Assalamualaikum w.b.t.
Terlebih dahulu, terima kasih sebab sudi siarkan cerita ni (ayat mukadimah wajib haha).
Saya tidaklah tua mana, tapi dalam rasa tidaklah tua mana ni, ada beberapa perkara yang saya menyesal lakukan masa saya muda sedikit dulu. Dan saya suka nak kongsikan perkara yang saya sesalkan tu sebab saya lihat ramai sangat manusia terutama golongan muda remaja lakukan apa yang saya pernah buat dulu. Yup, they’re really common things.
Yang pertama, mencarut. Ya, saya tahu darah muda darah panas. Saya pernah mengalaminya dulu, selalu menyulamkan kata-kata dengan sedikit carutan. Perkataan sh*t, ba*i, f*ck, bo*oh, dan sebagainya tu memang dah terbiasa diselitkan dalam ayat seharian terutama bila tengah bengang. Dulu saya tak sedar betapa buruknya perangai suka mencarut dan marah-marah ni. Sekarang, bila saya dengar adik saya yang sikit-sikit nak mencarut, sikit-sikit nak mencelakakan orang, saya sendiri terasa hati. Walhal dulu entah berapa banyaklah hati yang saya dah guris. Alhamdulillah, semakin saya meningkat tua, saya mula kurangkan carutan dan gantikan dengan istighfar. Dan hasilnya, saya sekarang lebih penyabar dari dulu.
Yang kedua, suka tinggalkan solat. Zaman muda memang zaman enjoy. Sampaikan kita selalu ambil remeh hal solat. Lompang sana-sini. Solat sambil lewa. Lagi-lagi bila dah duduk kat asrama/rumah sewa/bekerja. Suka-suka je la nak tinggalkan sebab tiada siapa nak pantau. Dan kebiasaan ini akhirnya menyebabkan kita langsung tiada rasa bersalah meninggalkan solat. Sekarang ni, saya perhati adik-adik saya pun sedang mengalami fasa tersebut – fasa solat main-main. Dan sesungguhnya saya sedih, dan rasa lagi sedih mengenangkan dulu pun saya jahil macam tu. Sebab saya dah sedar, solat adalah permulaan segalanya. Bila solat terjaga, hati lebih tenang, rasa bersalah nak buat dosa, and everything feels smooth. Pincang solat, maka pincanglah segalanya.
Dan terakhir, tak menjaga hubungan kekeluargaan. Satu perkara mengenai keluarga saya, kami memang one awkward family. Sesi bermaafan di hari raya merupakan sesi yang paling awkward dalam hidup (kadang-kadang kami skip/lari). Sebab keluarga saya jenis bukan ekspresif. Dialog harian cumalah benda-benda yang penting je, terlalu formal. Dan kasih sayang tidak begitu ditonjolkan. Sampailah saya dewasa, saya rasa susahnya nak berkomunikasi dengan keluarga, dan rasa lebih selesa dengan kawan-kawan. Sekarang ni saya masih mencuba, cuba untuk lebih merapatkan diri dengan keluarga, cuba untuk bergurau senda bersama. Cuba untuk lebih memahami walau sepelik mana pun perangai mereka. Sebab saya sedar, keluarga adalah orang yang kita patut dahulukan berbanding orang lain.
Perkara-perkara ini yang saya regret sangat bila dah meningkat tua ni. Kalaulah dulu saya jaga solat, kalaulah dulu saya jaga perangai, kalaulah dulu saya rapat dengan keluarga, mungkin sekarang saya takkan ada rasa menyesal ni.
Tapi masa tak boleh undur semula. Sebab tu saya nak ingatkan semua. Untuk yang masih muda remaja, kalau ada perbuatan yang satu hari nanti kamu akan sesalkan, jangan lakukan dari sekarang. Dan untuk yang dah dewasa, masih belum terlambat untuk berubah. Takkan kita nak tunggu dah tua baru nak berubah jadi lebih baik, ye tak? Takut dah terlambat je masa tu. Memang pengalaman akan mengajar kita, tapi tak semestinya kita kena lalui pengalaman tersebut. Mungkin kita boleh belajar dari pengalaman orang lain, sesungguhnya kita ada banyak peluang untuk elakkan penyesalan di kemudian hari. Please be reminded.
Sekian, terima kasih. Dari saya, “yang pernah”.
– Yang pernah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit