Si Anak Angkat

Wanita Jelmaan Azazil. Bagi aku penulisan nya sangat berkait dengan apa yang aku alami sekarang. Si anak berumur 25 tahun, sebijik cuma beza bakal berkahwin.

Bermula cerita si anak lahir ke dunia tidak mengenal ibu dan ayah. “Anak ini tidak berdosa” kata nurse ke pasangan suami isteri itu. Kini di gelar si anak “papa” “mama”.

Kini 25 tahun Dibesar, Dididik. Tapi mana silap nya si anak membesar dengan kasar sikap nya. Anak melihat urusan rumah bukan tanggungjawabnya. Dengan izin Tuhan, Ibu kandung si anak dapat berurusan dengan si anak meracuni fikiran sedari entah sekian bila kalinya. “Engkau akan dibuat ibarat orang gaji di rumah” -terjumpa aku semasa membaca salah satu nukilan si anak.

Tinggi suara, herdik mama. Ajak makan? Melenting. FB si anak? Medan luahan perasaan dengan bahasa2 nya. “Orang tue…” “Bertopengkan syaitan”

Kini 25 tahun. Pukul 10pagi dihadapan pintu bilik Si anak berkunci.
“Si anak, engkau sudah bangun? Tolong mama kat dapur sat. Anak…. Anakkk bangun belum..Anak….”

“Ape?!!!!!”

“Dah bangun belum? Tolong mak.”
….senyap tidak berjawab.

“Anak….Anak….”

“Ape!!?!! Diam la bising!!!!!”

Apa papa buat? Rewind last 25 years ago. Dari luar bilik. Sambil tendang2 pintu bilik berkunci.
1) “Ei kau ingat ni siapa ni kau nak tengking?!! Emak Kau tau.
2) “Ni bela orang ke hantu ni. Dah petang tak bangun2 lagi”
3) “Aku halau Kau dari rumah ni nanti”

Mama menenangkan. “Dah la tu abang. Jangan la ikutkan sangat marah tu. Anak macam tu memang feeling sikit.”

Kini. Respond papa bila aku persoal peribadi si anak. “Kalau ikut papa, dah lama halau si anak tu tapi mama la ni. Sabar2. Dulu papa memang kasar dengan si anak sebab nak didik peramgai tak betui tapi sekarang si anak dah besar tak de nk tegur2 kasar2”

__________________________________________
Siapa aku? Umur bawah si anak. Pangkat rendah. Aku hadap semua. Perangai si anak, didikan papa mama.

Terseksa batin. Rasa marah, benci dengan sikap pemalas, tak bertanggungjawab, kurang ajar si anak. Tapi perasaan ini akan berbalik kepada kesian pada si anak.

Terseksa batin. Rasa marah, cemburu, malas nak layan, mogok, nak jadi perangai mcm si anak. Papa mama kenapa si anak begitu perangai nya tetapi masih menjaga ibarat menatang minyak yang penuh. Wang saku, duit minyak, kereta semua disimbah pada si anak yang lengkau terbongkang pinggan depan TV tak reti berangkat. Tapi perasaan itu akan berbalik pada rasa tanggungjawabnya seorang anak dan kesian mama berumur. Orang tua, lutut tak kuat diri lama.

____________________________________________
Nasihat aku untuk orang yg nk ambil anak angkat sebab pelbagai alasan (belum Ada anak, kesian anak luar nikah, kesian keluarga miskin minum susu pekat bukan formula etc….)

1. Ikhlaskan niat. Kerana Allah Taala.
2. Siap kan diri dengan ilmu psikologi & ilmu parenting yang betul.
3. Sabar noooe
4. (Sila tambah Di ruangan komen)
5.

Aku malas nk hurai lebih. Dari luahan di atas, engkau bijak tafsir keadaan maka engkau selangkah ke arah persiapan ambil anak angkat.

Tak semua mcm ini. Ini pengalaman aku. Makan hati je la. Penat dah makan hati, takut crack. Nanti either jadi derhaka atau putus silaturahim. Nasihat?

-hawa

– -Surga Yang Tak Dirindui

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit