Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Nama aku XYZ. Confession ni dh lama terpendam dalam hati aku cuma hari ni baru aku ada kekuatan untuk menulis.
Kisah ni bukan kisah aku tapi kisah struggle graduan fisioterapi khususnya dan graduan sains kesihatan amnya.
Cerita nya sahabat aku dan diri aku adalah graduan fisioterapi di sebuah universiti awam di malaysia. Setelah menamatkan pelajaran bermula la job hunting kami.
Akhirnya di pendekkan cerita aku membuka perniagaan online sendiri yang tidak berkaitan dgn fisioterapi tapi lain pula cerita mengenai kawan aku.
Selepas graduate (5-7 tahun lepas) dia hantar resume sana dan sini di hospital2 swasta dan kolej2 swasta dan akhirnya dpt tawaran kerja di sebuah kolej swasta setelah SETAHUN MENCARI!
Kerja punya kerja gaji pun diorg tak dpt bayar. Kolej swasta ni mmg kadang2 nak dpt pengiktirafan MQA pun susah tau. Gaji mati, tiada bonus tiada increment tiada allowance.
Untuk pengetahuan umum, bukan lah senang berada di bidang fisioterapi mencari kerja. Kalau nak carik kerja di hospital swasta contoh mcm KPJ, KPJ sendiri dah ada kolej dia untuk menghasilkan pekerja2 nya. Mereka di serapkan dari situ.
Hospital2 swasta yg lain pun sudah ada kolej sendiri. Demand yg lain pula kena ada pengalaman kerja. Mcm mna nak dpt pengalaman kerja kalau kerja pun tak dapat.
Untuk masuk ke hospital kerajaan lagi lah jangan mimpi. Hospital kerajaan ada pelajar KSKB (kolej sains kesihatan bersekutu) juga yang akan serap pelajar2 mereka sendiri.
Jom kita buat kira2, satu hospital swasta katakan lah ada 60 jawatan fisioterapi. Setiap tahun katakan satu batch graduan adalah seramai 60org.
Kita jgn lupa pula mereka yg telah pun berkhidmat dan mengisi penjawatan berkenaan. Hampir kebanyakkan nya masih muda dan belum nak pencen pun lagi.
Satu universiti menghasilkan 60org atau lebih satu batch. Cuba darab berapa banyak universiti awam dan swasta yang menghasilkan pelajar2 setiap tahun? Bidang fisioterapi bukan seperti doctor dan nurse yg sentiasa di perlukan dan tak pernah cukup.
Bidang ini sgt penting dan di perlukan tp jumlah nya tidak lah sehingga beribu-ribu atau 5-6ratus untuk sesebuah hospital.
Aku sambung lagi kisah kawan aku tu. Akhirnya dia berhenti kerja dek kerja free dan tak dapat gaji. Di cuba nya hantar resume ke sana sini dan akhirnya dia berkerja di guardian/watsons di kampung as sales person.
Yang korg tgk sales person assist korg time kat guardian/watsons tu, cubalah kau org tanya di belajar graduan apa.
Dah setahun bekerja di guardian/watsons, akhirnya dia beralih arah ke bidang call centre.
Sedih dan terkilan melihat jatuh bangun pahit jerih dia mencari perkerjaan. Bayangkan masuk ke universiti dgn straight A, di janjikan peluang pekerjaan yg luas oleh pensyarah2 akhirnya berkhidmat di call centre.
Ada yang berkerja di spa2 bayi, tadika dan sebagainya. Jangan tanya kenapa tak cuba bidang yg lain.
Cabang bidang pelajaran fisioterapi tidak membuka peluang utk bidang2 yg lain. Contoh mata pelajaran seperti cardiovascular yg berkisar mengenai jantung, paru2, salur darah dan sebagainya. Nak kerja apa?
Contoh lagi seperti musculoskeletal? Belajr mengenai otot dan tulang. Nak kerja apa? Bidang apa selain fisioterapi?
Ada yg minta kerja di company2 swasta seperti NGO, private clinic, pusat2 physiotherapy dgn tawaran gaji 1.2k – 1.8k. Lulusan degree mahupun diploma sama rata sbb katanya kemahiran yg sama. Tp in term of carrier advancement tak semua pun boleh naik jd “supervisor physiotherapy/ senior physiotherapy” kan?
Tp betul lah rezeki ni dtg dlm pelbagai cara. Wallahualam. Tapi aku nak buka mata semua org saudara mara, sahabat handai, yg mencemuh, memerli dan assuming dgn senang yg graduan fisioterapi khususnya dan sains kesihatan amnya sgt “mudah” mencari kerja dan “high demand” tu henti2 kan lah.
Sakit pahit maung belajar. Susah nak lulus, belajar bagai nak gila, nak dpt A pun susah sebab “tak capai piawaian pengajar yg belajar oversea” lalu terbeban la dgn hutang ptptn pula selepas belajar. Kerja tak tentu dpt lagi.
Jangan cakap ayat “ala kau yg tak belajar sungguh2 tak puluh smpi 3.5, macam mana nak dpt keluar dr ptptn.” Kalau anda ada kawan graduan fisioterapu anda tanya lah dia bagaimana setiap doa di titipkan bg lulus bagi lepas nak A tu jauh sekali! Tanya lah dia tanya.
Sedih melihat struggle kawan aku tu. Anak sulung. Spm cemerlang dgn straight A. Masuk matrix graduate dgn pointer 3.62 dgn harapan mengunung.
Aku mintak maaf jika menyingung mana2 pihak dan tidak bersetuju dgn pandangan aku. Cuma ini lah resmi kehidupan graduan fisioterapi. Mgkn ada yg beruntung namun ada juga dan kebanyakkan nya mmg banyak yg struggle untuk dpt kan pekerjaan.
Nak lompat bidang, company pun tak mahu kerana tak ada back ground bidang2 yg di perlukan. Akhirnya? Lompat ke bidang2 yg tak memerlukan kemahiran dan any education related background.
Wallahualam. Aku berkongsi cerita tidak juga ingin menutup periuk mana2 pihak, cuma aku nak lower your expectation when it comes to this issue.
Before anak2 masuk apa2 bidang di universiti, buat lah sedikit research. Tgk juga adakah bidang yg di ambil dapat membuka beribu pintu dan tingkap peluang perkerjaan? Dapatkah jika tiada perkerjaan boleh gunakan untuk menawarkan perkhidmatan atau memulakan apa2 perniagaan?
Nasihat aku, jgn di pandang rendah skill2 mereka yg mengambil kemahiran mak andam, belajar dandanan rambut, menjahit dan sebagainya kerana these skills can surely generate income untuk survival.
Ilmu tu mmg ilmu. Tapi nak hidup di dunia pun memerlukan pekerjaan dan wang ringgit. Siapa nak bayar hutang ptptn yg banyak dgn tiada pekerjaan? Akhir kata aku doakan graduan2 fisioterapi yg sdg mencari kerja semoga Allah permudahkan urusan kalian dlm mencari pekerjaan. I do, i understand what do you feel. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
– XYZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit