Cerita dan Pengajarannya

Semalam saya tengok satu drama melayu.

Bagi saya cerita ni bukan drama yang angan2 acah2 cinderella. Bukan drama yang anak muda pegi bljr luar negara, habis belajar kena amik alih syarikat family dan kena paksa kahwin. tung tang tung tang mula2 tak suka gaduh2 lepas tu jadi suka. Lebih kurang mcm tu lah. Kebiasaan drama melayu. Mula2 benci lepas tu suka. Motif ? Objektif ? Tak pasti.

Baik. Drama apa yang saya tengok semalam ? “Salahkah Aku” tv3. Tak pasti tahun bila. Cekerama ka akasia ka apa ka tak pasti.

Apa yang menjadikan cerita ni sedikit lain daripada yang biasa ?

Saya ceritakan sinopsisnya dulu.

Pada mulanya cerita ni dimulakan dengan sepasang kawan yang berjumpa selepas 10 tahun terpisah. Selepas spm masing2 bawa haluan masing2. Apabila berjumpa balik, lelaki yang bernama Adam berjumpa kembali dengan kawan perempuannya yang bernama Allysa. Pada ketika tu, Allysa tengah kecewa disebabkan ex boyfriendnya mengambil kesempatan terhadap dirinya. Kemudian Adam melamar Allysa dan menjanjikan akan meletakkan maruah Allysa di tempat yang mulia. Adam dan Allysa dua perwatakan yang berbeza dan tinggal di satu bumbung. Adam perwatakan orang yang baik yang mengaji agama. Selalu cintakan zuhud sehingga selepas berkahwin pon dia berazam ingin mengajak isterinya mengejar zuhud juga. Allya seorang gadis yang sangat social walaupun selepas berkahwin dia masih sosial. Sehingga lama2 berkahwin dia merasakan hidupnya terkongkong dek kerana Adam yang gaya hidupnya berbeza dengannya.

Dek kerana Adam buntu bagaimana untuk mencuri hati Allysa dan menarik Allysa daripada dunia sosial. Dia beranikan diri untuk libatkan diri dalam dunia sosial. Dia melakukan perubahan dari segi berpakaian dan memberanikan diri berlagak seperti orang yang bersosial seperti isterinya.

Perjalanan cerita tersebut diteruskan dengan jalan cerita yang misteri. Saya tertanya2. Ya Allah apa kesudahan terhadap suaminya disaat isterinya sudah disapa hidayah? Tak perlu saya ceritakan dengan panjang. Boleh cari di youtube. Mungkin ada.

Apa yang saya nampak pengajaran daripada cerita tersebut adalah :

1. Jangan pernah meninggalkan seseorang dek kerana kejahilan atau kelemahannya. Dalam cerita tersebut. Jelas sangat suaminya masih setia menyintai isterinya walaupun banyak kata cemuhan dari isterinya dan ibu mertuanya. Walaupun isterinya masih berdegil untuk berhijrah, suaminya setia untuk mendidik walaupun kena bersabar banyak. Isterinya banyak kali suruh dilepaskan tapi suaminya berkeras untuk menjaga rumah tangga mereka. Itu yang kita kena amik. Walau teruk mana pon orang di sekeliling kita. Jangan ditinggalkan tapi perlu dididik. Seperti isteri yang tak solehah itu perlu dididik bukan ditinggalkan apabila dia tidak mahu menjadi solehah. Kawan yang selalu tinggalkan solat itu perlu diajak solat bukan tinggalkannya. Seperti guru juga. Pelajar yang tak tahu itu perlu diajar bukannya biarkan saja dia tak tahu. Begitulah contohnya.

2. Susahnya menegakkan Islam di zaman sekarang. Zaman sekarang, yang baik nampak jijik/buruk, yang buruk nampak baik. Dalam cerita ini Adam berpakaian seperti ustaz. Tapi ibu mertuanya selalu perli dia dan mengatakan bahawa jangan pakai mcm ustaz nanti memalukan. Begitulah lebih kurang. Dalam dunia sebenar pon begitu. Apabila kita bercakap mengenai tutup aurat, pasti yang ditegur itu akan dikecam. Seakan2 menegur ke arah kebaikan itu menjadi satu kesalahan pula skrg. Apabila berpakaian menutup aurat, dilabel macam2. Kata tidak mengikut format majlis dan sebagainya. Begitulah contohnya

3. Tersentuh saya di scene yang terakhir. Adam menangis bersungguh2 di rumah Allah. Menangis kerana rasa berdosanya dia telah melibatkan diri dalam dunia sosial yang melampau walaupun tujuannya hanya satu. Ingin mendapatkan cinta isterinya. Bukan itu yang mahu saya tekankan. Apa yang saya nak tekankan adalah kita ini adalah Pendosa dan Allah itu Maha Pengampun. Sentiasalah muhasabah diri dan mohon keampunan dari Allah.

4. Jangan ego dan sentiasa perbaiki diri. Di masa kini ramai orang ego. Ego yang macam mana ? Ego nak sedar yang diri ini adalah Pendosa. Ramai menganggap. Takpa aku dah tutup aurat. Kira oklah ni. Sehingga terlupa untuk sentiasa perbaiki diri. Baik. Dah tutup aurat. solat bagaimana ? quran sering dibaca ? sedekah bagaimana ? dan lain2. Ramai yang lupa untuk pertingkatkan amalan. Sekadar menganggap alah hidup macam ni pon dah ok. Janji aku tak tinggal solat. Yakinkah kita solat kita diterima 100% olehNya ? Sebab tu kena ada amalan lain untuk backup . Tapi apa yang kita buat ? Konon beranggapan bawaha kita ini sudah layak masuk syurga. Hakikatnya diri kita ini jgnlah ego untuk berubah. Janganlah ego untuk terima hidayah. Janganlah menganggap orang yang menegur itu sebagai musuh.

5. Berubah kerana Allah. Sebenarnya kita silap. Ramai yang menganggap bahawa jika berubah kerana manusia bukan kerana Allah, ianya sia2. Tapi tak ramai memberi sokongan dan dorongan terhadap si dia untuk kekalkan perubahan. Tak sedarkah kita bahawa manusia ini juga asbab untuk hidayah sampai ? Tersenyumlah apabila seseorang itu berubah walaupun kerana manusia. Kerana jika terus disokong dan galakan untuk mencintai Allah. Perlahan2 dirinya akan berubah kerana Allah. Berubah ini berperingkat. Tak boleh terus mendadak. Jangan kecam, sokong.

Itulah sedikit pengajaran yang boleh saya senaraikan dan ceritakan. Sebenarnya pengajaran2 ini tersirat. Jika diamati cerita tersebut baru boleh nampak pengajarannya.

Kata orang. Yang buruk kita benci. Yang baik kita suka. Benar, dah nama cerita melayu. Berpakaian seksi. Pergaulan bebas. Tak menutup aurat. Bersentuhan itu sudah menjadi sebati dalam setiap babak2 dalam drama melayu. Doakan sajalah moga mereka dapat hidayah.

Tapi pengajaran dalam cerita tersebut perlu diambil. Diamati. Diaplikasi.

Saya jarang tonton cerita melayu. Tapi bila saya tengok, dan bagi saya cerita ini bukan seperti kebiasaannya, saya suka senaraikan pengajarannya dan memberi ulasan.

Harap pihak pengarah dan penerbit mana2 produksi boleh tekankan setiap cerita mereka ada msg yang boleh diambil. Bukan setakat cerita Dulu benci sekarang suka. Otak masyarakat melayu sudah tepu dek kerana cerita seperti itu. Datangkan cerita yang memberi manfaat kepada kami dan pihak anda.

Sekian. Terima kasih.

-Saf-

– Saf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit