Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ini ialah kali pertama saya confess di IIUM confession.
saya merupakan seorang pelajar di sebuah ipta tahun tiga dan bakal bergraduasi tahun depan. Banyak benda yang perlu saya pelajar mengenai selok belok kehidupan. ada beberapa perkara yang menjadi buah fikiran saya untuk menempuhi kehidupan dan saya amatlah merasa takut untuk keluar daripada kepompong universiti.
mungkin penulisan saya tak menarik. tapi saya tak tahu nak tanya sapa. harap dapat berkongsi susah payah abang kakak. saya selalu scroll komen2 orang sebab nak tahu manalah tahu idea terputik.
1. hutang Ptptn. saya tahu saya layak membayar balik segala hutang saya disebabkan cgpa saya yang bawah dari 3.00. saya rasa sangat terkilan tak dapat nak kejar first class untuk jadikan ptptn sebagai biasiswa malah untuk merangkak 3.00 sangatlah susah. Saya sangat takut untuk memohon kerja akan datang bila saya melihat cgpa saya yang hidup segan mati tak tahu. takpe ke kakak-kakak abang-abang? dahlah takda pengalaman kerja, cgpa pun macam tu. layak ke saya diterima kerja? saya runsing saya bakal tanggung ibu bapa, mahu bayar ptptn lagi. saya bersungguh2 belajar, tapi setiap kali peperiksaan, grade saya akan kelaut . hmmmm.. 32k hutang ptptn saya. setiap semester saya akan menabung 500. makan maggie pun xpelah asal saya boleh bayar balik ptptn.
2. nak kerja atau sambung master.
saya suka belajar, tapi sy stress bila tengok result saya yg entah hape2. cgpa masa degree pun cikai2.. kemungkinan saya akan grad dengan kelas ketiga. layak ke saya sambung master? dengan nak bayar ptptn lagi.
3. saya ni bukan pemalas sangat. jarang sangat saya duduk dalam bilik. saya sangat aktif berpesatuan, tapi nak masuk final year ni saya abaikan persatuan dan banyak buat kerja part time. saya pun bisness online. tapi sekadar dropship. saya buat ni sebab saya nak simpan duit untuk masa depan. saya ada cita2 saya nak beli rumah. tapi saya tak tahu macam mana nak suruh duit tu beranak. asyik mandul je duit ni. ada ke tips?
4. saya rasa lepas grad saya nak beli kereta secondhand agak2 kancil dalam 3 ribu. tapi sedih jugak.. ramai kawan2 saya dah kerja sebab diorang kebanyakan SPA dah ada kereta dan nak kawen. tapi saya belajar pun belum habis, rumah takdak, kereta takdak, duit bulan2 pun takdak. hmmm. saya belajar tinggi tapi macam ni je. macam mana ni? ada jugak kawan2 saya, senang dapat kerja sebab pakai cable. untungkan diorang. jeleslah jugak. sapa tak jeles. tapi sekadar jeles je taklah nak kutuk2 atau umpat. dah rezeki diorang allah mudahkan.
5. saya bila dekat rumah, saya sangat boros. saya tak tahu nak control macam mana duit beli itu beli ini. tapi dalam membeli saya beringat jugak. banyak habis dekat makanan je. saya tak langgan internet, jarang beli pakaian, beg atau lain2. ada ke abang-kakak nak share tips menguruskan kewangan?
saya harap abang kakak sudi share pengalaman dan pandangan terhadap situasi. saya tahu buah fikiran saya tidak sesak seperti di syria. tapi sebenarnya pada usia saya inilah perlu wujudkan kesedaran untuk menguruskan kewangan dan ambil pengajaran dari payah senang abang kakak apa yang patut buat okeylah.. penulisan saya skema sedikit. maaf. terima kasih
– langsirbertiupdianginlalu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit