banyak homework dan etc. Habis penat akuu??? Hanya Allah je yang tahu.

Aku bincang2 kawan lelaki aku (orang johor kata mambang) nak kahwin awal. Kalau boleh nak tahun depan, awal tahun sebelum raya. Sebab aku nak kahwin awal aku nak ada orang sentiasa yang boleh berikan aku
semangat. Nak hadap adik2 lagi susah daripada nak hadap anak. Serius aku cakap, aku nak jaga hati adik2 aku bagai aku berjalan atas titi membawa kaca,,jaga kaca jangan sampai jatuh. Perit beb…

Masa aku informkan pada dia orang yang aku nak kahwin, respond dia. Kau kan muda lagi, aku beritahu ibu kau dah gatal, asal kau miang sangat kahwin awal. Aku nak je jawab kau berdua tak pernah nak jaga hati aku tapi aku diam kan aje.. Kata orang tunggu mereka dah besar mereka akan paham. Tapi bagi aku selagi mereka ada kakak selagi tu mereka tak akan paham.

Jadi sekarang aku kena teruskan hidup bersama dengan dua adik yang pemalas dan yang mementingkan diri sendiri. Doakan lah agar mereka berubah.

-kakak sulung tunggal-

– Kakak sulung tunggal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit