Wanita Jelmaan Azazil

Aku sedang memerhati seorang wanita muda berdarah kacukkan, Sharifah (bukan nama sebenar) datang ke rumah keluarga seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan. Mereka datang bersama dari KL untuk menemui ibu si lelaki, Busu (bukan nama sebenar). Datang mereka pada awalnya kelihatan biasa, rupa rupanya mereka ingin menemui ibu Busu untuk perkenalkan Sharifah kepada keluarga dan secara halusnya Sharifah memujuk ibu busu supaya menerima beliau sebagai menantu. Dia ingin mengahwini Busu. Ibu Busu yg berusia lingkungan lewat 50an sekadar senyum dan melayan baik Sharifah atas dasar kemanusiaan. Manakala Busu pun bertanyakan pendapat ibunya secara berseloroh. Ibunya hanya bersetuju sekiranya itu yang anaknya mahukan dan itu boleh membahagiakan hati anaknya.

Namun dalam hatinya, dia tiada bajet untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Resah juga dlm fikirannya mengenangkan keadaan kehidupan anaknya yg belum cukup mantap. Adakah duit simpanan anaknya mencukupi sehingga selepas kahwin? Hati orang tua itu gusar. Setelah dia melihat zahir Sharifah, datang dari bandar. Berkelulusan ijazah. Ada pekerjaan. Sedangkan anaknya tidak bekerja tetap, tiada harta, rumah pun bukan hak milik mereka.

Setelah pertemuan itu, Sharifah banyak berhubungan dengan ibu Busu bertanyakan perihal majlis perkahwinan dan sebagainya menerusi whatsApps dan panggilan telefon. Dia merasakan dirinya sudah diterima baik oleh keluarga Busu dan beliau sedang menguruskan majlis pernikahannya kurang dari 6bulan. Tiada majlis merisik, bertunang. Mudahkan perjalanan urusan membina masjid. Majlis pernikahan dilangsungkan disebelah Sharifah dan majlis sambut menantu di belah pihak lelaki. Tiada resepsi disebelah pihak perempuan. Oleh kerana tempoh majlis sangat dekat, Sharifah berjanji untuk membiayai sejumlah wang yg agak banyak untuk majlis sebelah lelaki. Asalkan majlis pernikahan berjalan lancar. Bersaksikan beberapa saudara pihak lelaki.

Busu tidak banyak bercakap tentang majlis, hanya banyak mengikut aturan Sharifah. Majlis pernikahan juga diatur hampir sempurna oleh Sharifah dan Busu. Kini giliran pihak lelaki membuat persiapan menyambut menantu. Namun duit yang dijanjikan masih tidak ditunaikan.

Si ibu semakin gusar kerana tempahan persiapan majlis sudah dibuat, tapi duit masih tiada. Si ibu berbasa basi meminta sedikit peruntukan ihsan dari anak lelaki yg berkenampuan dan ada jugak si ibu keluarkan duit simpanan miliknya dari Tabung Haji. Beliau niat dahulukan duit simpanannya untuk membayar deposit dan persiapan lain. Namun, sampai ke hari majlis tiada juga duit yg dijanjikan Sharifah sampai ke tangan si Ibu. Malah Sharifah meminta bermacam2 permintaan semasa majlis tersebut. Dengan harapan Busu akan bayarkan agaknya.

Majlis berlangsung hampir sempurna dan agak mewah bagi masyarakat kampung. Habis tetamu balik, Sharifah sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar. Bercakap sudah mula menyentap dan tidak bersopan seperti pengantin baru yang malu-malu. Tingkahnya kasar dan semakin menjadi dirinya sendiri. Tak boleh ditegur dan bergurau. Terus menjawab dengan kasar dan sinis. Perkataan ‘Ah!!’ tu seperti sudah biasa didendangkan menjadi bahasa harian. Saudara belah Busu sudah kelihatan tidak senang dengan kelakuan Sharifah, tidak seperti masa mula2 datang. Namun mereka diamkan demi menjaga hati.

Sebulan selepas majlis, datang perkhabaran gembira yang Sharifah sudah berbadan dua. Alhamdulillah, bunting pelamin. Namun, hari demi hari, wang yang dijanjikan masih diharap-harapkan oleh si Ibu. Kerana dia menanam hasrat untuk ke Haji. Busu pula menjanjikan akan bayar ansuran pada ibunya kerana duit habis digunakan untuk perbelanjaan baju make up, inai, perhiasan dan fotografi sendiri. Si Ibu kasihan dengan nasib anaknya. Namun masih memberi peluang pada Busu membayar secara bulanan.

Si ibu masih memberikan layanan yang baik dari seorang mertua kepada seorang menantu atas dasar iman dan islam. Namun, Sharifah makin naik kepala mempersoalkan tentang wang insuran dan soalan-soalan yang tidak sepatutnya disoal, kerana urusan antara Busu dan ibunya bukan miliknya. Hinggakan, akaun dan simpanan Busu juga disoal selidik.

Hampir bertahun juga Ibu Busu bertahan dengan sikap Sharifah yang banyak mengganggu tidak kira waktu. WhatsApps tak berbalas, dia akan call ahli keluarga Busu yg lain pula selagi dia tidak dapat lepaskan hajatnya hendak bercakap dengan ibu mertuanya.

Adik beradik Busu yang lain sudah merasakan ada yang tak kena. Kerana semakin lama Sharifah kerap kali mengupdate status FB dengan ayat-ayat sinis memerli yang membuatkan mereka semakin sangsi dengan wanita ini. Dia merasakan Ibu Busu dan adik beradiknya talam dua muka, berlakon baik dihadapannya. Hakikatnya mereka terdidik dengan cara hidup yang bersopan dan berlapik. Bukan membabi buta menegur secara terbuka demi menjaga aib keluarga. Tapi, mungkin cara pemikiran sesetengah budak muda zaman sekarang lebih sifat terbuka yang kelihatan tidak sopan atau kurang ajar.

Salah seorang adik beradik Busu menyuarakan tegurannya, namun Sharifah tidak menerima teguran itu malah membuat orang lain rasa bersalah kerana salah anggap terhadapnya. Malas mahu bertekak, mereka mengambil jalan untuk senyap kerana berkelahi pun tidak berguna. Tak mahu segala pertolongan semasa majlis perkahwinan diungkit semula lalu pahala menjadi muflis. Kini, Sharifah semakin menguasai Busu, mengarahkan Busu mengikut telunjuknya hinggakan Busu tidak lagi mampu membayar ansuran pada Ibu, apatah lagi duit belanja untuk si ibu. Malah di hina Busu, miskin, papa kedana, tiada harta. Tapi masih mahukan Busu berada dengannya. Apakah yang wanita ini mahukan? Dan apa lagi agenda jelmaan Azazil ini?

– Neeta

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit